Tidak sampai 5 langkah berjalan, lengannya direntap dari belakang, kasar. Dek kerana tidak stabil, Aurora hampir jatuh ke belakang namun sempat disambut suaminya.Aiden memegang belakang tubuh Aurora erat. Cuba dipusingkan menghadap dirinya. Namun Aurora segera menepis tangan Aiden yang memegang lengannya dan berjalan laju.
Sekelip mata sahaja Aiden sudah berada dihadapan Aurora menyebabkan Aurora berhenti serta merta.
" Kau suka macam ni kan. Lari dari masalah. Selalu lari dari masalah." Aiden terlihat kesal. Isterinya langsung tidak memberi dia peluang untuk menjelaskan apa yang terjadi.
Aurora hanya diam membisu.
"Aku dah pesan kan, apa apa tolong bagitahu aku. Jangan simpan sorang sorang. Kita selesai antara kita dulu. Kau langsung tak percaya aku ke?"
Aurora masih diam. Namun tubir matanya bergenang air mata. Tengok! Dengan isteri pun dia dah start beraku berkau dah. Gumam Aurora dalam hati.
"Aurora!"
" Dah lah, pergi je lah dengan Bella tu. Jangan pedulikan saya. Jangan hiraukan saya. Ceraikan saya! Lepas saya bersalin, saya nak jaga anak saya. Awak boleh pergi mati dengan cinta hati awak si Bella tu."
Aurora berpusing pantas dan ingin melangkah lagi.
Tetapi suara dingin Aiden mematahkan keinginannya." Bella dah mati. Aku yang bunuh dia."
Terbuntang mata Aurora mendengar kata kata itu. Automatik tubuhnya berpusing menghadap Aiden yang merenungnya tajam. Suara Aurora tersekat sekat di kerongkong , terlalu terkejut dengan apa yang didengar seketika tadi.
Aiden bunuh Bella?
" Aku tak pernah sikit pun berpaling cinta aku apa ntah lagi berlaku curang dengan kau. Aku sendiri yang minta untuk melakukan ikrar darah sebab aku terlalu sayangkan kau. Tapi kau tak habis habis meragui aku. Kau tak percaya aku langsung. Kau tak bagi peluang pun kepada aku nak jelaskan semuanya. Apa yang terjadi kadang kadang tak sama pun dengan apa yang kau fikirkan."
Entah mengapa Aurora terpaku mendengar setiap satu kata kata Aiden.
Benarkah dia tidak salah? Aku ke yang salah menuduh? Jadi bagaimana dengan perbualan Aiden dan Bella menerusi panggilan telefon tu?
Aiden mengeluh kasar.
" Kau nak aku ceraikan kau? Baik, aku tunaikan."
Aurora terpaku sekali lagi mendengarnya.
Aku tak salah dengar kan? Eh, bukan.. bukan..bukan ini yang aku nak!!
" Tapi sebelum tu, aku nak kau bersalin anak aku kat sini. Susukan dia genap sebulan dan lepas tu kau boleh tinggalkan dia. Aku akan ceraikan kau selepas tu. Dan aku akan membaca ikrar mate rejection. Aku akan reject kau sebagai mate aku. Faham?" Bagaikan halilintar kata kata itu bergema di telinga Aurora. Dia terpempan. Aiden pula sudah mula berjalan meninggalkannya tanpa berpaling lagi.
Jadi kali ni aku kah yang salah? Rasa bersalah menggila mula menerjah.
————————————————————————————
Sejak dari peristiwa petang itu, mereka berdua sudah seperti bukan suami isteri. Aurora tidur di kamar tetamu kerana ternyata Aiden benar benar memulaukannya.
Rasa sedih, terkejut dan bersalah mencengkam Aurora apabila akhirnya Amar dan Zyon serta Ayana menceritakan perkara sebenar.
Rupanya perbualan Aiden dan Bella di telefon Dylan yang Aurora dengar tempoh hari adalah sebahagian dari rancangan mereka untuk memerangkap Bella. Dek kerana mulut celupar Bella menghina Aurora, Aiden membunuhnya tanpa belas kasihan. Aiden juga gigih mencari isterinya di mana mana tempat tanpa mengetahui rupanya dalang sebenarnya adalah Ayah Lang dan Dylan sendiri, dibantu oleh kawan baik Aiden, Mateen Ezkiel. Kes kecurian dadah juga sebenarnya diketuai Ayah Lang.
![](https://img.wattpad.com/cover/325142460-288-k385630.jpg)
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasy1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...