Lawatan diakhiri dengan kata penutup oleh CEO kilang itu sendiri iaitu Putera Mahkota Aiden, sebelum ke jamuan minum petang. Sepanjang ucaptama penutupannya, matanya sentiasa memandang isterinya, yang kelihatan melarikan pandangannya ke ke tempat lain.
Aurora faham maksud pandangan suaminya. Pandangan geram. Sebab Aurora tidak cakap sepatah pun tentang lawatan ini pagi tadi.
Dalam tentatif, sepatutnya hanya Ketua Pengurus Besar yang akan memberi ucapan. Namun entah mengapa CEO sendiri yang turun padang. Aurora tahu Aiden memang sengaja datang kerana dirinya.
"Maybe some of you know that my wife is joining this tour, as a Junior Doctor from Primary Hospital of Vienna. Dr Aurora Lilly. Thank you for taking care of her. And thank you for coming to my factory," ucap Aiden sambil tersenyum ringkas.
Aurora hanya terdiam. Memang semua orang tahu akan status dirinya tetapi kenyataan Aiden itu seolah olah memberikan satu noktah.
"Dr Kimberly, can I take my wife from here? She will go back with me. You guys can enjoy the hi tea first before going home," soal Aiden menerusi mic terhadap Dr Kimberly, ketua rombongan lawatan. Dr Kim hanya menunduk hormat sebelum memberikan kebenaran.
Of course la kena bagi kebenaran. Isteri Putera Mahkota kot. Aurora mengerling sekelilingnya yang hanya tersenyum senyum mengusik. Dia mengeluh perlahan sebelum bangun dan melambai ke arah rakan rakan hospitalnya.
" Jumpa korang esok."
Aiden menghampiri Aurora sambil memautkan jari jemari mereka. Lantas keduanya berjalan keluar dari dewan itu meninggalkan keramaian. Aurora hanya berjalan perlahan lahan, keletihan masih terasa.
" Letih?" Soal suaminya, dingin.
Aurora mengangguk kecil. " Sikitla."
Aiden hanya mempamerkan riak dingin seperti biasa. Aurora juga turut mendiamkan diri. Langkahnya juga semakin slow.
Tapi entah mengapa tubuhnya terhuyung hayang dan sedar sedar dia berada dalam dukungan Aiden secara bridal style. Aiden seolah tidak terkesan pun apabila mendukung isterinya. Isterinya memang ringan.
" Abang nak bawa ke mana ni?"
" Kat office abang."
Mereka sampai di hadapan pintu office Aiden. Aiden menekan thumbprint dan dengan Aurora dalam dukungannya, Aiden berjalan masuk ke dalam sebelum dia mendudukkan isterinya di sofa khas di hadapan meja kerjanya.
" Abang tak marah?"
Aiden merenung isterinya seketika. Dia faham apa yang disoal isterinya. Tapi saja buat kental.
" Marah pasal apa?"
" Pasal tak bagitahu abang yang saya join trip ni."
Aiden hanya mengukir senyum segaris.
" Dah selesai dah pun kan." Kemudian diam.
" Besar betul kilang abang. Patut la jualan ubat apa semua memang kebanyakan datang dari kilang abang," puji Aurora, saja ambil hati. Aiden hanya diam .
"Ala abang merajuk ke?" Tangan Aurora naik mengusap pipi suaminya. Aiden hanya merenung sekilas mata isterinya sebelum melarikan pandangannya.
"Kalau saya bagitahu abang, mesti abang tak bagi join,tu yang saya tak cakap. Tapi saya tak ke mana pun, masih lagi bersama group. Tak lencong ke lain pun," kata Aurora, cuba menjelaskan. Aiden tidak berkata apa apa. Dia bangun menuju ke meja kerjanya dan duduk di sana.
Aurora mengerti suaminya seolah terasa hati. Memang sejak dia mengandung, emosi terjejas ni berbalik ke si Aiden pula. Sensitif mengalahkan perempuan. Rasa macam tak percaya pula bila si dingin ni cepat sentap. Jenuh betul dia nak memujuk bapak singa tu. Merajuk pula berlama lama, lapis lapis. Mengada ngada.
![](https://img.wattpad.com/cover/325142460-288-k385630.jpg)
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...