14

15.9K 539 5
                                    

162 views..weyh thank you tau 🙏🏻🙏🏻🙏🏻korang sebab support..komen tau apa apa sebab nak tau jugak pendapat korang about this story..sis open je tau..hehe🫣🫣

Putera Aiden (POV)

2,3 hari ini aku nampak Aurora seakan resah gelisah terutamanya apabila aku berada berhampirannya. Namun sebenarnya aku tahu mengapa.

Setiap kali aku mendekatinya, bau aura keghairahan keluar dari tubuh Aurora. Aku tahu tubuhnya sedang dalam fasa mengawan setelah aku marking . Aku gembira kerana Aurora belum disentuh sesiapa lagi. Semasa aku marking tempoh hari, memang ketara dia suci, tidak pernah didekati lelaki.

Bau anak dara memang manis.

Sengaja aku membuat mark untuk Aurora supaya semua serigala jadian tahu bahawa Aurora adalah hak milik aku. Marking adalah fasa pertama hubungan badan sebelum aku membuat hubungan intim dengan Aurora.

Aku nampak Aurora juga semakin boleh menerima diriku. Mungkin kerana marking itu, mencipta satu bonding antara kami berdua. Aurora aku lihat seakan terbuka dan tidak kekok denganku lagi .Itu satu berita gembira untuk diri aku.

Marking itu juga menyambung dan menyembuhkan tulang kaki Aurora yang patah. Proses DNA serigala yang terhasil akibat tusukan leher Aurora itu membenarkan perkara itu. Aurora sekarang ini sedang menjalani rawatan rehab intensif bagi menguatkan kakinya.

Dan satu hal yang membuatkan aku bertambah gembira, tarikh perkahwinan telah ditetapkan dua minggu dari sekarang.

Seluruh rakyat gembira dengan berita ini.

Namun ada satu perkara yang membelenggu diriku. Perasaan serba salah . Marking itu yang menyebabkan Aurora jatuh kasih kepadaku. Sekiranya bukan kerana marking tu, mungkin Aurora sehabis benci kepadaku.

Apa boleh buat aku tak mampu melepaskan Aurora. Aurora adalah mate aku. Belahan jiwaku yang ditetapkan. Walaupun dia bangsa manusia namun mungkin ada sebab mengapa dia ditetapkan menjadi mate aku. Dan aku akan menjadi pelindungnya.

Mungkin jika Aurora tahu perkara ini mungkin dia akan kecewa.

Aku terpaksa melakukan marking itu. Aurora harus dan perlu disisi aku.

Aku mengambil handphone di poket dan mendial orang suruhanku yang ku tugaskan untuk menjaga Aurora. Aku masih lagi melarang 3 orang adik aku mendekati Aurora. Bukan boleh kira mereka itu.

" Ya Tuanku," kata Hilmi di hujung talian.

" Aurora macam mana?" Soalku.

" Cik Puan baik sahaja Tuanku. Tuanku Permaisuri sedang bertemu dengannya," balas Hilmi tenang.

Bonda jumpa Aurora? Mungkin nak kenal kot. Bisikku.

" Baik. Teruskan perhati dia," arahku sebelum menamatkan talian.

Aku menjadi serba tak kena melihat fail dan kertas di hadapanku. Hatiku meronta ronta ingin pulang dan memeluk gadis kesayanganku.

————————————//////—————————-

Aurora Lilly

Ketika ini di beranda luas di luar bilik Aiden, aku sedang berhadapan dengan seorang wanita anggun yang sangat cantik pada usianya. Rupanya inilah dia Permaisuri negara aku. Permaisuri Tilia.

Jarang dilihat figura ini di khalayak ramai. Aku agak dia mungkin kurang suka mencampuri urusan pentadbiran suaminya. Tapi aku akui, Permaisuri memang jelita sungguh. Pandai dia jaga penampilan dia ya.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now