30

16.4K 484 10
                                    

4 hari berlalu dengan tiada benda menarik berlaku pun setelah peristiwa di bilik tidur hari tu. Aurora sengaja melancarkan perang dingin kerana dia memang geram dan rasa dipermainkan.

Kahwin dengan aku tapi nak control.. kata sayang lah cinta lah tapi tak sepadan pun dengan apa yang dia buat. Memang nampak sangat kahwin dengan aku semata batu loncatan nak jadi Raja je. Sebab aku ni mate dia. Hanat.

Masalahnya aku berani dalam hati je, depan depan bila dia tenung tu boleh longlai weh takut punya pasal.

Tapi Aurora hanya keraskan hati dia. Aiden pula sudah mula bekerja selepas peristiwa itu jadi dia tidak berjumpa langsung dengan suami singa tu. Mereka hanya berjumpa waktu malam dan itu pun Aurora terus tidur je tanpa bertemu muka dengan suaminya. Atau pura pura tidur.

Aurora rasa suaminya tahu tentang dirinya yang buat buat tidur tu sebab kadang kadang terdengar juga suaminya tergelak sendiri.

Tapi mujur Aiden tidak mengejutkan dirinya. Aurora pun malas nak dipersalahkan lagi. Paling paling tak pun komunikasi mereka akan end up dengan gaduh dan Aiden mengugut yang bukan bukan. Lagi baik dia elakkan diri.

Oh ya Aurora masih lagi memegang V card lagi. Aiden masih belum menyentuhnya sepenuhnya. Tidak tahu sama ada ini merupakan berita baik atau berita buruk untuk dirinya.

Kadang terfikir juga apa kurangkah dirinya? Suaminya geli ke? Isy, tapi lebih baik begini at least dia rasa tidak terikat lagi.

Kerana menurut Ayana setelah ikrar Hari Penukaran itu dilakukan, sekiranya Aiden menyetubuhinya, maka mereka sah terikat mati dengan hati , jiwa, serta nyawa. Itu yang paling merisaukannya. Dia masih belum bersedia.

Mungkin Aiden juga menyedarinya kerana itu dia tidak bertindak apa apa.

Aurora sedang membaca di library ketika waktu makan tengah hari ini. Bersusun buku perubatan di meja panjang itu. Baru sahaja dia menempah buku perubatan lagi di apps Shopee menggunakan duit simpanan yang dia ada.

Langsung dia tidak memberitahu suaminya tentang itu.

Ah takkan nak marah lagi. Tak bagi kerja tak pe la tapi melampau la kalau buku pun ko tak bagi beli. Ni mujur aku guna duit simpanan aku je bukan pakai duit dia pun.

Memang kebanyakan masa Aurora banyak mengutuk suaminya sejak akhir akhir ni. Sakit hati punya pasal tak boleh bekerja dah.

At least bagi aku habis latihan houseman aku je dulu.

Aurora juga baru dapat tahu Raja Evan dan Permaisuri Tilia ke luar negara kerana ada persidangan sambil nak menjemput pemimpin dunia untuk datang ke satu lagi majlis resepsi mereka minggu depan.

Patut la Aiden sibuk je sejak dua menjak ni, sibuk tadbir negara, memangku bapanya.

Pedulilah aku malas nak fikir. Hmm tapi fikir jugak.

Pintu library dibuka, kelihatan Ayana dan Amar masuk ke dalam menuju ke tempat Aurora sedang berteleku. Aurora yang menyedari mereka datang segera meletakkan bukunya dan berdiri keluar dari tempat duduknya.

" Kakak Aurora, jom keluar kita beli barang barang keperluan kakak sikit," kata Ayana tersenyum senyum menghampiri aku. Amar hanya berdiri membatu seketika.

Aurora mengerut dahi.

Ah sudah .Ini kalau Aiden tahu ni...

" Dont worry Aurora, dia tahu. Dia yang suruh aku dan Ayana teman kau. Sanggup dia call aku dan cutikan aku semata mata suruh aku babysit kau. Aku ni Menteri Penguasa Pertahanan bukan babysitter," kata Amar bernada geram.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now