7/11/2023
Cerita ini adalah versi alternate ending. Since ramai yang request untuk happy ending, saya memutuskan untuk buat satu lagi ending khas buat korang yang sentiasa support karya saya.
Truly i love you all so much. Korang bukan sahaja readers but my hidden friend who always communicate thru by heart.
Trust me, its a very last ending.
So, here we are.
————————————-
Tangisan bayi perempuan di Operation Theatre Hospital Utama Vinna benar benar melegakan seorang lelaki yang mundar mandir di luar bilik tersebut. Tangisan yang membawa makna satu perkara, dia kini sudah bergelar bapa kepada 4 orang anak.
Seorang doktor berbaju scrub biru keluar menyantuni jejaka ini. Mana tidaknya, jejaka ini merupakan Raja Pemerintah negara Erovra.
"Tuanku," sapa doktor wanita tersebut. Lelaki itu, Raja Aiden Alexander Evan, mendekatinya dengan raut wajah gembira. Matanya bergenang, mungkin terlalu teruja untuk berjumpa dengan isteri dan anak anak.
"Bagaimana semuanya Dr Mawar?" Soal Aiden resah dan gembira bersatu. Dia tidak dibenarkan masuk kali ini kerana komplikasi tumpah darah yang dialami Aurora sejam yang lepas, menyebabkan keputusan pembedahan caesarean section diambil dan dipersetujui Aiden.
" Dr Mawar?" Panggil Aiden apabila melihat Dr Mawar yang terdiam membisu.
" Tuanku.." Dr Mawar meneguk air liur, kelihatan sukar untuk meneruskan bicara, melihat raut wajah lelaki itu yang kelihatan berubah. Jangan main main dengan Aiden, apa jua yang melibatkan permaisuri hatinya Aurora Lilly akan memberi kesan dan tindakan olehnya.
Apa entah lagi ketika Dr Mawar sendiri memutuskan untuk membedah Aurora untuk mengeluarkan bayi itu, Aiden membantah sekeras kerasnya, risau akan keadaan perut Aurora yang dibelah. Takut ianya menjejaskan kesihatan Aurora. Namun setelah dipujuk oleh Dr Mawar, dan akhirnya Aurora sendiri yang berbicara privasi dengan Aiden walau dalam keadaan dia menahan kesakitan, akhirnya Aiden bersetuju menurunkan tandatangan dan kebenaran membedah.
" Dr Mawar.." kali ini Aiden kelihatan menderam, tidak sabar menunggu apa terjadi dengan Aurora.
"...tell me about my wife...NOW!"
Terhincut bahu Dr Mawar, berkali kali dia menelan air liur. Lelaki ini tidak boleh dibuat main main.
" I think you should come inside.." kata Dr Mawar perlahan, lantas tangannya disua seakan mempelawa Aiden masuk ke Operation Theatre.
Tanpa membuang masa, laju Aiden menapak. Melihat raut wajah Mawar yang gusar, menambahkan rasa risau pada Aiden.
Pintu dibuka, dan raut wajah seseorang dicari anak mata Aiden. Sekujut tubuh sedang terbaring, baru selesai dijahit bahagian lapisan bawah perutnya. Senyuman manis terpancar dari bibir mungil itu, tangannya naik melambai lemah ke arah Aiden.
Aiden menghampiri isterinya Aurora yang kelihatan lemah kerana kehilangan darah yang banyak. Pipi Aurora dikucup lama, menyebabkan rindu yang terbina walau terpisah sejam sahaja, kembali terlerai.
Sesungguhnya Aiden risau kerana mimpi yang dialaminya sejak beberapa hari lalu. Mimpi Aurora meninggalkannya ketika melahirkan bayi mereka, dan dia cukup merana membesarkan anak anak sambil memerintah Erovra, cukup terkesan.
Dalam mimpi sendiri pun dia terasa sakitnya ditinggalkan, apa entah lagi sekiranya ianya benar benar berlaku. Oh Tuhan bagaimana dia mahu menghadapinya, kehilangan cinta hati dan kekasih abadinya ini.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...