HARI pertama di Kemboja, memang tiada masa untuk bersantai atau berjalan-jalan. Yalah, ada nyawa yang sedang dalam bahaya jadi tiada sesiapa pun dibenarkan untuk mencari ketenangan atau bak kata orang muda, healing gitu.
Siangnya, mereka sibuk di Phnom Penh. Mencari tempat persembunyian konco Chairil Hakeem. TMS pasti yang mereka tahu mereka sedang diburu.
Tiba sahaja di sebuah kawasan yang berhampiran dengan gua, terdapat sebuah vila yang terbengkalai. Tidak pastilah milik siapa tetapi mereka pasti ini adalah tempat persembunyian sampah masyarakat itu.
Van yang disewa mereka diparkir. Mereka bawa pemandu khas dari Malaysia iaitu Uncle Khalid. Uncle Khalid pun bukan orang biasa, ada PHD dalam Sains Forensik dan pernah bertugas sebagai detektif namun sudah bersara.
Masing-masing turun daripada dalam van. “Rasa seram la pula villa ni.” komen Hakim yang membuatkan semua ahli menyuruhnya diam.
Hakim tersengih. “Mianhae.”
Masing-masing melangkah masuk. Luar memang cerah cuacanya tetapi sebaik sahaja melangkah masuk, terasa gelap dan suram. Dinding sudah berlumut, kayu sudah mereput.
Tiada sebarang perabot melainkan sebuah kerusi kayu jati.
Ada vibe Vila Nabila yang pastinya.
“Baiklah, aku dengan Haidan akan cek tingkat tiga. Ray dengan Hakim tingkat dua. Ilhan kawasan sini dan bawah tanah. Luqman akan monitor. Ahli yang lain cek di kawasan luar.” Rouhi memberi arahan sebagai ketua.
“Baik!” Masing-masing menyahut dan berlalu ke bahagian mereka.
Haidan berlalu ke tingkat tiga bersama Rouhi dengan tangga yang hidup segan mati tak mahu. Tangga kayu pula tu! Gayat Haidan dibuatnya.
Mereka mula memasuki daripada satu bilik ke satu bilik. Bilik pun banyak! Tiada sebarang bunyi melainkan bunyi cicak dan juga unggas kedengaran.
Satu persatu pintu bilik dibuka namun mereka langsung tidak menjumpai apa-apa.
“Found anything suspicious?” soal Rouhi saat mereka berselisih di ruang tamu tingkat tiga.
Sangat luas ya vila ini. Sayang apabila terbengkalai begitu sahaja.
“Nope.” Haidan geleng kepala. Sakit pula hatinya.
“TMS semua berkumpul di tingkat bawah!” jerit John dari tingkat satu membuatkan Haidan dan Rouhi saling berpandangan sebelum serentak berlari turun.
Tangga yang ibarat kian runtuh pun tidak dipedulikan lagi. Yang penting, cepat sampai dan cepatlah tahu berita tergempar tu.
Apabila semua berkumpul, masing-masing memberi tumpuan kepada John yang sudah berwajah pucat. Jarinya menuding ke sebuah arah iaitu bilik bawah tanah.
“Bawah tanah tu ada bom! Lagi berapa saat je akan meletup!” John memberitahu.
“Larilah semua!” jerit Rouhi apabila kesemua ahli berdiri tegak mempamerkan mimik muka terkejut masing-masing.
Biasalah kalau biul di saat-saat genting. Itu perkara biasa. Dengar saja arahan, semua ahli yang berada di dalam vila lari bertempiaran.
Tak sampai beberapa saat, bunyi letupan kedengaran dengan sangat kuat. Tanpa menunggu lama, van memecut laju meninggalkan perkarangan vila tersebut.
Naya, naya!
“I think we're doomed!” John Damien bersuara apabila kesemua ahli masih terdiam. Terkejut, walhal selalu aje tengok bom depan mata cuma tak pernah kena bom saja.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...