Putera Aiden
Jeritan lelaki itu menanbahkan lagi rasa puas dalam hatinya. Kuku serigala yang timbul di tangannya diusap perlahan dipipi lelaki yang dirantai dengan perak duduk hadapannya.
Aiden terdesak perlu mendapatkan maklumat kali ini kerana sudah seminggu lebih Aurora di luar istana, tidak diketahui keberadaannya. Gadis itu seolah olah menutupi diri, fikiran dan perasaannya kerana Aiden langsung tidak dapat rasa gerak hati dan bonding.
Gadis itu memang perlu diajar. Tunggulah.
" Kau tak kan tak tahu Hun, mana Aurora pergi?" Ujar Aiden sinis.
Hun yang kelihatan lemah menggeleng.
" Sumpah Tuanku, saya tak tahu. Saya dah ada kat sini sejak hari itu lagi. Sejak dari itu saya tak jumpa Aurora langsung," Hun bersuara tersekat sekat menahan kesakitan.
Aiden berang. Berang dengan jawapan tidak.
" Aku tak suka dengan jawapan tu Hun," kata Aiden dingin. Aiden tahu Hun memang tidak tahu namun hatinya puas bila lelaki yang cuba merapati Aurora ini disakitinya. Sahabat baik konon.
Hun ditangkap semasa cuba menuju ke belakang bangunan di airport tempoh hari. Bau Aurora yang kuat melekat di badannya menyebabkan Aiden dapat mengesan kelibat Aurora. Disebabkan itu, Hun dikurung di penjara khas yang hanya orang tertentu sahaja boleh masuk.
" Sumpah Tuanku, sumpah. Saya tak tahu," rintih Hun.
Aiden bertinggung di hadapannya, mencekik rahang Hun.
" Kau serigala, mustahil kau tak tahu rules kita. Dilarang sama sekali ambil mate orang apantah lagi melarikannya. Kau larikan mate aku Hun. Kau nak bantu larikan mate bakal Raja Pemerintah kau. Kau tahu tak akibatnya Hun?," kata Aiden merenung mata Hun.
Hun tidak berani menatang mata Aiden yang sedang dalam kemarahan.
" Mati," ujar Aiden sinis dan melepaskan rahang Hun kasar. Diterajangnya sekali tubuh Hun.
Puas hati Aiden. Lelaki di hadapan ini pencetus segalanya. Kalau tak Aurora si lemah lembut takkan terfikir langsung untuk lari.
" Tapi aku tak bercadang nak bunuh kau lagi Hun. Aku akan bunuh kau depan Aurora nanti. So save yours until then," ujar Aiden ketawa nyaring. Kedengaran sungguh dingin menyeramkan.
Lantas Aiden keluar dari bilik penyiksaan di penjara dan menuju ke ruangan luas dimana Mateen sedang menunggunya.
Aiden duduk di sofa dan bersandar. Letihnya tidak perlu diceritakan lagi. Urusan menjejak Aurora, urusan negara serta kilangnya seperti tak habis habis datang.
" Tuanku," sahabatnya Mateen Ezkiel serta anak buahnya menunduk sedikit. Mateen sedang duduk disofa manakala anak anak buah nya berdiri disekeliling.
" Hmm," Aiden membalas sepatah. Apa lagi yang kena aku settle ni?
" Malik sudah kami lupuskan mayatnya," kata Mateen. Aiden mengangguk.
"Tapi macam mana dengan orang yang mengupahnya? Kita masih tak tahu dengan siapa Malik bekerja. Mamat tu sampai ke sudah tak bagitahu. Mungkin bukan Malik sahaja, mungkin ada orang lain yang mengkhianati kita. Malik tak mungkin kerja seorang," sambung Mateen.
Malik antara staf eksekutif kilang Aiden yang sangat berdedikasi. Namun rupanya dia berselindung disebalik rupanya yang nampak baik hati itu, dia bekerjasama dengan seseorang untuk menyeludup masuk dadah ke negara sekali gus memberi saingan kepada kilangnya. Dia membocorkan rahsia kilang Aiden yang menyeludup dadah itu.
Sepatutnya tiada siapa perlu tahu tentang seludup itu . Hanya kilang Aiden sahaja yang melakukannya. Namun tiba tiba ada penghantaran dadah masuk ke Erovra yang bukan diantara kelolaannya menyebabkan dia tahu ada pengkhianat yang membocorkannya.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...