2

17.5K 608 24
                                    

Putera Aiden

Tangannya mengetuk meja, giat berfikir tentang lokasi sesuai untuk meletakkan perancangan hotel baru untuk pelancong luar datang menikmati keadaan suasana Erovra.

Erovra mempunyai ekonomi yang sangat cemerlang. Malah matawang Erovra merupakan matawang termahal didunia. Ini semua hasil pemerintahan adil ayahandanya, rakyat Erovra dapat menikmati suasana aman damai serta hidup yang lebih baik. Jadi dia perlu menjayakan projek ini sekiranya ingin mendapatkan kepercayaan Penguasa penguasa Menteri dan paling penting daripada ayahandanya sendiri Raja Evan.

Raja Evan sudah memberikan hint untuk mengundurkan diri dari memegang tampuk pemerintahan. Pewaris yang dipilih adalah dirinya, iaitu anak sulung bersama bondanya Permaisuri Tilia.

Antara ke lima lima anak Raja Evan,Putera Aiden lebih berkarisma untuk menggantikan tempat Raja. Raja Evan melihat potensi ini memandangkan Putera Aiden seorang yang sangat tegas, bijak mengawal situasi serta tidak pernah menyerah. Namun sikap Aiden yang terlalu dominant hingga dirinya tidak tersentuh oleh undang undang.

Mungkin sifat serigala sendiri.

Ya keturunan Raja Evan sendiri adalah serigala jadian. Malahan Raja Evan sebenarnya adalah Alpha untuk komuniti serigala jadian yang ada. Serigala jadian diberi akses untuk menjadi tentera, doktor, cikgu atau apa sahaja asalkan tidak mendatangkan kecederaan pada manusia. Kerana itu lah Raja Evan mengarahkan komuniti serigala jadian untuk menetap jauh dari manusia. Jadi di sebalik hutan lah mereka mendirikan rumah menetap.

Yang mewah.

Sebagai Alpha untuk komuniti serigala jadian, Raja Evan dibantu oleh orang kanannya , Haris yang digelar Beta. Tugas Beta hanya terhad kepada komuniti serigala jadian dan hanya bertindak sekiranya diarahkan oleh Alpha untuk terlibat dalam urusan negara. Dalam kehidupan seharian, Haris bekerja sebagai Pakar Perubatan di sebuah hospital ibu negara.

Haris juga akan menyerahkan gelaran Beta itu kepada anak sulungnya , Zyon, yang merupakan rakan baik Putera Aiden.

Aiden teringat akan kata kata ayahandanya yang mengatakan setiap serigala jadian akan dikurniakan seorang wanita yang mampu menundukkan dirinya, yang mampu menenangkan, yang akan memberikan bau ketenangan yang mengasyikkan. Hanya dengan merenung matanya sahaja serigala itu boleh tahu siapakah mate yang dicari.

Sudah puas dia mencari mate nya sama ada di kota atau dalam komuniti serigala sendiri namun tidak berjumpa. Dia tidak menolak kemungkinan bahawa Mate nya mungkin seorang manusia, which is dia tak kisah. Dia tahu dia boleh melindungi dan mencintainya. Namun dia masih gagal berjumpa mate yang dicari.

Bunyi tombol pintu dipulas menghentikan ketukan Aiden dimejanya. Satu figura lelaki masuk ke dalam bilik pejabat Aiden. Lelaki itu adalah Putera Amar, pewaris kedua, dan Penguasa Menteri Pertahanan Erovra. Taktikalnya yang sentiasa menjadi dan kepantasannya mengesan gerak geri dan perbuatan musuh menjadi faktor Putera Amar dipilih memegang portfolio Penguasa Pertahanan.

Putera Amar berjalan menuju ke arah Putera Aiden,lebih tepat lagi ke kerusi dihadapan Aiden.

Tanpa dipelawa, Amar terus duduk.

" Kita ada masalah Aiden," gumam Amar.

Aiden merenung adiknya.

" Masalah apa?" soal Aiden.

" Salah satu binaan hotel kita memasuki ke kawasan tanah orang. Juruukur tanah kita mungkin sudah buat kesilapan," terang Amar.

Aiden mengerutkan dahi.

" Jadi kenapa? Settle kan je lah macam biasa", Aiden hairan mengapa masalah ini terlihat besar sekarang.

Bayar sahaja pampasan kan senang, getus Aiden dalam hati.

" Masalahnya tanah itu milik sebuah kampung bawah wilayah Keluarga Jensen, Aiden. Masalah ni jadi masalah kau sekali," tingkah Amar.

Aiden merengus kasar. Marah. Matanya bertukar warna ke warna gold. Warna mata serigalanya.

Keluarga Jensen itu memang agak sukar dirunding walaupun wilayahnya adalah salah satu dibawah kekuasaan Raja Evan.

Walau sesama komuniti serigala jadian namun Keluarga Jensen mengamalkan peraturan yang disifatkan ketinggalan zaman.

Namun Aiden tidak boleh buat apa apa kerana Raja Evan lebih senang membiarkan setiap wilayah ditadbir mengikut acuan sendiri asalkan mereka menunjukkan taat setia kepada Raja.

" Call mereka sekarang, kita akan berunding."

——————————————————————————

" Kau ingat senang ke nak bagi tanah macam tu. Kau buat resort untuk orang luar .Dengan tindakan macam tu,kau tak fikir ke orang akan tahu kewujudan serigala macam kita ni", Ryan Jensen bersuara membantah.

Ryan merupakan Alpha dan juga Ketua Wilayah untuk kawasan wilayah 4 yang baru sahaja diambil alih dari bapanya.

Aiden duduk diatas sofa menyilang kaki, tanpak tenang.

" Kenapa kau gelabah sangat ni Ryan?," sinis Aiden bertanya.

Ryan memandang Aiden,tajam.

" Kau jangan main main Aiden".

" Ada nampak aku main main ke?", balas Aiden kali ini lebih sinis.

" Aku nak kau buat pelepasan tanah tu sekarang Ryan atau aku boleh rentap je title Alpha kau tu macam tu je.Kau mesti tak nak kan aku kalahkan kau lagi depan orang orang kau", sambung Aiden.

Matanya mula bertukar warna gold.

Ada unsur ugutan di situ. Aiden tahu Ryan bukan jenis mengalah namun dia ada kelebihan pernah mengalahkan Ryan semasa perlawanan serigala tempoh hari.

Ryan terdiam sementara. Kelihatan dia berfikir sejenak.

" Aku cuma nak kau lepaskan tanah itu untuk pembangunan hotel aku. Aku jamin kawasan kampung berhampiran itu akan selamat dan tidak terancam dengan pembangunan hotel aku. Kawasan komuniti pack kau juga akan terjaga. Aku akan pastikan,"tutur Aiden, jelas.

Matanya merenung lama Ryan yang sedang berfikir.

Ryan mengenggam tangannya kuat. Geram kerana dia tahu dirinya tidak dapat mengalahkan Aiden. Aiden serigala Alpha. Yang terkuat.

" Bagi aku masa sebentar. Aku mahu berbincang dengan team aku. Mari Beta Liam.,"kata Ryan sambil bangun dari sofa. Dia memberi isyarat kepada seorang lelaki muda di belakangnya untuk mengikutinya keluar dari bilik perbincangan.

Aiden tersenyum menang. Dia mengerling kepada Putera Amar yang berdiri di sebelahnya. Amar hanya mengangguk sedikit sambil mengukir senyum balas.

Seketika kemudian mereka pulang ke Vienna dengan perjanjian termaktub- pembangunan resort diteruskan.

Aiden memberi isyarat kepada Putera Amar.

"Amar, settle juruukur itu."

————————————————————————————

Tadaa..dah kenal kan hero dan heroin keduanya kan..okay btw saya create tempat sendiri and prsekitaran sendiri..kira tak de kena mengena ngan Malaysia sangat..hehe

Jemput baca..vote and comment tau

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now