Buku dihadapan pun tidak dapat menenggelamkan resah hatinya. Aiden langsung tidak datang kepadanya apantah lagi memujuknya. Suka lah kau kan si Bella tergedik gedik cari kau.
Buku itu dihempas pula. Geram betul.
Tapi tiba tiba Aurora terfikir sejenak, kenapa yang dia marah sangat? Sedangkan dirinya langsung tiada perasaan cinta pun. Atau hatinya mula terbuka untuk menerima suaminya?
Pelbagai rasa bergaul dalam diri. Dia langsung tidak mendapat kebebasan seperti orang lain. Hanya kerana dia isteri Putera Mahkota.
Bella boleh keluar siap dihantar, tapi dia terkurung dalam istana. Aurora ingin keluar juga, jalan jalan hidup normal seperti orang lain.
Kenapa suaminya takut sangat dia keluar seperti orang lain? Ke memang betul suaminya menyimpan kehidupan lain selain dari dirinya yang dikenali sekarang? Tiba tiba dia teringat ayat Tengku Adrian. Adakah betul apa yang si Adrian ni cakap pasal suaminya?
Pelbagai persoalan bertubi tubi dimindanya.
" Dah habis termenung jauh ?" Satu suara kedengaran di sebalik pintu masuk ke library. Aurora tidak mengendahkan. Pura pura tak nampak. Malah segera diambil buku itu pula dan membacanya semula.
Tak masuk dalam kepala tak pe janji mata kena tengok huruf dalam tu. Tak sakit mata tengok suaminya.
"Sayang," Aiden memanggilnya perlahan. Dia berjalan perlahan menuju ke arah meja panjang itu tempat isterinya duduk berteleku, memegang buku bertajuk Human Reverse Psychology.
Aurora membatu diam.
" Sayang, kan abang panggil ni," kata Aiden memupuk sabar. Walau pantang betul panggilannya tidak disahut namun tidak mengapa.
Merajuk rupanya isterinya ni.
" Kenapa tiba tiba muka mencuka macam ni?"
Diam sahaja tiada jawapan.
Aiden merapati tubuhnya, berdiri disebelah Aurora.
" Sayang,pandang sini," kata Aiden.
Masih tiada sahutan.Tiba tiba ditarik kerusi Aurora ke belakang dan dipusing ke tepi. Buku yang dipegang isterinya diambil kasar dan diletakkan diatas meja. Kini Aurora berhadapan dengannya. Diletak tangannya di kedua pemegang kerusi Aurora, mengurung isterinya di tempat duduknya.
Aiden tunduk perlahan lahan menuju ke wajah Aurora yang masih lagi menunduk. Wajah isterinya memang tengah tegang.
"Sayang marah sebab Bella nak ikut abang ke atau abang setuju nak hantarkan?" Soal Aiden, berbisik perlahan ditelinga Aurora.
Aurora mengangkat mukanya dan menentang wajah suaminya dekat. Hembusan nafas suaminya memang terasa. " Dua dua"
" Sayang cemburu rupanya," usik Aiden dan mengucup sekilas bibir isterinya. Ciuman curi. Aurora merungut kecil. Geram kerana suaminya seakan memperkecilkan rasa cemburu itu.
" Bukan abang yang akan hantar Bella, abang dah suruh Dylan yang hantar," terang Aiden ringkas. Tapi masih tak cukup menenangkan hati Aurora yang tengah berangin.
" Kalau saya tak cubit tadi, abang memang setuju je nak hantar," balas Aurora dingin. Aiden menghela nafasnya sebentar. Nak gelak tapi ditahan.
" Sekadar hormat pada Ayah Lang dan depan ayahanda bonda tadi. Tapi abang memang akan suruh Hilmi je hantar. Dah sayang tiba tiba marah, abang suruh Dylan je la," kata Aiden menggeselkan hidungnya sedikit ke hidung Aurora.
Bahagia rasa bila mengetahui perasaan Aurora itu. Walau Aurora tidak pernah mengucapkan kata cinta kepadanya namun dia faham Aurora sedang membuka hatinya, sedang mencuba untuk menyesuaikan dirinya. Jadi dia tidak memaksa pun.
YOU ARE READING
Aurora's Fate - Alpha Prince's Mate
Fantasía1st book.. jangan lupa vote tau Aurora Lilly Gadis desa yang bekerja sebagai doktor perubatan yang menjadi kesayangan keluarga dan rakan rakan. Rupa paras yang cantik terutama anak mata berwarna coklat hazel menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang...