Aurora memandu kereta Honda Civic berwarna hitam ke Viennavalley Mall hari ini dengan penuh rasa puas. Ya dia tahu kali ini dia langgar lagi arahan suaminya. Tapi sekarang, dia tak kisah dah.
Pandailah aku hadap kemarahan dia nanti. Aku dah bosan.
Semalam dia sudah minta izin untuk ke mall, ingin menjamah sizzling chicken rice food court kegemarannya. Namun Aiden hanya buat pekak sambil melakukan kerja di pejabat kecilnya di banglo.
Aiden sebenarnya tahu itu adalah alasan Aurora untuk menaikkan kemarahannya. Aurora cuba menunjukkan protes kerana Aiden tidak membenarkan dia untuk bekerja semula. Tapi tetap disabarkan hati mengenangkan keadaan isterinya yang berbadan dua. Dia menyangka isterinya hanya menunjuk protes yang biasa biasa sahaja.
Oh tidak kali ini.
Pagi itu berbekal baju hoodie Ayana dan kunci kereta yang diambil senyap senyap dalam laci pejabat kecil suaminya di banglo itu, Aurora menyelinap masuk ke dalam kereta hitam itu dan memandu keluar. Pengawal menyangka itu adalah Ayana kerana hoodie yang dipakai lantas mereka memberi izin untuk keluar dari kawasan banglo besar itu.
Aiden sudah keluar bekerja dari pagi lagi, kerana perlu menghadiri persidangan ekonomi bersama negara Jepun. Maklumlah sejak memangku takhta Raja kira kira dua minggu lepas, dia terpaksa memperlahankan aktiviti kerja sebagai CEO di beberapa company miliknya. Raja Evan akan menyerahkan takhtanya kepada Aiden betul betul setelah Aurora melahirkan anak sulung mereka nanti.
Sepanjang jalan menuju ke Vienna, itu lah kali pertama dia merasa bebas teramat sangat. Tanpa bodyguard, tanpa kongkongan, dia bebas. Handphone iPhone 14 pro Max dimatikan segera. Biar Aiden separuh gila mencarinya. Dah minta izin, suami pula tak bagi malah buat tak tahu je. Ha sekarang alang alang, baik kena marah terus.
Tempat pertama yang dia ingin pergi adalah library. Rindunya pada library Vienna. Tempat dia menghabiskan masanya dahulu. Last bila ye dia ke sana? Lebih kurang dalam 5 bulan lebih dahulu.
Setelah dia menghabiskan masa di library kira kira 2 jam, lantas Aurora menjejakkan kaki ke Mall. Food cout dah dibuka waktu ini. Dengan memperbetulkan hoodie nya, dia menapak ke lot sizzling food.
Setelah siap, segera dia menatang pinggan hitam itu menuju ke meja. Air milo juga sudah siap dibeli.
Penutup kepala hoodie diangkat menutup kepalanya. Sudu diambil dan mula mencedok nasi yang bercampur kuah lantas dimasukkan kemulutnya.
Aurora menutup matanya. Hmmmmmmmmmm!!
Nikmatnya dapat makan makanan ini lagi. Sedapp sangat..telur meleleh, kuah hitamnya yang pekat likat.. mee yang tebal.. eh tapi ayam sikit je dia bagi. Cendawan banyak pula..
Tak pe lah janji kenyang.
Penuh rasa bahagia, dia menghabiskan sizzling chicken rice sampai licin!
Setelah selesai, Aurora berjalan ala ala window shopping. Mujurlah hari ini hari bekerja jadi jumlah orang memang kurang dari kebiasaan.
Dalam fikirannya terngiang ngiang destinasi seterusnya yang dia akan pergi. Ada satu tempat yang dia sudah lama tidak pergi. Mungkin Aiden tidak akan memarahinya jika dia ke tempat ini. Suaminya tahu dia cukup rindukannya.
Ekor matanya melihat kelibat seseorang yang berhoodie. Susuk tubuhnya seperti pernah dilihat. Namun orang tersebut berjalan sangat laju dan terus membelok di satu sudut kiri. Lantas Aurora mempercepatkan langkahnya ingin menyaingi orang tersebut. Dia memang tahu. Dia memang kenal siapa itu.
Namun sampai di sudut itu, kelibat lelaki itu sudah hilang. Aurora lantas berhenti dan mengambil rehat sebentar. Dia hampit terlupa bahawa dia mengandung. Nafasnya yang kencang diatur perlahan lahan sehingga stabil.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Фэнтези1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...