y b m 33

195 18 0
                                    

SATU jam setengah perjalanan ditemani dengan lagu-lagu dan kadangkala Yunus membuka beberapa topik untuk berbual membuatkan Maryam langsung tidak sempat untuk memejam mata. Celik saja matanya.

Akhirnya, perjalanan yang ditemani rama-rama itu terhenti apabila mereka bertiga selamat tiba di sebuah resort bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Resort Kejora, Port Dickson yang bakal menjadi tempat penginapan semua staf dan beberapa tetamu yang lain. Dua buah bas milik syarikat juga sudah tiba.

Haidan mendukung Hafisya sambil tangan sibuk membawa sebuah bagasi. Budak kecil tersebut masih lena, jika dikejut nanti bimbang Hafisya menangis pula.

“Meh saya tolong awak bawakan beg ni.” Maryam mempelawa apabila melihat Haidan yang seperti tidak menang tangan.

“Eh, tak apa. Saya nak bawa Sya jumpa parents dia. Nanti budak ni buka mata confirm cari kakak saya dulu.” Haidan tersengih.

“Yalah.” Mereka berjalan beriringan menuju ke lobi resort, tempat berkumpul bagi semua staf setibanya di situ.

Di situ, mereka berdua bertemu dengan keluarga Kak Haira dan Abang Hud. Dia bersalaman dengan Kak Haira yang manis tersenyum.

Serius, tak nampak seperti mak kepada dua orang anak pun!

“Cantiknya Maryam ni, secantik nama. Patutlah adik akak berkenan.” Ringan mulut Kak Haira memuji membuatkan pipi Maryam bertukar rona merah.

Woi, malunya!

“Saya biasa-biasa aje.” Itu saja balasan yang Maryam boleh fikirkan saat ini. Otaknya membeku, lama sangat duduk di dalam air conditioner.

“Mana ada biasa-biasa macam ni. Dan, terima kasih la sebab sudi ikut serta dan sudi juga nak jagakan anak-anak akak. Sejak bawa bakal adik dia orang ni, akak cepat letih sikit.” Haira membalas sambil menepuk bahu Maryam.

Fahamlah Maryam yang Haira sedang mengandung. Maklumlah, baju yang dipakai Haira terlampau besar dan berjaya menutup kandungannya.

“Sama-sama, tak ada masalah akak.” Maryam menjawab dengan sopan.

So kind of you, akak harap jadilah ya dengan Haidan? Baiklah, lain kali kita berbual lagi. Anak akak dah merengek tu.” Haira tersengih apabila Hakim sudah menarik hujung bajunya. Anak manja umi!

Ayat pertama Kak Haira membuatkan bulu roma Maryam meremang. Apakah ini? Oh, Maryam jadi tak suka apabila manusia terlalu meletakkan harapan yang tinggi padanya.

“Kalau dalam tentatif, sekarang masa untuk rehat jadinya saya tunjukkan bilik awak yang mana eh?” Haidan kembali dengan senyuman bersama plastik di tangan.

Ke manalah lelaki ini pergi tadi. Maryam jadi tertanya tentang apa yang lelaki ini beritahu kepada keluarganya tentang dia dan mereka. Adakah Haidan terlalu mengambil serius akan kata-kata Abang Haq?

Maryam pendam dahulu soalan itu. Dia tahu Haidan penat, dia juga sama. Dia tak mahu menambah penat emosi di bahu lelaki itu pula.

Tak apa, Maryam. Sabar, Maryam. Tak ada salahnya kan?

“Jom.” Maryam mengukir senyuman nipis dan mengikut langkah lelaki itu.

Mereka menaiki lif ke tingkat dua menuju ke bilik bernombor 11. Maryam difahamkan dia akan menginap bersama Suraya, pekerja di kilang tersebut yang memegang posisi sebagai setiausaha kepada CEO.

Bukan calang-calang orang juga tu.

Apabila lif sampai di tingkat dua, Maryam berjalan mengekori Haidan di hadapan sehingga tiba di hadapan bilik bernombor 11.

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now