DUA hari meluangkan masa di Yogyakarta, mereka bergerak pula ke Bali, masih di negara yang sama untuk merasai ketenangan air laut di sana pula dengan menaiki kapal terbang selama satu jam lebih sahaja.
Setelah selamat tiba di Bali, Indonesia, mereka menaiki feri pula untuk ke Lovina, sebuah daerah di Bali yang memakan masa hampir 2 jam lebih.
Maryam dipakaikan jaket keselamatan oleh suami tercinta. Acewah! Masing-masing menikmati nyaman angin laut bersama lautan yang membiru.
Tanpa Maryam sedari, Yunus memandang ke arahnya lama dengan bibir yang tersenyum lebar. Dia membetulkan tudung bawal Maryam yang meliuk lentok apabila ditiup angin.
Malu Maryam dibuatnya!
Perjalanan yang agak lama, terasa singkat apabila ditemani dengan pemandangan yang sangat indah bersama orang yang tersayang di sebelah. Sempat jugalah Haidan mengambil beberapa keping gambar buat kenang-kenangan.
Setelah tiba di Pantai Lovina, mereka terlebih dahulu menaiki skuter yang disewa oleh Haidan untuk ke sebuah Airbnb yang telah ditempah.
Apa yang Maryam tahu mengenai Lovina ialah di sini pelancong boleh melihat ikan dolphin di hadapan mata, juga Lovina sangat terkenal sebagai tempat berbulan madu bagi pasangan pengantin baru.
Lovina beerti love your mother, ataupun love your mother earth kata orang di dalam Google. Entah betul, entah tidak itu wallahualam.
Setelah melalui rumah ke rumah dengan bantuan Google Maps yang kadangkala masuk air, mereka akhirnya tiba di Arunika Lovina, sebuah nama bagi airbnb yang ditempah. Berjaya mendapatkan kad masuk, mereka langsung saja melangkah ke dalam airbnb tersebut.
“Wow!” Respons pertama seorang Maryam yang tidak pernah melihat airbnb jauh sekali tinggal di dalamnya.
Ini memang pertama kali seumur hidup. Patutkah dia ambil gambar dan tulis di dalam diari birunya? Haha.
Di dalam airbnb ini, terdapat kolam renang bersaiz kecil muat-muat untuk mereka berdua. Uih, seganlah Maryam hendak mandi di dalam kolam ini. Walaweh!
Airbnb mereka memang padu, pemandangan pula menghadap kawasan pantai yang cantik berwarna jingga keemasan tanda senja makin menghampiri waktu.
Maryam duduk di hujung birai katil yang dihiasi dengan kelopak bunga mawar. Cantik dengan hiasan dua ekor angsa. Uih, memang set bulan madu ke apa ni? Maryam mengambil kelopak bunga mawar tersebut lalu dibawa ke hidungnya.
Baunya manis. Harum, sangat! Tak semena-mena air mata Maryam bergenang. Yunus memang pandai buat dia terharu!
“Eh sayang! Kenapa menangis ni? Siapa buat awak, baik beritahu saya cepat?” soal Yunus ketika mendekati isterinya yang sedang duduk di birai katil.
Ingatkan berjaya menghentikan Maryam daripada terus hujan, eh makin lebat la pula! Daripada tangisan yang tidak kedengaran, terus bertukar esakan. Alamak, isteri tercinta dia PMS ke? Baru Subuh tadi mereka berjemaah rasanya.
“Sayang, kenapa ni?” soal Yunus sambil menarik isterinya ke dalam pelukan. Dipujuk wanita itu bagai kanak-kanak kecil yang mengongoi kesedihan.
“Awak la buat saya terharu banyak-banyak! Tempat ni cantik sangat-sangat buat saya rasa saya bertuah...”
“... Selama ni, saya fikir saya tak berpeluang untuk rasa bahagia sampai macam ni sekali. Saya lupa yang Allah tu baik sangat,” luah Maryam di dalam esakannya.
Haidan tersenyum nipis. Dia mengusap belakang tubuh isterinya. Manja pula Maryam hari ini!
“Jangan cakap macam tu, sayang. Kita semua berpeluang untuk bahagia. Memang ujian tak pernah terlepas daripada diri kita...”
“... Tapi, lepas hujan mesti ada pelangi. Percayalah yang semua ini hadiah daripada Allah atas kesabaran sayang selama ni. Boleh?” soal Yunus sambil melepaskan pelukan.
Dia mengesat air mata isterinya dengan ibu jari. Kedua-dua belah pipi isterinya dicium sekilas.
Maryam angguk kepala menjawab persoalan Yunus. Aduhai, macam manalah boleh jadi tisu sebegini wahai Maryam Humaira? Kan dah mendapat malu!
Oh Tuhan, bagaimana Maryam nak menyorok ni?
×××
AWAL-AWAL pagi lagi setelah menunaikan solat Subuh berjemaah serta tadabur Al Quran bersama-sama, Haidan mengajak Maryam menonton pemandangan pagi itu yang sungguh indah.
Sunrise. Matahari tika pagi. Matahari yang malu-malu seperti wajah kemerahan milik Maryam Humaira bertepatan seperti nama isterinya Humaira yang bermaksud putih kemerahan.
Mereka berjalan menyelusuri Pantai Lovina, sambil Maryam berharap yang dia akan terserempak dengan sekumpulan dolphin yang selalu dia lihat melalui kaca televisyen sahaja.
“Teringat masa kita dekat PD.” Maryam meluahkan rasa itu. Waktu di sana, Maryam merasakan ada perasaan baru yang mulai tumbuh dalam hatinya.
Perasaan yang khas untuk lelaki di sebelahnya ini.
“Kan? Masa tu belum halal lagi. Snorkel sama-sama dalam laut tu. Boleh pula ada yang ingat kita pengantin baru kan?” Haidan tersengih, dia menyiku lengan Maryam.
“Jangan nak kenang gambar memalukan tu eh!” Sumpah demi apa tetapi Maryam terlihat sangat janggal di dalam gambar itu.
Senyum pun tak ikhlas!
“Ala, tak apa yang penting album kita nanti cantik sangat! Bolehlah wariskan dekat anak cucu.” Amboi, dah pasang angan-angan tinggi ya suaminya ini!
“Yalah, yalah!”
“Saya nak lima, Yam.” luah Haidan tiba-tiba dengan tangan yang erat menggenggam tangan halus isterinya.
“Ha? Lima apa?” soal Maryam, tidak faham. Lima penumbuk? Boleh saja!
“Lima ketul mini kita, mini Maryam dan Yunus.” Haidan tersengih, sehingga menampakkan gusinya.
Maryam pura-pura tidak mendengar. Bukan main seorang Haidan Yunus meminta seolah Maryam kilang bayi pula ya?
“Eh, awak tengok tu ada dolphin! Cepat, cepat ambil gambar, rekod video cepat!” Maryam sudah tidak pedulikan siapa-siapa lagi, dia menepuk tangan Haidan yang tidak bersalah.
Yang penting dia mahu gambar ikan dolphin itu ada di dalam kamera DSLR milik suaminya.
“Menurut perintah, sayang.” Haidan ketawa kecil sambil geleng kepala tetapi tetap juga mendengar kata isterinya semata mahu bibir nipis itu terukir senyuman gembira.
Puas mengambil gambar juga merakam video, dia melayan Maryam membina istana pasir pula. Betullah kata orang, wanita itu tidak pernah mendewasa.
Biarpun makin berusia, seorang wanita tidak lari daripada sikap mahukan perhatian tetapi jika Maryam orangnya dia rela curahkan segala kasih yang dia punya.
Setelah bermacam-macam ujian yang dilalui Maryam, dia mahu mencuba seribu satu cara untuk membayar harga-harga duka dan luka dahulu itu demi sebuah senyuman manis.
Senyuman manis Maryam Humaira.
Meski dunia terlihat indah
Masih saja kita punya masalah
Mesti hati semakin gundah
Tetap senyumanmu bisa bikin hilang segala lelah
— Bintang Jogja
TBC
150723haaaa guess who bintang jogja hehehe upcoming !!! thanks for reading !!! 💌
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...