PAGI itu, dalam perjalanan ke kilang tempat kerjanya Haidan sempat menghubungi Hakim. Mahu berikan info mengenai Maryam. Ray sibuk dengan keluarga, isterinya pula baru melahirkan anak mereka.
Bukan main seronoklah Ray setelah bertahun-tahun menunggu seorang cahaya mata. Haidan sudah ucapkan tahniah buat mereka. Orang yang sabar ni pasti Allah berikan ganjaran.
Haidan memakai earbuds lalu mendail nombor Hakim.
“Assalamualaikum, Kim. Morning!” Haidan menyapa dengan nada agak ceria.
“Waalaikumussalam, mat pagi. Ada apa call aku sesudah subuh ni?” soal Hakim di talian dengan suara yang agak mamai.
“Ha, kepala hangguk lu la sesudah subuh. Ni orang nak buat duha dah ni, Hakim oi! Ada info pasal Maryam.” Sempat Haidan membebel pada kawan baiknya itu.
“Tahulah, gurau pun tak boleh ke? Orang yang pakai nama-nama nabi ni kena banyakkan bersabar. Ada apa pasal Maryam?” soal Hakim sambil ketawa. Seronok dia bersyarah di talian.
“Ha, yalah! Maryam tinggal dengan ibu susuan dia. Katanya, dia lari daripada rumah pak su dia sebab nak cari ibu susuan dia tu...”
“... Tapi, aku rasa kalau setakat nak cari ibu susuan dia tu boleh bincang elok-elok. Tak perlu nak lari bagai melainkan ada sesuatu yang jadi perlukan dia untuk lari.” Panjang Haidan berhujah.
“Iya ke? Hmm, I smell something fishy. Bau ikan jerung! Macam ada benda negatif je yang jadi dekat rumah pak su dia.” Hakim memberitahu teorinya pula.
Haidan ketawa kecil.
“Aku pun rasa benda yang sama. Kau tolong siasat fasal pak su dia tu. Ada anak ke tak, bini ke tak. Entah-entah Maryam mangsa dera.” Haidan memberikan teorinya pula.
“Boleh jadi tapi tak boleh pastikan lagi. Ya insya Allah, aku cuba. Tapi, bini dia dah lama meninggal. Kalau anak tu aku rasa ada dua orang. Tapi, tak tahu jantina. Kena siasat dulu. Sepanjang kau kenal Maryam, ada nampak luka ke lebam ke?” soal Hakim pula.
Haidan mengurut pelipisnya.
“Oh, dah lama meninggal. Wahai Hakim, kalau Maryam ada luka ke lebam sekalipun manalah aku nampak. Mestilah kesan tu dekat tempat tersorok. Takkan aku nak selak baju anak dara orang tu, Hakim?” Haidan terasa ingin menangis.
Hakim di talian ketawa dengan kuat. Terus segar agaknya mata dia tu.
“Ya tak ya jugakkan. Kalau macam tu, bagi halal teruslah, Dan. Kau single, dia single. Apa kata couple? Haha! Kahwinlah Haidan, kau dapat jaga dia terus. Selamanya!” Hakim bercakap dengan mudah.
“Amboi, amboi. Sedap ya mulut kau bercakap, Hakim. Ingat hati dan perasaan dia mainan ke? Ingat perkahwinan tu apa, try and error?” Haidan menyoal dengan garang. Sengaja acah-acah garang.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...