MAKAN malam hari itu meriah dengan suara Umi Teja yang sibuk bertanya pelbagai soalan perihal Maryam. Yalah, dah bertahun tak jumpa. Rindu pun belum terlunas.
“Assalamualaikum, umi!” Suara seseorang membuatkan Umi Teja kelam-kabut membukakan pintu.
“Waalaikumussalam, acik ke tu? Kejap!” Umi Teja menyahut dan Maryam hanya memandang daripada jauh.
Pintu dibuka dan terjengul wajah kacak seseorang di sebalik muka pintu. Itu dia, Syed Lekiu Al Haq dah pulang.
“Eh umi, tu adik ke?” soal Haq apabila terpandang Maryam yang masih terpinga-pinga di dapur.
Maryam merapati anak beranak itu sambil memaniskan wajah dengan senyuman.
“Hai, abang Haq. Ya, ni Maryam.” Maryam terus mencapai tangan lelaki itu dan mereka bersalaman seketika.
“Ya Allah, bila balik sini? Jumpa umi dekat butik ke macam mana? Rindunya abang dengan Mar!” Dengan terujanya, Haq mencubit pipi Maryam beberapa kali.
Maryam ketawa bebas. Perangai acik tak pernah berubah. Selalu ceria saja daripada kecil sampailah besar panjang dan kacak seperti sekarang.
“Eh lepaslah pipi adik tu, acik! Kesian, Maryam.” Umi Teja menampar bahu Haq sambil ketawa kecil.
“Mar datang sini kelmarin. Ya, jumpa umi dekat butik. Asalnya Mar nak minta kerja dekat butik umi, tapi terjumpa umi pula dekat situ. So yeah, umi ajak tinggal sini dengan umi.” Maryam menjawab sebelum menyedari keterlanjuran kata-katanya.
Habislah, lepas ni pasti Haq akan bertanya lebih lanjut pula!
“Aik? Bukan Mar duduk dengan pak su Mar ke? Jauhnya Mar cari kerja sampai sini? Pak su Mar macam mana?” soal Haq pula seperti polis pencen.
Ya, dan Syed Lekiu Al Haq perangainya juga tak ubah seperti Umi Teja. Ini umi borek, acik rintik.
“Err... Eloklah acik makan dulu. Mesti lapar kan? Ni umi dengan adik masakkan banyak makanan. Makanan kegemaran acik pun ada.” Umi Teja mengalihkan topik sambil membawa Haq ke arah dapur.
Maryam menghela nafas lega. Nasib baiklah Umi Teja membantu menyelamatkannya. Kalau tak, masaklah masak! Masak mahu menjawab segala soalan Haq.
“Maryam, meh sambung makan. Kejap lagi nak berbual, berbual puas-puas.” Umi Teja mengajak apabila Maryam membatukan diri di hadapan pintu.
Maryam akur dengan sengihan. Haq pula asyik merenungnya dengan renungan lain macam. Renungan misteri tu sah-sah mahu menyoal siasat Maryam.
Bukan Maryam tak kenal. Maklumlah, dulu mahu jadi polis tapi tak lepas dengan ujian fizikal.
“Nah, air.” Maryam hulurkan air oren kepada lelaki itu. Haq balas dengan ucapan terima kasih.
“Abang Haq kerja macam mana? Okay ke?” soal Maryam, tidak mahu suasana terus menjadi canggung.
“Macam biasalah, dik. Kadang okay, kadang tak. Kerja dengan orang kan? Makan gaji. Kalau kerja sendiri macam umi ni, mudahlah.” Panjang lebar jawapan Haq.
Maryam balas dengan anggukan bersama pakej sengihan.
“Kalau nak kerja dengan umi, kena belajar menjahit acik. Belajar dengan Mar ni, dia pandai menjahit. Serba boleh Maryam ni.” Umi Teja memuji pula.
Maryam hanya mampu tersenyum apabila namanya disebut sama.
“Tak naklah, acik! Tak jadi baju nanti, jadi benda lain.” Jawapan Haq membuatkan mereka semua tertawa.
Cerialah sedikit wajah Umi Teja apabila anaknya pulang ke rumah. Makin ceria apabila ada Maryam walaupun tidak pastilah sampai bila Maryam akan berada di sini.
DARIPADA dulu lagi, Syed Lekiu Al Haq adalah seorang yang mudah untuk didekati. Lelaki inilah yang pertama di antara anak-anak Umi Teja yang mendukungnya ketika dia masih bayi serta menegurnya ketika dia sudah tumbuh menjadi kanak-kanak perempuan.
Tetapi, Maryam tetap paling rapat dengan Syed Lekir Al Jabir yang mengajarnya silat dahulu.
Sekali kenal, pasti Haq akan dicop sombong dan sebagainya. Dua kali kenal, peramah sampai tak terlayan! Seperti sekarang, mulut becoknya tak berhenti-henti menyoal Maryam itu dan ini.
“Mar dulu duduk dengan pak su Mar kan? Dia tak layan Mar dengan baik ke?” Soalan pertama dan kedua terbit daripada lelaki di hadapan Maryam ini.
“Iya, taklah. Dia layan Mar baik sangat! Macam anak sendiri.” Maryam menjawab sambil membetulkan duduk.
Mereka kini sedang melepak di luar rumah, duduk berdua di atas buaian menghadap bintang-bintang. Sengaja Haq menariknya keluar, mahu menyoal siasat seperti Maryam adalah pesalah. Hobi!
“Lepas tu, jauhnya Maryam dari sana ke sini? Lari rumah ya?” soal Haq lagi sambil memandang wajah adiknya.
Makin besar, makin matang seorang Maryam Humaira. Makin cantik pun ya. Kalaulah mereka boleh menikah, memang dia pilih Maryam. Haha!
“Bingo, acik! Mar lari sebab anak bongsu pak su cuba buat benda tak senonoh dekat Mar. Mar pun apa lagi, belasah la dia. Entahlah dia report polis ke tidak. Kalau report, wanted la muka Mar ni.” Maryam membuka cerita dengan tenang.
Haq ni juga ibarat kawan baiknya saja. Haq pendengar terbaik juga pandai memberikan pendapat. Biasalah, orang bijak.
“Ya Allah, astaghfirullah! Mar tak report polis ke, boleh jadi kes sexual harassment ni. Pak su Mar tahu tak?” soal Haq bertalu-talu.
Maryam menggelengkan kepala bagi menjawab segala persoalan Haq.
“Mar malas besarkan hal. Dia tu licik. Terlalu licik. Macam musang.” Maryam menjawab lagi sambil mengangkat bahu.
Mahu saja dia tumbuk wajah Chairil Hakeem tu lagi. Biar rosak muka tampan itu. Biar!
“Tak apa, kalau jadi apa-apa Angah ada. Dia kan lawyer. For sure, dia boleh tolong Mar.” Haq merangkul bahu Maryam.
Maryam tersenyum nipis. Lupa pula yang Syed Jebat Al Fateh aka angah merupakan seorang peguam.
“Abang tak tahu apa yang Mar lalui selama keluarga abang terpisah dengan keluarga Mar. Tapi, apa yang abang tahu adik abang seorang yang sangat kuat...”
“... Kuat macam mana pun seorang Maryam, Maryam perlu luahkan. Jangan pendam. I can be your best listener.” Haq menepuk bahunya berkali-kali memberikan semangat.
“Thank you for your service, bang. Kenapa abang tak ada girlfriend eh? Abang jual mahal eh?” soal Maryam pula, cuba menyerkap jarang.
“Eh, tolong sikit? Abang kenalah pilih perempuan yang baik-baik nak jadikan isteri. Setakat ni, abang tak jumpa lagi perempuan yang abang cari.” Haq memberi jawapan paling skema dalam dunia.
“Eleh, Hang Lekiu ni. Demand! Bukan Mar tak tahu, ramai je anak mak datuk, mak datin tanyakan abang.” Maryam mengusik lagi, suka melihat telinga Abang Haq merah.
“Tak mahulah yang macam tu. Abang cari yang pemalu tapi pandai belasah orang macam Maryam.” Haq mencubit pipi Maryam kuat sebelum berlari masuk ke dalam rumah.
“Hoi, pipi jangan main eh!” Maryam laju mengejar dan Umi Teja yang menjadi saksi hanya mampu beri gelengan.
TBC
260223bye haq saya punya thank you baca, mak love.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...