50

13K 450 12
                                    

Mesyuarat tentang pembukaan cawangan hotel baru telah selesai. Kini Aiden berehat dipejabatnya sebentar sebelum ke markas. Lebih tepat dalam bilik peribadinya. Stok dadah untuk kilang ubatnya sudah sampai dan dia mahu memeriksanya sendiri malam nanti.

Dia berkira kira ingin memberitahu Aurora tentang sebab kelewatannya pulang ke istana. Aurora tidak tahu soal dadah itu. Mujur Aurora tidak bertanya banyak tadi, jadi dia hanya memberitahu dia akan lewat pulang. Dikerling jam, sudah jam 7.30 malam.

Dalam pejabatnya terdapat satu bilik peribadi beserta balik air untuk Aiden bersiap sekiranya dia perlu cepat dan tidak perlu pulang ke istana semata mata.

Baju kemeja ditanggalkan menampakkan tubuhnya yang sasa. Begitu juga dengan seluar. Kini tubuhnya hanya dilindungi kain tuala sahaja. Niatnya ingin mandi dan membersihkan diri.

Terasa dahaga pula dirasa. Suhu aircond pula seolah tidak membantu. Ada sebotol air mineral didalam bilik itu. Dia tidak ingat pula dari mana datangnya air itu namun rasa dahaganya yang teramat sangat menyebabkan dia minum sahaja lah air botol mineral itu.

Fuh, tekaknya yang kering sejak tadi, terasa lega.

Gambar perkahwinannya dengan Aurora direnung sayang. Sudah lebih dua minggu Aurora bertugas semula,menyambung latihan kedoktorannya semula. Dia gembira sangat dengan perubahan emosi Aurora yang kelihatan sangat positif. Dia tahu Aurora cemerlang dalam tugasnya. Beta Haris sendiri mengakui Aurora sangat berbakat menjadi doktor. Namun sayang juga kerana dia adalah bakal Permaisuri. Sekurang kurangnya Aurora sudah mempunyai sijil kelayakan sebagai doktor.

Pintu pejabatnya kedengaran diketuk ketuk. Aiden hairan, rasanya dia tiada temujanji dengan sesiapa. Malahan PA nya juga tidak memberitahu apa apa. Lagipun sudah malam. PA nya pun sudah pulang. Tiada sesiapa di tingkat ini.

Tidak fikir panjang, dengan bertuala sahaja,Aiden keluar dari bilik peribadi, dan terus ke pintu utama pejabatnya.

Dia membuka pintu dan rupanya Puteri Bella berada di situ.

"Aiden, you lupa dengan dokumen ni?" Puteri Bella tersenyum senyum di situ sambil menyerahkan satu fail. Diperhatikan tubuh berotot dan abs 8 ketul milik Aiden. Menggoda jiwanya.

" Bella, apa yang kau buat kat sini? Kau tak sepatutnya....." tiba tiba pandangan Aiden menjadi berbalam balam. Persekitarannya kelihatan berpusing seperti roller coaster. Aiden menutup matanya menahan rasa peningnya. Dia mencengkam kuat pemegang pintu pejabatnya, menyokong tubuhnya yang ingin rebah.Kepalanya berdenyut denyut.

"'Eh Aiden, kenapa ni?" Kedengaran suara Bella seperti cemas. Aiden tidak mampu menahan  rasa seolah vertigo yang dialaminya dan dia rebah serta merta.

" Aiden, wake up.. wake up," Bella menepuk nepuk pipi Aiden.

Dan pandangan Aiden bertukar gelap.

———————————————————————————-

Jam 5.30 petang Aurora pulang ke istana. Hari ini dia tidak dapat bertugas secara baik kerana asyik muntah je. Dia makan, dan muntah kembali. Mungkin food poison kot, fikirnya. Dia juga hairan kenapa suaminya senyap je. Biasanya dialah orang yang suka call berjuta juta kali semata nak tanya lokasi Aurora, atau mesej kata kata cinta rindu sayang. Hari ini langsung tiada.

Sibuk kot.

Sakit kepalanya ada tetapi tidak lah kuat. Mungkin setelah dia on Paracetamol (PCM), jadi makin kurang rasa sakit kepala itu.

Dia perasan Ruzz bodyguardnya juga kelihatan sangat diam dalam kereta. Biasanya dia lah becok bertanya tentang pesakit pesakit Aurora. Tapi Aurora memikirkan mungkin Ruzz ada masalah lain, jadi dia tidak bertanya.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now