y b m 35

209 16 7
                                    

MARYAM duduk di bangku yang menghadap ke arah laut. Di sampingnya ada Hafisya dan Hakim yang sibuk menikmati aiskrim. Kanak-kanak dan aiskrim memang tak boleh dipisahkan.

Bukan kanak-kanak saja, dia yang dewasa ni pun sama. Siapalah yang cipta aiskrim? Terima kasih Maryam ucapkan. Tiber!

Staf lelaki sibuk bermain bola tampar, staf yang perempuan pula sibuk berbual sebelum mandi di tepian pantai bersama. Ada yang snorkelling, ada juga yang diving. Ada juga yang sibuk meluangkan masa dengan skuba.

Semuanya Maryam tidak mencuba lagi dek kerana sibuk mengawasi dua budak comel di sampingnya. Yang diving tu pula, Maryam tak ada lesen.

“Hai cik Maryam!” Ada suara yang menyapa. Suara garau, sah-sah lelaki.

Maryam palingkan wajah dan hulurkan senyuman nipis. Kang nanti dicap sombong pula. Sudahlah suka hati saja menyertai event syarikat orang.

“Hai encik...” Maryam tidak jadi menyambung, tak tahu nama la pula tetapi lelaki yang berdiri di hadapannya ini boleh tahan segak.

Berwajah kuning langsat, ketinggian yang sederhana, Yunus lagi tinggi dan mata yang cantik. Berwarna koko terang. Lelaki ini kelihatan kasual memakai t-shirt berwarna coklat dengan seluar track.

Agaknya nak bermain bola tampar juga mungkin.

“Boleh panggil Khair. Khair Nain.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Oh, Encik Khair. Mana tahu nama saya Maryam?” soal Maryam sambil memeluk tubuh. Hafisya dan Hakim pula sudah meminta izin untuk bermain pasir tadi.

“Puan Haira yang bagitahu, dia suruh saya panggil Cik Maryam, bagitahu dekat anak-anak dia yang Puan Haira panggil makan.” Panjang lebar Encik Khair menerangkan membuatkan Maryam mahu tertawa.

Tak mahu dia salah faham sungguh gamaknya.

“Okay, terima kasih. Sya, Kim, umi panggil makan.” Maryam mendekati dua budak comel itu lantas memberitahu.

Laju saja Hafisya dan Hakim akur. Masing-masing menepuk-nepuk pakaian yang sedikit kotor dengan tanah dibantu Maryam.

“Tahu kan jalan balik bilik?” soal Maryam dan dua kanak-kanak itu laju saja anggukan kepala.

“Okey, good!” Maryam mengusap kepala anak-anak Encik Hud.

“Bye, Kak Maryam!” Hakim lambaikan tangan, begitu juga Hafisya. Lambaian berbalas dan mereka laju saja berlari-lari anak pulang ke bilik.

“Cik Maryam tak join dia orang ke?” soal Encik Khair yang Maryam sangka sudah berlalu.

“Tadi tak join sebab nak jaga dua orang budak cute tu.” Maryam menjawab dengan sengihan.

“Oh, I see!”

“Encik tak join ke kawan-kawan encik?” soal Maryam kembali.

“Ha, nak join ni. Tadi solat kejap. Eh tak payahlah encik encik dengan saya. Terasa tua pula.” Encik Khair ketawa bebas.

“Awak yang panggil saya cik dulu, saya encik la awak balik.” Maryam membalas, tidak berpuas hati.

“Baiklah, baiklah. Maaf, maaf Maryam.” Lelaki itu meminta maaf dan Maryam angguk sambil tertawa.

“Eh, Khair, Maryam? Borak apa ni, nak join boleh?” Suara garau mencelah lagi buatkan Maryam tidak berpaling.

Yalah, sebab dah tahu siapa pemiliknya. Pemilik suara yang Maryam tidak menjawab soalannya semalam. Oh, Maryam bimbang ada hati yang jatuh tergolek-golek.

“Terima kasih, Maryam. Tapi, kalau saya nak cuba berada dalam ikatan tu dengan awak boleh kan?” Yunus menyoal dengan sengihan di bibir. Mengusik!

“Eh, awak tak rasa ada yang perhatikan kita ke Yunus?” Maryam laju menukar topik. Selaju Twitter menyebarkan tea. Mata memandang ke arah pokok kelapa di belakang mereka.

“Eh, iya ke? Mana, mana? Biar saja rejam dia.” Yunus mula memandang ke arah kawasan sekitar.

“Tu, belakang pokok sana tu!” Maryam tunjuk arah yang bertentangan.

Apabila fokus Yunus terganggu, Maryam dengan pantasnya melarikan diri sambil tersengih. Yunus yang menyedari hal itu tertawa bebas tanpa mengejar.

Kanak-kanak ribena lagi Maryam rupanya.

Dia tak mahu memaksa. Biarlah, Maryam lari. Nanti dia akan kejar bila sesuai masanya.

“Borak kenal-kenal aje, Encik Haidan. Eh, saya pergi dulu la, Encik Haidan, Maryam. Kawan saya dah panggil.” Khair meminta diri secara halus.

Yunus tersengih dan mengangguk. Laju saja Khair berjalan. Dah sah-sah daripada gaya Encik Haidan sendiri dia tahu yang bosnya ada sesuatu dengan Maryam.

Tak mahulah dia kacau daun. Baik angkat kaki dulu!

“Kiranya orang lain semua panggil awak, Haidan kan? Yunus? Siapa aje yang panggil?” soal Maryam apabila menyedari akan hal itu.

“Awak dengan keluarga awak aje.” Haidan menjawab seraya mengambil tempat di atas bangku yang berlainan dengan Maryam.

Ewah, halal gap sangat!

And, why is that?” soal Maryam ingin tahu. Sengaja menjadikan topik ini sebagai pilihan supaya Yunus tidak membuka topik semalam.

“Mungkin sebab awak dengan keluarga awak orang baru dalam hidup saya. Jadi, saya pun nak awak dengan keluarga awak panggil saya dengan nama baru.” Yunus menjelaskan, panjang.

Maryam tertawa. Anehnya seorang Haidan Yunus ni. Muncul secara tiba-tiba, ada secara tiba-tiba dalam hidupnya.

“Pelik tapi tak apa.” Maryam mengangkat bahu dan terus memandang laut yang terbentang luas bagai tidak berpenghujung.

Yunus tertawa dengan balasannya.

“Eh, awak nak cuba snorkel tak? Jom, selam laut sama-sama?” Haidan mengajak apabila Maryam terlihat bosan. Nanti gadis ini berasa sia-sia pula datang jauh-jauh ke sini.

“Tapi, saya tak pernah snorkel. Tak reti pun ya.” Maryam membalas. Dia tak pernah mencuba pula, tak ada peluang lagi.

“Tak ada hal la. Saya boleh ajarkan, jom, jom jumpa Abang Roy.” Haidan mengajak lagi dan sudah berdiri tegak.

“Baiklah, jom.” Maryam mengekori langkah Haidan menuju ke sebuah kapal.

Setelah mendengar taklimat ringkas daripada Abang Roy untuk first timer seperti Maryam, Kak Haila membantunya memakai jaket keselamatan, tangki udara dan pelbagai lagi alat keselamatan buat Maryam.

Kak Haila ini pula isteri kepada Abang Roy, mereka baru saja berkahwin dengar cerita.

Yunus seronok memberikan kata-kata semangat sebelum lelaki itu terjun ke dalam Pantai Teluk Kemang.

“Meh turun, Maryam. Tak apa, saya ada.” Yunus menepuk bahunya sendiri beberapa kali.

Maryam mencebik bibir. Ayat saya ada berjaya menggetarkan hati Maryam akhirnya. Oh, sebenarnya ada yang sedang mencuba memasuki pintu hatinya yang telah lama terkunci.

“Kejap!” Maryam membalas dan Yunus, masih kekal di situ tidak berganjak.

Maryam lafaz basmalah berkali-kali dalam hati sebelum ikut bersama dengan Yunus di lautan sana. Yunus tersenyum puas apabila melihat wajah gembira Maryam yang melihat pelbagai jenis ikan di dasar lautan.

Mereka bersama-sama menyelami lautan yang bawahnya gelap itu. Bersama menerokai yang indah di bawah sana tanpa mempedulikan lagi beban di atas bahu.

Rasa ini, tenang.

Rasa ini, nyaman.


















TBC
240423

mekasih udah bacaaa :3 kalau suka, promote laa kat kawan anda , kalau tak suka boleh pm hanis bagitahu ketidakpuasan hati supaya kita sama sama improve

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now