" Perlawanan separuh masa kedua bakal dimulakan. Kedua pasukan sudah bersedia untuk memulakan sepakan. Sebelum itu saya diberitakan Vienna akan melakukan pertukaran pemain. Posisi penyerang."
Suasana stadium gamat menyorak.
"Oh, ini menimbulkan satu keadaan yang menarik untuk kita semua saksikan buat julung kalinya. Kapten Zyon nampaknya tahu apa yang dia sedang lakukan. Iskandar DeNiro telah dikeluarkan dan Tuanku Putera Mahkota Aiden masuk menggantikan posisi penyerang."
Rahang Aurora jatuh tiba tiba!
Hah???? Laki aku jadi pemain bola?? Gila ke?
Sorakan gemuruh bertambah gamat dengan kemasukan Putera Mahkota ke dalam kawasan padang, terutamanya dari gadis gadis. Memang ciri ciri pemain bola kelihatan pada Aiden. Tinggi, tegap, sasa dan kacak.
Sempat dia bersalam gaya lelaki serta bertemu tangan dengan Zyon. Aiden mengambil posisi tengah. Matanya sempat melirik ke arah isterinya yang masih terpaku berdiri di podium diraja sebelum mengenyit mata dan menunjukkan isyarat tangan khas buat Aurora.
Sorakan sekali lagi bergema.
Aurora terduduk malu dengan isyarat suaminya. Tapi dalam diam, dia tersenyum sendirian. Memang dia baru tahu dari Zyon tempoh hari, Aiden sangat suka bermain bola sepak.
" Oh jadi ini lah yang suami saya buat sampai lewat malam? Training?" Soal Aurora pada Hilmi yang tergaru garu kepalanya. Pening mungkin apabila ditebak sekali lagi.
" Betul Cik Puan. Tuanku akan turun training malam malam. Disebabkan Tuanku memang ada lesen kelayakan pemain bola sebab dahulu Tuanku adalah pemain bola negara bawah 19 sebelum dia berhenti sepenuhnya untuk menyambung pelajaran, jadi kriteria dia masih boleh diambil kira."
Hah? Info baru. Serius Aurora tak tahu rupanya suaminya pernah mewakili negara dalam bola sepak. Banyak rupanya yang dia tidak tahu tentang suaminya.
"Kenapa sekarang?" Soal Aurora.
" Saya tak pasti Cik Puan, rasanya Tuan Zyon minta tolong."
Bunyi wisel kedengaran. Kali ini kelihatan kem Vienna di booth pemain dan jurulatih lebih banyak menyorak. Aurora turut sama bersorak apabila bola mengenai kaki suaminya. Kali ini dia mengagumi kemahiran suaminya menggelecek di atas padang. Aiden hampir meledakkan gol namun sempat ditepis oleh pemain pertahanan Valley.
Kecewa sebentar namun kali ini mereka pasti serangan bergasak akan bertambah padu apa ntah lagi setelah kemasukan Aiden ke dalam padang.
Gandingan Aiden dan Zyon memang menjadi.
Selepas satu kekasaran terjadi dimana melibatkan pemain tengah Vienna dan pemain pertahanan Valley, kad kuning dilayangkan kepada kedua dua pihak. Zyon selaku kapten datang menenangkan pemain tengah Vienna tersebut.
Sepakan seterusnya diberikan kepada pasukan Valley.
Entah bagaimana ,Zyon berjaya merampas bola dari kaki salah seorang pemain tengah Valley dan terus menghantar ke arah Aiden yang sudah meluru ke arah kawasan tengah depan pintu gol. Dan....
GOL.....!!!!!!!
Seluruh stadium gamat dan bising dengan ledakan gol pertama oleh Putera Mahkota. Aiden berlari ke tepi padang dan dihurung oleh rakan rakan sepasukannya yang menerjah masuk ke arah Aiden. Kali ini formaliti sebagai Putera Mahkota diketepikan terus.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantastik1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...