Aurora tidak pernah menjejak butik mahal. Chanel, Gucci, LV tidak pernah menghiasi tubuhnya atau menjadi aksesori pilihannya. Tercengang juga apabila Permaisuri Tilia menghadiahkan beg Hermes. Ratus ribu Erov.
Mahalnya weh. Macam tu je bonda kasi hadiah.
Seluruh manusia didalam Viennavalley mall menyerbu melihat kedua figura terkenal ini dari dekat. Aurora hanya tersenyum melambai lambai seperti yang diajar didalam kelas adab dan etika. Wajahnya sentiasa dimaniskan dengan senyuman.
Permaisuri Tilia memang terkenal dengan sikap pemurahnya. Selamba badak je dia belanja satu kedai The Chicken Rice Shop dan KFC. Pantang ada budak budak melintas, diberikan sedikit wang dan nasihat supaya menjadi insan berguna.
Hebat betul bonda aku. Bisik Aurora.
Selesai membeli belah yang mengambil masa hingga ke lewat petang, dimana dia terpaksa juga menggunakan kad hitam suaminya ( oh tidak lupa juga satu lagi hadiah dress mahal dari Permaisuri Tilia), mereka berdua mula melangkah keluar.
Aurora segera menghentikan langkahnya kerana teringat sesuatu dan bertanya kepada Permaisuri Tilia.
" Bonda, boleh ke kita ke satu kedai ini?"
———————————————————————————-
Pinggan besi hitam dihadapannya masih berasap asap panasnya. Haruman bau sizzling mushroom chicken rice memang menusuk ke dalam hidungnya. Ada telur gedik lagi. Itulah kegemarannya , kedai hotplate claypot makcik food court Viennavalley.
Permaisuri Tilia hanya melayan sahaja menantu kesayangannya ini. Mulanya dia melarang namun dia jadi kesian pula kepada Aurora yang tidak henti henti merayu. Sebab dengan Aiden, lagi tegas. Mana boleh makan suka suka hati macam ni.
Lagipun Permaisuri Tilia bukan tidak makan, tetapi kurang biasa dengan makanan sebegini. Namun dia tidak pernah berniat merendahkan makanan itu, hanya sekadar cukup menutup mulut dan tidak makan. Dia mengambil segelas air kosong sahaja yang dibawa oleh bodyguardnya. Sesekali dia mengerling ke arah handphone miliknya dan menaip sesuatu.
Sekeliling rakyat memerhatikan kedua dua wanita kesayangan Putera Mahkota ini makan. Namun Aurora tidak menghiraukan pandangan sekeliling. Dia menikmati hidangan itu seolah tiada hari esok.
" Masa saya kerja dulu bonda, lepas habis shift pagi, saya terus ke mall ini semata mata nak makan sizzling. Nikmat betul bonda. Terima kasih bonda," kata Aurora menunduk hormat sambil memakan cendawan shitake.
Permaisuri Tilia tersenyum. Betul betul kasihan sungguh kepada Aurora.
" Kenapa tak cakap ke suami kamu sahaja Aurora? Bonda rasa dengan tukang masak dia bawa masuk istana semata untuk kamu," kata Permaisuri Tilia ketawa kecil.
Aurora hanya tersenyum sahaja. Memang tak lah aku cakap kat singa tu. Asyik gaduh je. Gaduh je, 3 pusingan. Gaduh lagi, 5 pusingan pula. Memang mengandunglah aku tak lama lagi. Aurora hanya mampu membalas dalam hati.
" Bercakap pasal kerja, bonda difahamkan kamu masih ada 2 bulan lagi kan latihan houseman kamu?"
Aurora mengangguk. Mulutnya penuh dengan ayam. Peduli lah dengan protokol itu. Terpakai dalam istana je.
" Aiden tidak izinkan?" Soal Permaisuri Tilia perlahan.
Mendung sekejap wajah Aurora. Ditelan ayam itu dan dikemam bibir bawahnya. Tidak tahu nak jawab apa.
Permaisuri Tilia mengeluh. Anaknya itu memang betul betul overprotective sampai tak fikir langsung perasaan Aurora. Beta Haris memaklumkan Aurora memang hebat merawat pesakit walau hanya memegang title junior doktor. Dia passionate menjadi doktor. At least bagi lah Aurora habiskan houseman dia 2 bulan je lagi.

YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasía1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...