33

17.1K 465 2
                                    

Aurora Lilly's POV

Tiga hari!
Tiga hari aktiviti aku hanya berada di atas katil sahaja. Kesakitan yang menyucuk di area kewanitaan dan bawah rahim menyukarkan aku untuk berjalan dengan baik.

Sakit rupanya bila berhubungan batin. Mungkin sebab kali pertama kot atau mungkin kerana bukan atas kerelaanku.

Aku juga dilanda demam dan selsema yang teruk. Hidungku tersumbat menyebabkan mood aku yang memang tengah teruk menjadi semakin worsening.

Aiden pula banyak membawa kerja kerja nya ke istana. Sekejap dia akan menghadiri mesyuarat khas kerajaan yang diadakan di istana, sekejap pula kena meeting dalam Zoom atau Meet, sekejap dapat call dari PA tentang beberapa laporan. Malam pun dia kena keluar katanya ada perkara yang perlu diselesaikan segera di kilang ubatnya.

Namun dia berkeras ingin menemaniku. Aku dah pesan suruh pergi kerja macam biasa tapi kepala batu tu mana nak dengar cakap orang.

Masalahnya even dia diistana pun seolah macam tak ada, tenggelam dalam kerja, aku pula terkulat kulat seorang. Nasib baik demam aku dah okay dan aku juga boleh berjalan perlahan lahan. Tiga hari pun sudah berlalu dan aku juga dah semakin baik. Lantaran itu, aku yakinkan dia untuk pergi kerja juga hari ini.

Buku buku perubatan disusun tinggi diatas katil dihadapanku. Semua dibawa Gwen ke sini dari library pagi tadi. Hari ini aku menyambung semula pembacaan yang tertangguh tempoh hari .Last aku ingat pembacaan aku, aku tertidur di atas meja panjang sebelum aku dibawa Aiden ke shopping mall.

Sebelum Aiden mengamuk hingga dia menuntut haknya secara paksa.

Seketika aku teringat ketika selepas aku menangis teruk pagi itu, dia memandikan dan membersihkan diri aku. Waktu itu aku teramat sakit dan pedih di bahagian bawah namun apabila berendam air suam dalam bath tub, ianya memberi kelegaan yang pantas. Lagipula aku betul betul tak mampu nak angkat tangan pun. Jadi aku tidak kisah Aiden yang melakukannya, dia pun dah tengok sendiri tubuh aku macam mana. Aku juga rasa dia ingin menutup rasa bersalahnya. Malu memang malu, tapi rasa sakit itu mengatasi segalanya.

Takkan nak suruh Gwen yang buat dalam keadaan aku yang macam diperkosa tu? Baik aku suruh suami aku je.

Tak sangka sampai demam teruk aku. Aiden pun selepas dari itu langsung tidak meminta dilayani lagi. Walau selepas itu aku nampak dia seperti inginkan aku lagi, tetapi dikawal sehabisnya. Kerisauannya padaku membatasi keinginannya juga. Aku teringat juga Ayana pernah memberitahu aku, ketika malam aku tidur dibiliknya, bahawa serigala jadian mempunyai nafsu dalaman berganda lebih tinggi dari manusia biasa. Ianya terjadi lebih teruk jika berhubungan dengan mate. Jika dia melakukan dengan orang lain selain dengan mate, kepuasan itu tiada.

Patutlah sehingga 5 pusingan. Aku dah macam lunyai terus.

Aku berjanji pada diri sendiri bahawa aku tidak akan sesekali menaikkan kemarahan dia. Tidak akan.

Aku meletakkan buku itu. Rasa tiada mood pula nak membaca lagi . Hari dah pun petang. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. Aiden sudah membenarkan aku untuk keluar dari bilik dengan syarat berada dalam kawasan istana sahaja. Itu pertukarannya dengan rasa bersalahnya.

Seketika aku keluar dari bilik dan terserempak dengan Gwen.

" Cik Puan hendak ke mana? Saya temankan," ujar Gwen sopan. Aku mengangguk bersetuju. Aiden khabarnya sudah kembali ke kerjanya semula setelah Raja Evan kembali ke tanah air.

Sekiranya dia memegang tampuk pemerintahan pula, bagaimana dengan syarikat syarikat itu? Entah, tidak pula aku tanya dia. Lantak lah asalkan jangan susahkan aku dah.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now