BAM !!
Bunyi tembakan kedengaran.
Kesemua yang berada di ruangan itu tersentak. Aiden mengambil pistol Glock 17 yang disisipnya di belakang.
Tengku Adrian pula sudah sedia dengan pistol HS2000/XD berwarna hitam di tangan. Mata masing masing menumpu ke pintu masuk.
Luth Mikael yang sejak dari tadi memerhatikan adegan belasahan itu mengarahkan anak buahnya untuk memeriksa di luar pintu.
Namun belum sempat anak buahnya melangkah, pintu dikuak sekuatnya, menayangkan satu figura tubuh yang amat dikenali mereka semua. Aiden mengerut dahi, kehairanan. Namun pistol tetap diacukan.
" Hi boys"
Aiden mengetap rahangnya kuat.
" What are you fucking doing here Ayah Lang?"
————————————————————————————
Aurora berkurung dalam bilik setelah selesai membersihkan diri. Dikerling jam dinding, jam 11 malam dan Aiden masih belum pulang. Dia masih belum berjumpa dengan suaminya setelah dibawa pulang oleh Zyon dengan selamat.
Kata Zyon, Aiden sedang melakukan rundingan dengan Dylan. Kali ini dia tersedar sesuatu.
Rundingan untuk menceraikannya dan menyerahkan dirinya terhadap Dylan?
Sekali lagi matanya mengkhianatinya. Airmata bertakung. Dengan keadaan berbadan dua dan hormon yang bercampur baur, pelbagai andaian negative bermain dalam fikirannya. Tetapi satu yang dia pinta pada Zyon setelah dia pulang, dia ingin tidur dibilik lain. Dia ingin bersendirian.
Buat masa ni dia tidak mahu berjumpa dengan suaminya. Hatinya terluka. Dia tidak tahu apa motifnya Aiden boleh berbicara seperti itu dengan Bella.
Ayana juga menawarkan diri untuk menemaninya namun ditolak lembut. Mujut Ayana memahami.
Katil berukuran queen itu ditepuk tepuk lembut. Kantuknya perlahan lahan menjelma. Bau lavender harum memenuhi ruang bilik. Asyik dengan bau tersebut, membawa Aurora ke lena yang panjang.
————————————————————————-
Aurora tersedar apabila ada seseorang yang memeluk kemas pinggang. Matanya berat sungguh untuk dibuka, mungkin dek terlalu letih. Tetapi siapa yang memeluk pinggangnya sekarang?
Masih trauma akan kejadian diculik,automatik badannya mula mengeras. Nafasnya turun naik laju dan cuba membuka matanya.
"Shhyh.. abang ni," bisikan jelas suara lelaki yang amat dirinduinya. Aurora terpaku.
Rindunya dia dengan suaminya. Dirinya seakan ingin berpusing menghadap Aiden, memegang wajahnya, memeluk tubuhnya. Tapi mengingati semua kata kata Aiden terhadap Bella tentang dirinya menerusi speaker tempoh hari, hatinya benar benar sakit.
Tangannya memegang duvet dan tubuhnya mula ingin turun dari katil. Dia hanya ingin menjauhkan diri dari suaminya untuk sekarang.
Namun pegangan Aiden yang kemas menghalang perbuatannya. Dia meronta sedikit,cuba menyiku perut suaminya namun Aiden sedikit pun tidak berganjak. Malahan makin dieratkan lagi pelukan itu.
Spontan Aiden memusingkan tubuh isterinya. Pantas namun berhati hati. Kepala isterinya disandarkan didadanya. Rambut Aurora dicium semahunya. Rindu. Sungguh rindu.
" Please. Just leave me!" Bisik Aurora, sebak.
Aiden hanya mengusap usap belakang kepala Aurora.
"Dont say anything. Apa apa esok kita selesaikan. Abang tahu sayang marah sebab apa. But not tonight. I just want tu hug you. Let me cuddle you. Let me kiss you. Because I fucking miss you sayang."
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Viễn tưởng1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...