46

13.4K 492 13
                                    


Aurora memerhatikan kawasan mansion yang sungguh terpencil ini. Mansion ini kecil dari istana diraja tetapi lokasinya jauh dari orang, terletak jauh ke dalam kawasan hutan. Kedengaran bunyi aliran air sungai sayup sayup dan kicauan burung. Sesekali terdengar suara lolongan anjing.

Terasa naik bulu roma, namun dia tidak berapa takut kerana dia bersama bodyguardnya Ruzz.

Di istana tadi Ruzz menelefon seseorang setelah Aurora berkeras mahu berjumpa suaminya. Hasilnya mereka ke mansion indah ini menaiki kereta Benz hitam salah satu kereta milik Aiden. Macam jauh juga perjalanan mereka tadi.

Di pintu masuk utama mansion, ada susuk tubuh yang Aurora kenal. Hilmi!

" Cik Puan," sapa Hilmi tunduk hormat. Aurora hanya mengangguk kecil sambil memerhatikan lagi sekeliling. Terdapat berpuluh pengawal yang berkawal di sekitar sini. Tempat apa ni? Risau menjengah hati.

" Hilmi kenapa awak ada kat sini? Ini tempat apa ni? Menyeramkan betul lah. Mana Aiden?" Soal Aurora bertubi tubi. Namun Hilmi tampak tenang.

" Cik Puan, kita masuk dulu," katanya lembut menjemput Aurora dan Ruzz masuk. Tidak menjawab semua soalan Cik Puannya. Aurora seperti teragak agak sebentar namun dia tetap masuk juga.

Keadaan dalam mansion tu kelihatan seperti satu markas. Atau satu kawasan rahsia yang memang tidak ingin diketahui orang. Ye la mana ada orang bina rumah jauh dalam hutan, besar pula tu.

" Hilmi, tempat apa ni? Dengan ramai berkawad kat luar tu?" Aurora masih lagi tidak berputus asa. Hilmi menggeleng kepala dan menunduk hormat lagi. Tanda dia terpaksa menyimpan rahsia.

" Haih korang ni pun cakap je la apa susah." Bebel Aurora sendirian.

Mereka bertiga berjalan dengan senyap menuju ke sebuah lif tersedia. Hilmi menekan butang dan lif itu menuju laju ke tingkat bawah.

Pintu lif terbuka dan Hilmi menyuakan tangan mempersilakan Aurora keluar dahulu.

Sunyi seketika dikoridor. Hiasan nampak mewah. Ada satu ruangan besar seolah seperti bilik perbincangan. Mereka mengikuti Hilmi berjalan hingga sampai satu pintu berwarna kelabu yang sungguh tebal . Kemudian Hilmi melakukan beberapa siri pemeriksaan seperti imbasan tangan, mata dan suara sebelum pintu tebal itu terbuka. Hilmi memberikan isyarat untuk masuk ke pintu itu.

Aurora masuk ke dalam dan ketika itu lah Aurora seperti terpaku apabila memerhatikan sekeliling.

Keadaan disitu tidak ubah seperti penjara.

Hilmi memimpin mereka berjalan melalui koridor yang di kiri kanannya adalah sel penjara. Ada suara suara kuat, sedikit jeritan dan raungan pilu. Aurora bingung sebentar. Seolah olah masuk ke dunia yang lain. Ada yang datang mengoncang pagar dan meminta Aurora melepaskan mereka. Aurora panik. Tangan mereka keluar dari celahan pagar penjara dan tergapai gapai cuba memegang Aurora namun segera ditepis Ruzz dan Hilmi.

" Cik Puan.. Cik Puan, tolong lepaskan kami," kedengaran rayuan rintihan dari dalam kurungan.

" Diam," jerkah Hilmi. Uih, Aurora semakin seram.

Mereka sampai di hadapan satu pintu tebal berukir sesuatu. Hilmi memasukkan pengenalan diri , dan melakukan imbasan mata, lantas pintu itu terbuka.

Putera Amar sedang menunggu di situ. Wajahnya kerisauan yang amat.

" Amar, kenapa ni?" Soal Aurora, berjalan pantas ke arah Amar. Ketakutannya sedikit hilang. At least Amar di sana. Adik iparnya ada di sana.

" Aurora, mujur juga kau datang. Aku rasa just kau je la yang boleh hentikan kegilaan mengarut Aiden sekarang," kata Amar merenung Aurora yang mengerut dahi sedikit.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now