71

13.3K 461 11
                                    


Lebam di kaki suaminya diuruskan lagak seperti petugas medic. Tak sangka dia sendiri yang menjadi petugas medic untuk suaminya sendiri.

Rupanya suaminya tidak membenarkan langsung sesiapa merawatnya selain dari isterinya. Buat apa isterinya seorang doktor jika tidak boleh menguruskan suaminya. Ketika itu, mereka berada di bilik jurulatih. Pinjam sekejap katanya.

Botol tin Spray untuk mengurangkan ketegangan otot disembur ke arah otot hamstring Aiden. Tekun Aurora memicit sedikit betis Aiden sambil merenung bahagian lain yang cedera.

Tak semena mena satu cubitan hinggap di lengan Aiden.

" Auch sayang, kenapa?"

"Pandai abang eh, simpan simpan rahsia. Patutlah malam malam lambat balik. Rupanya training. Kenapa tak cakap? Tak ada lah kita salah faham." Nada suara Aurora seperti merajuk.

Aiden hanya ketawa kecil melihat wajah mendung Aurora.

" Abang suka tengok muka cemburu sayang. At least kita tahu orang tu sayang kita."

Aurora menjeling ke arah Aiden, tangannya makin galak mengurut. Mengada!

Sakit perutnya makin kuat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di wajahnya. Aiden perasan wajah Aurora yang berlainan sedikit dari biasa.Dia mengusap usap pipi isterinya.

" Kenapa ni sayang?" Soal Aiden, bimbang.

Aurora hanya mempamerkan senyuman manisnya. Tidak mahu menganggu kegembiraan lelaki itu malam ini. " Tak de apa apa."

Aiden mengerut dahi sambil berfikir sesuatu. Memang jelas raut wajah isterinya seperti menahan sesuatu. Secara tiba tiba kiraan minggu kelahiran menjelma dalam kepalanya.

" Sayang, sayang dah 38 minggu dah kan?" Aiden mengerut dahi cuba mengingati minggu trimester isterinya. Aurora terkebil kebil sebentar sambil tersenyum sedikit.

" Pandai abang," Aurora tersenyum sambil memicit betis suaminya. Namun sakit semakin mencengkam bahagian bawah perutnya menyebabkan dia mendesis secara tidak sengaja.

Aiden tahu ada sesuatu tidak kena.

" Sayang, jom kita ke hospital." Pujuk Aiden. Aurora menolak sopan. " Tak ada apa la abang, saya okay."

" No you are not, sayang. Jom, kita pergi ye."

Aurora menggeleng kepala. " Sayang okay la.. sayang.."

Tiba tiba waktu itu juga perutnya seakan meletup sedikit dan cecair putih panas mengalir di pahanya. Aurora panik. Dia tahu ini tanda tanda ingin melahirkan. Dia memegang tangan Aiden yang turut sama terkejut melihat cecair itu.

" Jom abang."

———————————————————————————

Hari itu hari bermakna bagi Aiden.Selain berjaya menjaringkan 2 gol untuk negerinya, dia juga dikurniakan bukan satu bayi tetapi dua bayi serentak. Rupanya Aurora mengandung kembar seiras berlainan jantina.

Seisi istana sangat bersyukur kerana ibu dan anak selamat. Ayana lah orang yang paling gembira memperolehi anak saudara. Setiap hari ada sahaja alasan Ayana untuk ke hospital bagi menjenguk anak anak saudaranya.

Putera Noah Alexander
Puteri Carla Liliana

Itu lah nama anak anaknya kembarnya. Anak anak yang diharap dapat mewarisi pemerintahan negara.

Pengumuman kelahiran juga telah dilakukan di media massa keesokkan harinya. Pengumuman nama pula dihebahkan seminggu selepas itu.

Seluruh rakyat gembira dengan berita ini.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now