SETELAH beberapa hari berurusan di Singapura, pak su Carl akhirnya pulang ke rumah setelah dijemput oleh pemandu peribadinya membawa berita yang langsung Maryam tak mahu tahu."Pak su." Tangan Pak Su Carl dikucup perlahan. Lelaki ini sudah seperti ayah kandungnya lagipun Pak Su Carl merupakan adik lelaki kepada arwah ibunya, Carmila.
Carl dan Carmila, nama itu diberi oleh arwah neneknya yang merupakan darah keturunan Inggeris dek kerana arwah datuknya bernikah dengan nenek.
Mereka pula bertemu di London ketika itu. Datuk pula bekerja sebagai kelasi kapal di sana. Beberapa tahun selepas berkahwin, mereka pulang ke Malaysia.
Malaysia ketika itu pula sedang menjalani pilihan raya pada tahun 1955. Hampir menginjak kemerdekaan tika itu.
"Sihat, Mar?" soal Pak su Carl. Maryam jawab dengan anggukan. Penyapu dipegang erat di tangan, gaya seperti bila-bila masa penyapu itu bakal melayang.
"Mak Yah sihat?" soal Pak su kepada pembantu rumahnya pula. Mak Yah laju saja menjawab daripada jauh.
"Sihat alhamdulillah tuan." Mak Yah senyum melebar.
"Mar, hari ni anak pak su, Cairil Hakeem tu balik. Mar tolong kemaskan bilik dia ya?" Pak su meminta tolongnya pula.
Maryam membulatkan matanya, penyapu yang dipegang erat tadi terlepas jatuh. Tangan sedikit terketar-ketar saat menyambut kembali penyapu itu. Sungguh, Maryam tidak sedap hati saat ini.
"Mar okay?" soal Pak su dengan garisan yang muncul di dahinya.
"Okay, pak su. Kejap lagi Mar kemaskan." Maryam tersenyum hambar, nampak sangat tidak ikhlas tika itu.
"Terima kasih, Mar," ucap lelaki separuh abad itu dan Maryam balas dengan anggukan seraya bapa saudaranya itu melangkah masuk ke dalam biliknya. Ingin menghilangkan lelah seketika.
"Mar, apa-apa Mak Yah ada ya?" Mak Yah menyentuh lembut tangan Maryam dan Maryam mengangguk lagi.
"Terima kasih Mak Yah." Perasaan sebak yang bertandang cuba diusir jauh-jauh supaya permata jernih tidak jatuh lagi.
Sungguh, dia rindukan pelukan penuh kasih arwah ibunya. Sekarang, hanya Mak Yah saja tahu segala yang tersimpan di dalam dada.
"Sama-sama, nak. Maryam kuat." Kepala Maryam yang berlapikkan tudung itu diusap.
Setelah menyapu di luar, Maryam melangkah masuk ke dalam bilik Chairil Hakeem. Bilik lelaki durjana itu, kalau pak sunya tak suruh memang dia tak ingin menjejakkan kaki walau setapak pun.
Cadar diganti dengan cadar baru yang berada di dalam almari. Sarung bantal turut diganti mengikut sarung yang berwarna senada dengan cadar. Segala habuk disapu. Tak cukup dengan itu, Maryam menggunakan vakum pula.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...