4

15.7K 539 1
                                    

Putera Aiden

Kakinya melangkah masuk ke rumah agam keluarganya.Terdengar gelak ketawa dari ruang makan. Lantas dia menuju ke ruang makan tersebut.

Oh semua ahli keluarganya disana.

" Aiden," bondanya Permaisuri Tilia menyapa anak sulungnya. " Mari, duduk sebelah bonda", manis bondanya berkata menjemput Aiden.

Putera Aiden mengangguk ringkas .Lantas dilabuhkan punggung untuk duduk diantara bondanya dan Putera Khaleed.

Putera Isaac adalah Putera Tuan 3, gelaran yang dikurniakan oleh Raja Evan kepadanya. Merupakan adik lelakinya yang no 3, baru bekerja sebagai pengurus kewangan untuk rangkaian hotel Royal Dorsett milik Aiden.

Manakala Putera Khaleed adalah adik lelakinya no 4, sedang melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Antarabangsa.

Walaupun mereka keluarga diraja dan mampu hidup mewah dengan gelaran serta harta tak habis 7 keturunan tu, namun mereka diajar untuk hidup berdikari. Mereka semua tak perlu pengawal peribadi pun memandangkan mereka sendiri boleh menjaga diri.

Gen serigala memang membantu.

" Macam mana dengan kerja kamu Aiden?" ayahandanya Raja Evan menyoal serius.

Aiden membalas ringkas. " Baik sahaja ayahanda"

Raja Evan mengangguk.

Tiba tiba satu suara perempuan memecahkan suasana tenang makan malam mereka.

" Helloooooooooooo"

Aiden melihat di muka pintu rupanya adik perempuan bongsunya Puteri Ayana, yang baru sahaja tamat sekolah tinggi sedang berkelakuan seperti orang mabuk.

Ayana berjalan terhuyung hayang dan hampir rebah namun sempat disambut oleh pengawal peribadinya.

" Ayana!" jerkah Raja Evan.

" Mabuk lagi kemudian mabuk lagi, kamu tu baru habis sekolah tinggi Ayana,jangan malukan ayahanda dan bonda"

Ayana tersengih seperti kerang busuk,melihat ayahandanya. Nampak senang hati.

" Ayana tak mabuk ayahanda, hiks" tersedu sedu Ayana sambil cuba menyambung ayatnya lagi.

" Tapi Ayana peduli apa..hiks.. Ayana..." dan Ayana terus menyembur muntah di tengah ruangan depan ruang makan.

Putera Amar menggeleng kepala melihat adik perempuan yang satu itu. Pasti banyak alkohol yang diminum Ayana. Gadis serigala sepertinya sepatutnya boleh menahan mabuk alkohol tak seperti manusia biasa namun dia meragui seberapa banyak Ayana minum untuk mabuk sebegini.

Permaisuri Tilia dan Putera Khaleed segera bangun dan melangkah kepada Ayana,memapahnya bangun ke bilik tidur Ayana. Putera Khaleed kelihatan mahu sahaja mengetuk kepala adiknya kerana berkelakuan begini.

Raja Evan hanya mengeluh kecewa. Puteri Ayana memang sukar dikawal terutamanya setelah dia boleh bertukar ke serigala secara konsistan.Genap usia 18 tahun Ayana sudah pun mencapai usia matang mengikut matang serigala dan sudah boleh mencari pasangan. Namun belum ada sesiapa yang menuntut Puteri Ayana lagi sebagai mate.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now