Aurora Lilly
Aku melangkah masuk ke wad ortopedik dengan wajah selamba tak tahu apa cerita. Aku tahu sekarang satu hospital tengah bergosip pasal aku. Bukannya satu hospital malahan satu negara tengah hangat dengan berita "Putera Mahkota sudah berjumpa suri hatinya".
Itu yang aku baca di headline surat khabar pagi tadi. Buat aku rasa nak muntah.
Sejak bila aku nak kat kau. Kau yang pandai pandai atur macam macam. Kau tak tahu gila aku macam mana Aiden.
" Eh Dr Aurora, bukan ke Dr sudah berhenti kerja?" S/N Yuna terkesima melihat aku masuk ke wad.
" Ya, tapi tadi Dr Hun call sebab saya tak habis pass over pesakit lagi and ada prosedur yang saya kena ajar dia juga" kataku berhati hati.
Itu lah alasan yang Hun suruh aku beritahu sekiranya ada sesiapa yang mempersoalkan kedatangan aku hari ini.
Tiba tiba aku dihampiri oleh seorang lelaki bersuit hitam. Aku agak seperti orang istana. Orang Putera Aiden. Pasti dia mengekori aku.
" Cik Aurora, cik perlu pulang sekarang. Cik tak sepatutnya ada kat sini," ujar lelaki itu, mendatar.
Dia cuba memegang lengan aku namun aku tepis berani.
" Jangan. Saya masih ada urusan pass over dengan pengganti saya. Macam mana saya nak tinggal macam tu je kerja saya," kataku garang.
" Namun Cik Aurora, saya diarahkan untuk tidak membenarkan Cik datang ke sini lagi," balas lelaki itu pula.
" Saya tahu itu arahan Putera Mahkota tapi saya perlu menghabiskan tugas saya dahulu sebelum saya berhenti. Ada satu prosedur yang saya seorang sahaja boleh lakukan dan pass over beberapa pesakit under saya. Saya perlu terangkan kepada pengganti saya tentang management dan plan saya baru lah kebajikan pesakit saya terjaga secara berterusan," serius aku berbicara. Aku tembak je kata kata yang keluar dari mulut aku. Harap meyakinkan.
Lelaki itu seolah memikirkan sesuatu.
" Baik Cik Aurora. Tapi tolong cepat sikit ye. Selesai semua itu, kemudian saya akan hantarkan cik Aurora pulang," kata lelaki itu bersetuju. Nampak dia seperti keberatan namun aku cepat cepat mengucapkan terima kasih dan melangkah ke kaunter jururawat. Dia mengekori aku dari belakang.
Tiba tiba S/N Lisa menghampiri aku dan segera merentap lengan aku.
" Dr Aurora,prosedur itu dibilik 1. Dia macam kena buat terus tu sebab dah tak tahan," kata Lisa pantas.
Aku mengerut dahi. Prosedur apa? Setahu aku Lisa tak tahu tentang rancangan aku dan Hun. Dan bilik no 1 bukan pesakit aku.
Namun aku ikutkan sahaja. Lantas aku menuruti Lisa ke bilik 1. Lelaki itu juga berada di belakang aku.
Aku mula berasa jengkel dengan lelaki ini.
Namun sampai di hadapan bilik 1, Lisa menahan lelaki itu.
" Encik tak boleh masuk. Privacy pesakit diutamakan," kata Lisa selamba.
Lelaki itu terdiam lama kemudian mengangguk.
" Cik Aurora, saya berada di luar sini. Tolong cepat sedikit ye," gesa lelaki itu.
Aku tersenyum sahaja dan melangkah masuk ke bilik 1.
Aku menuju ke katil pesakit yang ditutupi langsir itu dan menarik langsir agar memudahkan aku masuk ke dalam.
Namun..
Diatas katil itu bukan lah pesakit tetapi beg kecil. Dr Hun di sebelah katil dan S/N Lisa dibelakang aku.
Aku melihat Hun, mengangkat kening.
Hun memberikan senyuman nipis.
" Aurora, dalam beg kecil ini ada identiti baru kau. Tiket flight, duit, passport baru semua dalam ini.Flight kau ada dalam 2 jam lagi ke Zurich, Switzerland. Nanti kat sana kau akan tinggal sementara dengan sepupu aku," jelas Hun pantas.
Mata aku membuntang mendengar butir kata yang laju dari Hun. Mana dia kaut semua benda ni? Tapi aku akan tanya kemudian.
Aku mengerut dahiku sedikit.
" Kau ada keluarga kat sana ke Hun?" Soalku.
" My aunt kerja kat sana. Dont worry dia akan bagi kau tempat tinggal.Lepas aku habis latihan aku, aku akan ke sana jumpa kau nanti. Cepat Aurora aku hantar kau," gesa Hun.
Aku mengangguk tak nak cakap banyak. Hun membuka pintu di sebelah katil. Oh rupanya ada pintu kat situ.
Banyak lagi rupanya rahsia hospital ini yang aku tak tahu.
Pintu itu adalah pintu kecemasan ke ruang parking. Bilik 1 itu sendiri adalah bilik rawatan vvip. Jadi wajarlah ada ruang rahsia ke parking tanpa diganggu media.
Sampai di kereta Hun aku segera memeluk Lisa dan mengucapkan terima kasih. Kata Lisa pandai lah dia kelentong mamat suit hitam itu nanti.
Aku benar benar terhutang budi kepada mereka semua.
Kami segera menaiki kereta dan Hun memandu dengan agak laju. Aku risau takut tak sempat sampai je bila tengok gaya Hun drift kereta macam orang gila.
Tapi Hun tenang je.
Aku teringat sesuatu. Aku kena call Diana. Pasti Diana risau kerana sejak hari aku bertemu Aiden,aku belum balik rumah berjumpa dengan Diana.
Aku ambil telefon dan cuba mendial Diana. Namun handphone aku dirampas Hun.
" Jangan Aurora. Kau jangan call sesiapa masa ni. Orang Putera Aiden boleh track kau macam tu je," jelas Hun.
Aku terdiam sebentar. Aku rasa tak percaya aku boleh sampai ke tahap ini. Seperti penjenayah.
Gara gara tak mahu berkahwin dengan Aiden.
" Aku nak call Diana. Aku tak sempat cakap apa apa kat dia. Takkan aku nak blah macam tu je without any words," kataku menjelaskan tindakan aku.
" Its okay Aurora aku akan sampaikan pesanan kau. Kau jangan risau ye," kata Hun,matanya kembali fokus kepada pemanduannya.
Aku hanya bersandar di kerusi. Rasa tak boleh hadam langsung situasi sekarang sekarang.
———————————///////——————————-
Putera Aiden
Aiden menumbuk meja kerja kaca dihadapannya setelah dia mendapat panggilan dari Zyon. Gadis itu bukanlah polos seperti yang disangka.
Serigala dalamannya ingin mengambil alih dirinya namun ditahannya. Dia tahu besar akibat jika serigalanya keluar sekarang.
Ke mana gadis itu pergi agaknya? Mungkinkah dia lari?
Pertanyaan itu bermain di kepalanya.
Orang bawahannya memberi maklumat bahawa gadis itu lari dari rumah keluarganya pagi tadi. Ibunya sendiri tidak tahu anaknya di mana.
Dia menekan satu butang dan bilik itu berbunyi. Tak lama kemudian seorang lelaki suit hitam membuka pintu dan masuk ke dalam menuju ke meja Aiden.
" Ya Tuanku," kata lelaki itu, perlahan.
" Arahkan untuk penutupan kecemasan stesen kereta api,stesen bas dan airport Erovra. Sekarang."
Lelaki suit hitam itu mengangguk perlahan. " Baik Tuanku."
Entah mengapa dia merasakan Lunanya itu sekarang berada di airport. Dia tak tahu mengapa. Mungkin bonding baru nak bermula.
" Siapkan kereta. Kita akan ke airport," arah Aiden, tegas.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasía1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...