45

12.8K 476 4
                                    

Pintu library dikunci dan dia jatuh longlai di pintu kayu itu. Kali ini bukan hinaan terhadap ibunya yang membuatkan dia menangis, namun sikap suaminya Aiden yang langsung tidak mahu mendengar penjelasannya.

Aurora menarik lututnya rapat ke dadanya dan berteleku. Empangan tangisannya pecah. Menangis dan terus menangis tanpa peduli apa apa.

Memang takdir hidupnya malang betul sekarang. Suami yang mencintainya tapi terlalu possessive, tiada kerjaya,tidak disukai oleh beberapa kaum kerabat suaminya, then keluarganya dihina macam macam. Dirinya pula dituduh terlanjur sana sini. Apalah dosanya.

Tapi apa yang memberatkannya adalah pandangan suaminya kepada dirinya.

Agak lama dia berposisi begitu.

"Sayang," pintu library diketuk perlahan. Suara lembut Aiden menjengah. Aurora buat pekak sahaja dan terus menangis.

" Sayang, abang minta maaf," lirih sahaja suara Aiden. " Tapi abang kena explain kenapa abang terpaksa suruh buat macam tu."

Aurora menangis lagi tidak berhenti. Aiden merasa sangat bersalah sekarang. Selepas Aurora lari, Aiden meminta salinan CCTV ruang makan rasmi dan menonton semula video rakaman itu.

Dia hampir naik mengamuk mendengar hinaan sebegitu kurang ajar oleh Puteri Mia. Ditambahkan oleh cerita semua maid dan Gwen yang memang sama, alih alih dia yang rasa ingin bunuh Puteri Mia.

Patutlah isterinya mengamuk sakan.

Setelah itu, dia meminta agar Puteri Mia dipenjara seminggu ( untuk diberi pengajaran juga di markasnya) namun Sultan Eibrahim merayu supaya diringankan hukuman. Sultan Eibrahim juga bertindak menampar Puteri Mia sekuat hatinya disitu juga atas kelancangan mulut puterinya. Tengku Zariyah pula hanya membiarkan. Dia juga malu atas perbuatan Puteri Mia.

Sebagai balasan, Puteri Mia akan dipenjara seminggu juga namun Aiden sudah ada perancangan khas untuknya.

Kerana berani menghina isterinya.

Aiden bertinggung di tempat Puteri Mia berteleku terketar ketar menangis.

" Kalau kau nak tahu Mia, semua gosip bodoh kau cakap tu sikit pun aku tak peduli sebelum ni. Aku lagi kenal isteri aku macam mana. But kali ni kau salah percaturan. That is my wife yang you insult. So aku akan pastikan mulut kau kali ini akan berubah 360 darjah dari sebelumnya," bisik Aiden dingin penuh sinis yang hanya didengari oleh Puteri Mia sahaja.

Wajah Puteri Mia berubah serta merta.

Dan kini Aiden masih mengetuk pintu bilik library yang tidak mahu dibuka langsung oleh Aurora. Dia tahu Aurora terasa hati. Kecewa. Marah.

Tapi dia ada sebab kukuh mengapa dia terpaksa buat begitu.

" Aurora, sayang, buka pintu ni please," pujuk Aiden. Dia cuba untuk berlembut sebaik mungkin. Amarahnya diletakkan ke tepi.

Aurora menangis teresak esak. Dia perlukan ketenangan untuk dirinya dahulu. Suami sudah tidak mempercayai dirinya, memalukan dia dikhayalak ramai pula, apa yang dia harapkan lagi?

" Leave me alone abang," katanya sambil memegang dadanya. Berat terasa. Malu teramat sangat.

" No i won't baby.Please open this door. We need to talk" Aiden mengetuk pintu lagi, kali ini bertambah kuat.

" Sayang please. Abang tak nak hilang sabar lagi. Tolomg buka pintu ini sekarang," kali ini suara suaminya sudah mula berubah nada.

Aurora kesal. Lihat, sekarang ini Aiden masih lagi terlalu ingin ikutkan barannya. Dia hanya mahukan senafas ketenangan sahaja. Dia mahukan ruang. Mahukan masa.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now