43

13.1K 495 6
                                    

Majlis makan malam dengan pihak kerajaan diraja Sunda Land akan berlangsung malam ini. Namun Aurora terasa sangat lapar. Suaminya Aiden sedang dalam mesyuarat ringkas di pejabat istana.

Memikirkan Gwen mungkin sedang sibuk untuk event malam ini, dia mengambil keputusan untuk turun ke dapur sendiri. Berpakaian ringkas, t shirt labuh dan seluar track pants, Aurora berjalan keluar melalui koridor.

" Cik Puan? Cik Puan nak ke mana?" Kelibat bodyguard khas untuknya, Ruzz tiba tiba kelihatan dari belakang.

Terkejut sekejap Aurora. Hang ni kan. Mujur tak melompat aku.

" Saya nak ke dapur sekejap Ruzz, saya lapar," Aurora tersengih menggaru kepala yang tidak gatal.

" La awat tak habaq Cik Puan, saya boleh bawakan," kata Ruzz kesal. Ye lah Cik Puan ini tak boleh buat main juga, silap haribulan kalau hilang depan mata, memang mati dia Aiden kerjakan. Cik Puan ini memang selalu buat Putera Mahkotanya sakit kepala.

" Tak pe lah awak, saya jenguk dapur kejap. Mana tahu ada makanan, saya jamah dulu. Macam ni, senang jom lah ikut saya," kata Aurora seraya berpusing dan berjalan pantas.

Lantak lah nak tanya apa pun. Tengah lapar la hai perut.

Sampai di dapur, beberapa maid sedang terkocoh kocoh menyediakan makanan. Menyedari kelibat Aurora, lantas mereka berhenti membuat kerja mereka seketika dan tunduk hormat.

" Korang, janganlah, tak apa..please buat kerja masing masing. Saya cuma nak cari makanan je. Korang ada makanan lebih tak?" Soal Aurora sopan. Serba salah pula melihat mereka hentikan tugasan semata ingin menyapa.

" Cik Puan nak makan apa?Kitorang sediakan. Kitorang masakkan apa yang Cik Puan nak " Salah seorang dari mereka bertanya.

" Eh tak perlu masak pun tak pe, just kalau ada lebihan makanan boleh tak saya nak sikit. Sekadar nak isi perut je."

Mereka saling berpandangan. " Tapi Cik Puan tak boleh makan makanan lebihan. Nanti Tuanku marah."

Aurora hanya tersenyum. Aiden tengah sibuk sekarang ini. So dia takkan tahu.

"Dont worry korang. Husband saya tengah dalam meeting. Dia takkan tahu selagi korang tak bagi tahu, and Ruzz, awak diam diam je kat situ tau," kata Aurora sambil berpaling kepada bodyguardnya Ruzz yang tercengang apabila namanya dipanggil.

" Baik Cik Puan, ibarat saya pakai cermin mata hitam sekejap lah, jadi buta," kata Ruzz sambil berpaling ke lain.

Aurora tersenyum lebar dan berpaling kepada 4 orang maid dihadapannya. " So ada makanan tak?"

———————————————————————————

Nasi arab yang terhidang memang sedap. Rupanya itulah hidangan untuk makan malam nanti. Tapi Aurora dah rasmi dulu.

Dia fikir nak makan ringkas je, macam roti jala ke. Masa dinner nanti boleh la melantak.

Tapi bila fikir balik, masa dinner mesti kena bersopan santun bagai, baik dia melahap dulu siap siap. At least tak ada lah macam jin kelaparan melantak.

Ruzz hanya menggeleng sahaja melihat telatah Cik Puan ini. Main langgar protokol juga kadang kadang.

Aurora sedang meratah ayam terakhirnya apabila merasakan dirinya dihampiri seseorang.

Seorang gadis cantik tinggi lampai sedang bercekak pinggang.

" Oh, tengah melantak rupanya? Punyalah kami panggil suruh naik keatas sebab Puteri Daeng Mia memerlukan sesuatu, tapi rupanya tengah makan. Pemalas betul kau ni," kata gadis itu mengherdik Aurora.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now