12

15.7K 535 4
                                    

Aurora Lilly

Aku disahkan dengan diagnose "Closed Right Tibial Shaft Fractures with Noncomminuted" . Maksudnya tulang kaki aku ini patah tidak berkecai.Tak perlu K-wire atau fixator nak betulkan tulang.

Aku cuma perlukan splint sahaja untuk immobilize kaki kanan aku . Dan segalanya sudah selesai dilakukan oleh yang bertauliah. Kini aku hanya terbaring dalam bilik Aiden dengan condition begitu. Sukar aku nak bergerak ke mana mana.

Team perubatan diraja pun sudah pulang. Tinggal aku keseorangan.

Semasa proses pemeriksaan aku lega Aiden tiada bersama. Entah ke mana lelaki tak guna itu pergi.Sungguh berani dia cuba mengambil kesempatan kepada aku dalam keadaan aku lemah tak berdaya tadi.

Aku boleh nampak Aiden seperti tak mampu kawal diri apabila bersama aku.

Sekarang ini dalam keadaan aku begini dan berada dalam biliknya pula, lebih mudahlah akses dia untuk membuat apa yang dia suka. Aku boleh hilang perawan kalau macam ini.Dan itu menambahkan ketakutan aku.

Aku tak nak.

Sebab aku tak kenal dia langsung. Walau aku tahu dia Putera Mahkota Negara tapi dia tak ada kaitan dengan aku. Kenapa dia tiba tiba jadi macam ini? Segalanya terlalu laju prosesnya dan aku seperti dipaksa menyertai proses itu.

Segalanya seperti perlu mengikut telunjuk Aiden.

Aku kena kahwin dengan dia, kena ikut segala katanya, kena ikut dia balik rumah, dan tak habis habis dia katakan aku miliknya.

Aku tak faham langsung. Kalau dia memang inginkan aku sekali pun,cubalah kenali aku atau jadi kawan ke dahulu. Ini tak, main taram je paksa paksa orang.Kahwin itu benda serius.

Aku boleh jadi benci dia terus kalau macam ni.Takkan lah dia nak berkahwin dengan aku dengan keadaan tak cinta kan.Dalam keadaan aku benci dia. Tak tenang rumah tangga.

Perlahan lahan aku ensotkan diri untuk baring. Kesakitan yang menyucuk nyucuk hilang sekejap kerana makan ubat tahan sakit. Kejap lagi datang lah balik dengan sakit berganda pula.

Rancangan aku nak melarikan diri telah hancur sama sekali. Aku kira tindakan aku terjun dari bilik Aiden itu akan membawa aku terus ke hospital. Dan dari situ boleh lah aku loloskan diri. Aku dah timbang tara tindakan aku itu akan memudaratkan diri aku sendiri termasuk fracture ini.

Tapi memang mudarat teruk dah ini. Kenapa lah aku tak terfikir mereka ada team perubatan diraja sendiri?

Team itu antara team yang menjadi impian aku satu ketika dahulu.Kerana team perubatan diraja ada pakar pakar perubatan yang hebat belaka.

Memang aku akan dirawat terus dirumah je lah. Lagi pula condition aku tak kritikal sangat.

Pintu diketuk perlahan.Lantas aku menyelimuti diri dan membatu. Kalau Aiden yang masuk aku malas nak cakap dengan dia. Semak!

Mungkin kerana ketukan itu tidak berbalas, bunyi kedengaran pintu dibuka.

Kedengaran bunyi tapak kaki perlahan dan teratur menuju ke katil aku. Bukan Aiden tu.

Aku membuka selimutku. Kelihatan satu susuk gadis cantik kecil molek berdiri dihadapannya. Wajahnya tersenyum.

" Lu- Cik Puan Aurora," sapa gadis itu sambil menundukkan kepala dan badannya sedikit seperti tanda hormat.

Aku mengangguk sedikit, seakan keliru seketika. Mataku merenung gadis itu yang hanya mengukir senyuman kecil.

Menyedari reaksi aku, gadis itu bersuara.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now