Aurora Lilly
Aku mula merasa panas di dalam bilik linen ini. Aku kerling jam ditangan, rupanya sudah hampir sejam aku di dalam bilik ini.
Kelibat Wina entah dimana. Harap harap dia tak lupa aku kat sini. Mati kering kang aku.
Getaran handphone pakai buang aku sekali lagi berlaku. Kali ini aku pantas menjawabnya.
" Kau kat mana Aurora," kata Hun. Nadanya agak kasar sedikit. Mungkin cemas kot.
" Aku kat bilik linen. Kat belah belakang sikit," jawabku perlahan.
" Macam mana kau boleh..okay tak pe nevermind simpan cerita kau dulu. Aku dalam airport ini. Aku akan cuba cari mana bilik linen kau tu and bawak kau keluar," kata Hun dan terus menamatkan panggilan tanpa sempat aku berkata apa apa.
Mampus lah kalau Aiden tahu Hun tolong aku seludup nak keluar dari negara. Dia tak boleh tahu pasal Hun. Dia tak boleh tahu langsung. Keluh aku.
Aku tenggelam dalam lamunan. Berfikir apa yang harus aku lakukan jika aku berjaya keluar dari sini.
Tiba tiba pintu bilik linen dibuka dan kepala Wina muncul di balik pintu.
" Cik, kita kena keluar sekarang," kata Wina, pantas.
Aku rasa cemas dengan nada suara Wina.
" Kenapa kak?" soalku,memandang Wina.
" Putera Mahkota tengah masuk menuju ke bahagian dalam. Dia tahu cik ada kat sini. Saya dah sorokkan bau cik tapi saya lupa dia boleh detect aura pasangan dia juga," Wina seolah menerangkan sesuatu yang bermakna tapi aku tak faham langsung maksud dia.
Bau? Aura?
Ingat aku ni binatang ke apa?
"Kak Wina, saya..." belum sempat aku bertanya, Wina menarik tangan aku keluar dari bilik linen itu dan menyuruh aku berlari mengikutinya.
Aku yang terpinga pinga hanya mengikuti larian langkah Wina sebelum kami sampai di stor yang penuh dengan kotak kotak.
Aku nampak bagasi aku di sana.
" Cik, sampai sini sahaja saya boleh tolong cik. Kawasan stor ini besar tapi ada satu laluan rahsia yang hanya krew airport sahaja yang tahu. Cik lari hingga ke hujung stor ini dan buka pintu merah belakang sana. Laluan itu menuju ke landasan kapal terbang and cik boleh terus ke pintu kecil gate C kat tepi landasan. Ia akan terus keluar ke jalan besar. Sembunyikan diri Cik ya. Semoga berjaya, Luna," kata Wina, menunduk dirinya kepada aku seperti tanda hormat lantas meninggalkan aku terkedu keseorangan.
Luna ?
Macam pernah dengar.
Lantak lah. Aku mengambil bagasi aku dan menaikkan penariknya. Lantas aku berlari ke belakang menuju ke pintu merah yang dimaksudkan Wina dan berjumpa pintu tersebut.
Pintu itu seperti selalu digunakan kerana mudah saja aku selak pintunya, namun aku akui,posisinya tersorok sedikit. Sekali nampak macam dinding pun ada.
Dihadapanku ini seperti laluan terowong gelap,tak ada unsur cahaya langsung. Macam mana krew depa ni boleh lalu ye?
Aku buka lampu suluh di handphone pakai buang dan melalui sepanjang terowong dengan cekal. Ya.Aku terpaksa cekalkan diri aku.
Sesekali aku terfikirkan kenapalah benda macam ni terjadi kat aku. 2 minggu terakhir ini aku masih bekerja merawat pesakit sambil siapkan perbentangan proposal aku.
Tiba tiba ironinya hari ini aku kena lalu terowong gelap macam ini macam penjenayah. Hidup aku berubah 360 terus.
Gara gara Putera Mahkota Aiden.
Lelaki yang berani menyatakan aku miliknya dihadapan umum.
Tak pernah jumpa langsung kat mana mana sepanjang hidup aku tapi berani dia claim aku ini suri hatinya la cinta la apa la. Gila ke apa?
Suasana dalam terowong itu semakin lama semakin nampak cahaya. Aku nampak di kejauhan terdapat pintu keluar. Handphone ditangan aku dial no Hun kembali. Tapi tak berjaya.
Aku call Hun sekali lagi tapi talian masih lagi engaged.
Aku terdengar sesuatu dibelakang aku. Tapi aku tak hiraukan. Aku kira mungkin bunyi roda bagasi aku yang ditarik ini dah terlanggar sesuatu.
Aku dah nak sampai dah di penghujung terowong. Landasan kapal terbang sudah semakin nampak jelas di hadapan. Aku betul betul teruja akhirnya aku dapat melepaskan diri dari sini. Ke mana aku nak tuju selepas ini aku akan fikir kejap lagi.
Yang penting aku kena keluar dari sini.
Tiba tiba aku terdengar satu suara aneh di belakang aku, di kejauhan. Aku memberhentikan langkahku. Sekali lagi aku mendengar suara aneh yang panjang itu.
Oh Tuhan.
Suara itu seperti lolongan serigala.
Tak mungkin ada dalam terowong ini.
Lolongan itu sangat kuat dan aku dapat rasakan 4 tapak kakinya sedang menuju ke arah aku. Bunyi itu laju dan aku seperti mengerti apa ia mahu.
Dia mahukan aku!
Lantas aku memecut lari menuju ke pintu keluar terowong itu. Bagasi aku tinggalkan terus dan aku dah tak peduli langsung.
Aku dial no Hun lagi tapi tak berjawab lagi. Hun ni pergi mana time tengah genting ni??Haiwan yang seperti serigala itu nak makan aku kot. Aku tak nak kena tinggal tulang macam tu je dalam terowong ni.
Hati aku juga turut berdebar laju ketakutan. Aku tak pernah lari sebegini laju. Pintu keluar itu aku rasakan lambat betul sampainya. Seakan pintu itu makin menjauh dari aku.
Lolongan itu makin mendekat di belakang aku. Memang mati lah aku.
Aku pasrah. Kali ini kalau aku mati pun aku takkan menyerah. Aku tak menyesal pun.
Pintu keluar semakin mendekat.
Tiba tiba aku terasa dirempuh dan ditarik dari belakang. Dalam kekalutan itu aku terjatuh dengan kepala aku menyentuh lantai, tapi seolah olah aku terjatuh atas permukaan yang sangat lembut. Aku menutup mata semasa kejadian itu berlaku, tak sanggup nak menyaksikan makhluk atau hantu apa yang menarik aku dari belakang.Aku tak tahu macam mana aku boleh dipusingkan menghadap belakang, menghadap makhluk itu tapi posisi aku sekarang seperti dirangkul oleh sesuatu, atau seekor?
Posisi aku sekarang seperti terbaring, dan dirangkul kemas.Tiada sign of pain atau fracture di mana mana anggota badan aku, kerana makhluk itu menahan badan aku dari crash ke lantai terowong. Aku terdiam membatu.
Seketika berlalu, dan makhluk itu juga mendiamkan diri.Tapak tangannya yang besar dan berbulu masih kekal merangkul aku.
Dia tangkap aku nak makan aku ke atau sekadar nak jadikan aku toys dia je?
Terasa hembusan nafas makhluk itu dihadapan aku. Jadi ini lah masanya. Dia dah nak makan aku kot.
Perlahan lahan aku membuka mata.Aku nak tahu apa yang berada di hadapanku ini.
Sepasang mata berwarna emas sedang merenungku. Dan saiznya yang sangat besar serta wajahnya yang berbentuk serigala betul betul berada dihadapanku.
Aku benar benar terkejut besar kali ini.
Serigala...jadian?
Perlahan lahan pandanganku mula kabur dan balam.
Dan wajah serigala itu mula hilang.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasía1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...