51

11.9K 453 20
                                    

" Cik Puan,tunggu.Cik Puan.." Ruzz mengejar Aurora yang terus melarikan diri. Esakan wanita itu bergema sepanjang koridor.

" Cik Puan."

Aurora berhenti seketika apabila mendengar jeritan panggilan terdesak dari Ruzz dan berpaling ke belakang menghadap Ruzz. Air matanya mengalir laju.

" Jangan ikut saya kali ini Ruzz. Let me breathe for once," rayu Aurora sambil menangis. Ruzz terpempan melihat keadaan Cik Puannya yang sangat lemah. Dia mengangguk sedikit dan tunduk hormat lantas berpusing ke belakang. Membiarkan Aurora berlari terus menuju ke penghujungnya.

Aurora berlari menuju ke basement dan terserempak pula dengan Clara. Tanpa berfikir panjang, dia memohon untuk meminjam handphone Clara dan menukar handphone dengannya.

Clara yang mengetahui awal kerana gosip yang mula bertebaran dikalangan maid tadi berasa simpati dengan nasib Cik Puannya lantas bersetuju untuk menukar handphone mereka. Aurora memberi iPhone 14 miliknya dan mengambil Samsung s22 milik Clara. Dari kejauhan kelihatan Ayana berlari mengejar Aurora juga.

" Kakak nak kemana?" Soal Ayana cemas.

"Tak tahu Ayana asal bukan dalam istana ni. Akak nak tenangkan diri. Akak serabut. Akak tak kuat," kata Aurora menangis. Ayana seperti terpaku melihat kakaknya.

Lantas Ayana menyerahkan sesuatu kepadanya.

Kunci kereta Honda Civic.

" Kereta ni jarang guna tapi jangan risau boleh je guna. Ayana rasa akak memang kena perlukan masa. Don't worry pasal kat sini. Ayana akan cover. Just go," kata Ayana sambil memegang tangan Aurora erat.

" Aiden tengah mengamuk menggila kat atas tu. Tak tahula siapa yang betul dan salah. Tapi kakak, sepanjang Ayana hidup, Aiden tidak pernah buat benda macam tu even sebelum berkahwin lagi. Dia tak pernah tidur dengan perempuan walau dia bercinta dengan orang lain dulu, dan walau dia kejam setara mana pun. Dan akak kena ingat, Bella tu licik," kata Ayana perlahan sambil memeluk Aurora.

Clara hanya memerhati dengan penuh kesedihan.

" Akak pergi dahulu. Please jangan pecahkan rahsia akak keluar ni," kata Aurora. Pandangannya juga dialihkan kepada Clara. Keduanya Ayana dan Clara mengangguk.

Dengan bantuan Ayana, Aurora melintasi pagar istana dengan mudah. Dia memandu dengan penuh rasa kecewa. Kerana dia benar benar tidak menyangka sejauh itu hubungan suaminya. Melihat pada awal perkenalan mereka yang tidak indah. Aiden yang mengejarnya sehingga mereka disatukan dalam satu ikatan. Tetapi sekarang, suaminya boleh mengkhianatinya. Dan tak mustahil juga suaminya boleh meninggalkannya.

Entah mengapa ayat itu pernah kedengaran di telingannya. Seseorang pernah mengungkap ayat itu.

Tengku Adrian.
———————————————————————————-

Tengku Adrian meletakkan panggilan telefon itu dengan rasa teruja.  Telah dijangka perkara itu yang berlaku. Segera dia menghubungi anak buahnya yang berada di Vienna untuk membawa Aurora ke Amana menggunakan jet peribadi.

Aiden , Aiden, kalau kau dah tak nak jaga dia, bagi aku je lah untuk membahagiakannya. Aurora si polos dan juga si degil itu.

" Aurora, aku akan cuba membahagiakan kau walau kau dalam kesedihan."

Tempoh hari Puteri Bella ada menghubunginya untuk bekerjasama bagi memisahkan Aiden dan Aurora. Puteri Bella memang mengetahui Tengku Adrian menaruh hati kepada Aurora setelah peristiwa di Valley hari itu.

Puteri Bella dan Tengku Adrian merupakan sahabat satu universiti di Auckland namun berlainan jurusan dan batch. Namun Tengku Adrian tidak bersetuju kerana dia sendiri sudah malas untuk mengejar Aurora, kerana dia tahu Aurora mencintai suaminya. Bella memberi jaminan bahawa Aurora akan datang kepadanya sendiri. Dan tidak disangka, ia nya memang terjadi.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now