Putera Aiden
Satu panggilan masuk ke telefon Aiden yang sedang mengetuai mesyuarat bersama Penguasa penguasa Menteri, menggantikan ayahandanya.
Mulanya Aiden tidak mengendahkan, tambahan pula dia sedang mendengar tentang laporan kewangan bulanan negara Erovra dari Penguasa Menteri Kewangan, namun 2,3 kali panggilan yang masuk tidak berhenti betul betul menganggu ketenangannya.
Dia mengarahkan PA dan Setiausaha Negara untuk take note segala info sebelum dirinya bangun menjawab telefon.
"Hell ya motherfucker. Told you this is must be important..."
" Tuanku, isteri saya memberitahu.. dia ternampak kelibat Cik Puan Aurora di.. di.. di Valley bersama seseorang," potong Hilmi segera. Dia juga terkejut kerana isterinya yang pulang ke kampungnya di Valley boleh terserempak dengan Aurora.
Kecilnya dunia.
Aiden termangu seketika. Jauh betul Aurora sampai ke sana.
" Are you sure that is her? Isteri kau kenal dia?" Soal Aiden, perlu memastikan kebenaran. Hilmi terdiam sebentar.
" Saya percaya isteri saya Tuanku, pasti dia tidak main main dalam perkara sebegini. Isteri saya pernah terjumpa Cik Puan tak lama dahulu semasa Cik Puan sedang pulih dari cedera," kata Hilmi, cuba berlagak tenang.
Aiden mengetap rahangnya. Dan kemudian tersenyum lebar.
" Tunggu aku selesai mesyuarat aku dahulu," ujar Aiden lantas menutup telefonnya. Ada satu contact yang dia perlu hubungi untuk memastikan sesuatu.
" Ziyad Harley, kau kat mana sekarang?"
———————————————————————-
Mesyuarat Penguasa Negara segera ditangguhkan ke hari lain. Aiden dan Putera Amar bergegas ke airport dan terus ke tempat lapangan diraja kerana akan menaiki private jet terus ke Valley. Zyon, bakal Beta dan Hilmi menunggu mereka di airport Vienna.
Dirinya tersentak apabila Ziyad Harley, Alpha dan Pemerintah baru Valley memaklumkan bahawa Tengku Adrian kerap keluar masuk dari Amana ke Valley sejak akhir akhir ini.
Aiden merasakan ada yang tidak kena. Pasti berkaitan dengan Aurora. Adakah Tengku Adrian sudah bertemu Aurora? Siapakah seseorang yang dimaksudkan Hilmi tadi?
Lama sudah dia tidak bertemu saingannya itu. Dia tahu Tengku Adrian suka menyainginya dari banyak segi.
Penerbangan itu mengambil masa 1 jam dan mendarat selamat di Lapangan Terbang Domestik Valley. Aiden mengarahkan agar merahsiakan kedatangannya dari awam bimbang Aurora akan tahu dan dia mungkin lari lagi.
Sebolehnya sekarang juga dia ingin mengheret gadis itu pulang dan terus melakukan upacara Hari Penukaran.
Di Airport Valley, kelihatan Ziyad Harley menunggu bersama beberapa orang kenamaan lain. Sebaik sahaja Aiden turun dari jet peribadi, dia bersalaman dengan Ziyad.
" Lama tak jumpa kau," sapa Aiden menepuk bahu.
" Sibuk sikit bro, sejak aku ambil alih ni, memang tak menang tangan aku," kata Ziyad tersenyum.
Dibelakang Ziyad terdapat mate Ziyad yang juga isterinya, Cleo serta Beta Eirfan dan pasangannya.
Aiden hanya sekadar mengangguk kepada mereka.
" Tuanku, isteri saya di belakang sana," kata Hilmi menunjukkan arah di belakang Beta Eirfan. Susuk seorang wanita tinggi lampai sedang menunduk.
Aiden melangkah dingin ke wanita itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/325142460-288-k385630.jpg)
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...