Di dalam lif, Aurora seakan resah gelisah. Dr Haris pula hanya diam membisu. Berani sungguh isteri Putera Mahkota ini melakukan sesuatu seperti ini. Tindakannya pantas dan cekap menyelamatkan orang namun dia langsung tidak fikir panjang akan kesannya.
Banyak sungguh kesalahan Aurora kali ini. Membelakangkan suaminya, Putera Mahkota Aiden kemudian keluar dari istana tanpa izin, siap pakej berjalan jalan dalam hospital tanpa langsung risau akan keselamatan dirinya.
Aiden merupakan figura yang digeruni. Sifatnya yang tegas, dingin dan mempunyai aura kejam itu memang diketahui rapat olehnya. Namun kini Aurora adalah kelemahan Aiden. Oleh sebab itu lah Aurora perlu dilindungi sebaik baiknya agar Aiden tidak bertindak melulu.
Namun wanita dihadapannya ini tidak tahu dan tak sedar langsung akan ini.
Malahan berani betul dia melakukan hal yang bertentangan.
" Cik Puan, kita sudah sampai. Tapi sebelum itu..." Dr Haris atau Beta Haris memberhentikan katanya. Mereka berjalan keluar dari lif dan berhenti di hadapan pejabat Dr Haris.
"....tolong jangan menjawab merapu. Jawab apa yang perlu sahaja. Selebihnya pujuk dia. Cik Puan ada kunci kelemahannya. Gunakan sebaik baiknya," kata Dr Haris lembut menasihati Aurora.
Aurora merenung pintu kayu tebal itu. Maksudnya Aiden sudah berada didalam bilik itu.
Aurora boleh rasa aura kemarahan suaminya yang sedang melahar kali ini. Aiden benar benar marah. Dia benar benar marah padanya.
Kenapa aku tidak fikir panjang sebelum ini?
" Saya takut, Dr Haris," kata Aurora perlahan. Suaranya hampir tidak keluar. Hatinya rasa begitu mengecil dan kakinya pula seolah dipaku.
"Dia mate Cik Puan. Hanya Cik Puan sahaja yang boleh menenangkannya. Back to basic life, setiap kesalahan kita, terima akibatnya dan jangan ulangi lagi. Namun saya percaya, Aiden tidaklah sampai menyakiti teruk Cik Puan. Paling paling tak, mungkin pecah dinding je lah," katanya ketawa hambar.
Tak kelakar lah Dr Haris. Aku tengah takut sampai nak terkencing.
Namun dikuatkan hatinya untuk membuka pintu bilik kayu itu. Perlahan lahan dia masuk ke dalam bilik. Dia tahu kali ini dia salah. Dia main langgar semua arahan suaminya.
Kelihatan figura Aiden membelakangi dirinya sedang melihat menerusi cermin tingkap kaca yang besar berlatarbelakangkan pemandangan kota bandar Vienna. Tubuh suaminya yang tinggi dan tegap berdiri itu benar benar menampakkan karisma seorang pemimpin dan keyakinan lelaki itu. Jika bukan dalam situasi begini, Aurora memang terpaku melihat suaminya yang sangat tampan.
Namun sekarang ini tidak. Aurora hanya tunduk membisu. Menanti hukuman. Dia dah pasrah.
Masa berlalu seketika. Keduanya diam.
" Kau buat apa pula kali ni Aurora?"
Dingin suara itu menyapa di telinga Aurora. Bermakna bala besar sedang menanti.
Aurora masih senyap menikus.
Aiden berpusing menghadap isterinya yang tunduk. Dia tahu isterinya takut. Dia boleh rasa ketakutan itu dengan jelas. Namun Aurora masih tidak faham. Masih berani membelakanginya. Keberaniannya memang diperlukan sebagai Permaisuri. Dia juga kagum akan keberanian itu. Tetapi masih salah jika bukan pada tempat yang sepatutnya. Aurora perlu diajar, untuk menghormati dirinya sebagai suami dan Putera Mahkota.
" Aku dah cakap yang aku tak suka soalan aku tidak dijawab. Kau buat hal apa pula kali ini, Aurora?"
Perlahan dia melangkah ke arah isterinya. Rindunya kepada wajah itu setelah berhari tidak bertemu. Namun pada masa yang sama kemarahannya makin meluap luap. Tahukah isterinya betapa risaunya dia apabila dapat tahu isterinya menaiki ambulance. Sangka Aiden isterinya mengalami kesakitan lagi selepas hubungan intim mereka tempoh hari. Lantas dia bergegas keluar dari mesyuarat dengan pihak dari Kanada dan terus ke hospital. Mesyuarat itu penting kerana mereka sedang dalam merebut tender bagi meluaskan lagi rangkaian hotel setelah berusaha berhari hari. Namun baginya isterinya lebih penting dari tender itu.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...