41

14.5K 443 6
                                    

Aurora berjalan jalan disekitar taman tasik itu mengambil angin petang. Bosan terperuk dalam istana, dia berbual dahulu dengan Permaisuri Tilia sebelum keluar perlahan lahan ke perkarangan istana. Bodyguardnya yang bernama Ruzz setia menuruti langkahnya ke mana sahaja. Walau dia sangat rimas, namun Aurora terpaksa menerimanya.

Atas arahan Aiden.

Ayana masih lagi dikenakan larangan mendekati Aurora dan tempoh berkurung dalam biliknya seminggu. Aurora juga tidak dibenarkan mendekati bilik Ayana langsung.

Manakala keluarga Ayah Lang sudah pun berangkat pulang tengah hari tadi. Which is Aurora lega tidak perlu melihat muka perempuan sihir itu.

Tapi Puteri Bella tajam menatapnya ketika dia melangkah keluar ke kereta. Ikutkan hati Aurora malas ingin mengiringi keluar, cuma dia tetap menghormati ayah dan ibu mertuanya.

Maka terpaksalah dia melakukannya.

Aiden sudah pun mula bekerja semula semalam. Semalam dia menghadiri conference ekonomi. Hari ini dia akan ke Singapura bagi menghadiri satu mesyuarat berkaitan hotel dan akan pulang pada petang esok.

Pagi tadi sebelum keluar, Aiden menghadiahkan satu bungkusan kepadanya.

Terkejut dirinya apabila dia membuka bungkusan itu.

Iphone 14 Pro Max 1TB Deep Purple . Wah handphone keluaran baru.

" Gunakan sebaiknya. Abang tahu sayang bosan, so sayang manfaatkan. Cuma jangan sesekali melampaui batas. Jangan cuba cuba contact dengan jantan lain. Abang boleh tahu dan abang boleh track. Number abang dah save dalam tu. And don't break my trust again, faham baby?" Itulah ayat suaminya sebelum dia pergi. Sempat lagi dia mengucup bibir isterinya.

Uih nah, tidak. Dia tidak akan sesekali mengingkari arahan suaminya. Nak suruh saka singa serigala suaminya naik angin lagi ke?

Tengahari tadi dia menelefon ibunya. Rindu sungguh ingin berjumpa keluarganya. Mungkin Aiden akan membenarkan jika dia memohon untuk pulang.

Dan sekarang dikeluarkan Iphone itu kembali dan direnungnya dalam. Aurora mula melabuhkan punggungnya di rumput hijau tepi tasik itu dan melayari internet serta membaca artikel perubatan.

Kadang kadang dia juga melayari isu semasa. Sekadar untuk mengambil tahu sekiranya ada apa apa topik pada majlis makan malam bila bila nanti. Tidak lah dia senyap membatu.

Dia juga tidak menyangka berita pernikahan mereka menjadi antara top news di Google. Sudah sebulan berlalu namun topik itu masih trending. Ramai yang memberikan reaksi positif terhadap dirinya. Ada yang mengagumi dirinya kerana berjaya menakhluki hati Putera Mahkota yang dikatakan dingin dan tegas itu. Namun ada juga yang mencemburui dirinya.

" Korang bukannya tahu pun apa yang jadi dalam hidup aku"
Keluh Aurora.

Ralit Aurora membaca komen komen netizen mengenai dirinya. Sebahagian besar memang menyokong dan mendoakan kesejahteraan perkahwinan mereka. Terselit komen jahat juga mengatakan Aurora ini gold digger, sanggup meninggalkan kerjaya doktor semata mata inginkan kekayaan.

Aurora mampu gelak je lah. Amboi. Kau kata macam macam pun aku tak rugi apa pun. Aku yang dapat sentuh laki aku 24 jam. Kau sentuh pun tak tapi macam tahu rumah tangga aku ini luar dalam. Macam kenal. Macam duduk serumah. Hatinya berbisik geram.

Bodyguardnya Ruzz setia berdiri dibelakangnya. Namun Aurora memohon Ruzz untuk jauh sedikit bagi memberi sedikit privasi untuknya. Nasib bodyguardnya mendengar kata.

Telefonnya berbunyi dan Aurora melihat skrin telefon.

Husband💕

" Hello," Aurora menyambut panggilan itu segera. Takut lambat lambat, terbang pula kawan tu ke sini.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now