y b m 11

254 26 8
                                    

minta maaf, awal-awal memang bosan. *palmface.

HAIDAN meneliti dokumen yang perlu dia tandatangani pada hari itu juga. Kalau boleh secepat mungkin. Dokumen yang merupakan surat kebenaran untuk dana bagi syarikat milik keluarga Hud itu ditenung lama.

Hampir beberapa minit Haidan berkeadaan sebegitu. Naik lenguh juga kaki Hafeez menunggu. Nak duduk, dia hormatkan Haidan. Nak cau, dia bimbang dimarahi. Sudahnya, jadi pak pacak la dia.

“Eh, dah berapa lama kau berdiri situ?” soal Haidan dengan wajah yang tidak bersalah.

Hafeez tidak tahu mahu menangis ke tidak apabila disoal sedemikian. Haidan tak nampak ke dia berdiri di hadapan lelaki itu sedari tadi. Allah, kerja dekat luar tu berlambak tahu?

Masa itu emas, anak syurga!

“Dalam 30 minit jugalah, bos.” Hafeez menarik sengih walaupun ringan saja mulut mahu menjawab lebih-lebih. Karang makan pasir la dia anak bini.

“Lah, ya Allah. Minta maaf eh, Hafeez. Lately ni ada masalah sikit. Tak boleh fokus. Kau keluarlah dulu, kejap lagi aku letak atas meja kau.” Haidan cuba mengutarakan alasan yang dikira munasabah.

“Baik, bos. Ada apa-apa panggil saya ya?” balas Hafeez pula sebelum berlalu. Eloklah lutut dia pun dah ketar ni!

Haidan laju saja menandatangani dokumen yang boleh dikira urgent tersebut. Dah kenapalah dia sibuk fikirkan Maryam sehingga tak fokus membuat kerja?

Tak pernah-pernah Haidan Yunus berperangai begini, sehingga Hafeez terkena akibatnya sekali. Haidan mengalih perhatian kepada PC di hadapan mata.

Kerjanya yang tertangguh semalam, disambung kembali. Ada beberapa bahagian yang perlu dibaiki.

Ada lagi beberapa dokumen pekerja bawahnya yang perlu disemak sebelum sampai ke tangan pihak atasan. Kalau terlepas pandang, bahananya ditanggung Haidan.

“Nak milo!” Haidan menjerit kecil sambil merenggangkan badannya. Letih pula mata akibat menghadap gajet terlalu lama.

Tua-tua ni, kerap kali dia sakit belakang. Tua la sangat!

Pintu biliknya diketuk tiga kali. Haidan terus bersuara, meminta orang yang mengetuk itu mencemar duli memasuki biliknya.

“Bos nak milo ke?” soal Hafeez dengan prihatin. Arif benar dengan sikap Haidan, kalau kacau bilau sebegini maksudnya mahukan milo la tu.

Barulah boleh melangkah jauh. Tiber.

“Eh, mana kau tahu?” Takkan lelaki ni dengar Haidan menjerit tadi? Rasanya dia jerit perlahan saja. Ke, Haidan terjerit kuat sebenarnya?

Kalau ya, jatuhlah maruah.

“Tengok muka bos pun saya dah tahu. Kejap saya minta Nina buatkan.” Hafeez tersengih.

Nina merupakan tea lady syarikat. Bukan tea saja, coffee, segala jenis air dibuatnya. Termasuklah menumpahkan teh!

“Thank you, Feez. Ni dokumen yang kau tunggu tu. Dah siap sign. Nanti tolong beritahu Fareez, jumpa aku. Ada masalah sikit dengan proposal dia.” Sempat Haidan mengarah.

“Beres, bos. Terima kasih, saya keluar dulu.” Sopan Hafeez meminta diri sebelum menutup pintu bilik Haidan.

Haidan balas dengan anggukan dan bayang Hafeez telah hilang berganti bayang Nina yang muncul dengan secawan milo.

“Air, bos.” Cawan tersebut diletakkan di hadapan Haidan dengan berhati-hati. Gadis tersebut mengenakan tudung bawal krim bersama baju kurung berwarna senada.

“Terima kasih, Nina.” ucap Haidan, ikhlas. Sempat Haidan membaca doa perlindungan diri sebelum menghirup air tersebut.

Bimbang perkara yang pernah terjadi kepada kakaknya beberapa tahun lalu berulang kembali padanya pula. Sejak peristiwa itu, memang Haidan sangat berhati-hati.

“Sama-sama, bos. Saya keluar dulu.” Nina meminta diri dengan senyuman nipis.

Tiba-tiba, telefon pintar Haidan berdering dengan lagu Ghost Town nyanyian Benson Boone. Bukan main lagunya! Panggilan daripada Hakim, terus Haidan mengangkatnya.

Assalamualaikum, Dan. Busy ke?” soal Hakim, di talian dengan bunyi kertas yang diselak.

“Waalaikumussalam. Nope, I'm done with my works for today,” jawab Haidan sambil memandang ke arah jam yang tergantung.

Sudah tamat waktu bekerja rupanya. Patutlah sunyi sepi di luar, bukan main pekerja-pekerja berebut mahu keluar daripada pejabat. Lagaknya seperti dikejar Zombie Kampung Pisang!

Good. Aku baru dapat info pasal Maryam Humaira, your new case. Beberapa hari lepas, dia ada dekat Kuala Lumpur. But, she's on the way to here. Melaka. Naik bas. But I don't know which path she's heading to.” Hakim membalas laju di talian. Sibuk benar gayanya.

“Kau trace dia guna apa?” soal Haidan. Itu saja yang dia nak tahu dalam berpuluh patah Hakim muntahkan.

Her phone number. By the way, aku take over kerja Luqman. Luqman sibuk. Apa-apa, call aku.” Hakim menjawab lagi dan memberi tahu keadaan kembarnya.

Luqman sibuk nak kahwin tu!

“Okay. Faham. So, Maryam on the way ke Melaka. Maksudnya, dia lari lagi dari KL sana. Apa eh masalah Maryam tu?” soal Haidan pula, lebih kepada bertanya kepada diri sendiri.

Baginya, Maryam melarikan diri daripada masalah. Itu andaian dia yang belum tahu masalah Maryam sama ada dia sedang fight atau flight.

Dan, untuk gadis seusia Maryam, dia yakin Maryam seorang yang sungguh berani. Sudahlah larikan diri dari rumah. Pula tu dari KL ke Melaka dengan menaiki bas pula.

Mungkin dia ada keluarga di sini gamaknya. Itu yang dia berani. Ataupun, dia beranikan diri. Yalah, untuk hidup kena juga berani.

Itu aku tak tahu. Dekat KL, dia ada bekerja dekat bakeri kakak kau. HH Family Bakery. Tapi, dia dah berhenti kerja. Buat masa ni, tak ada yang cuba ganggu dia kecuali seorang lelaki ni.” Hakim memberitahu lagi.

Maryam pekerja bakeri kakaknya rupanya. Alahai, kecilnya dunia!

“Hah, siapa lelaki tu?” soal Haidan, ingin tahu.

Ha, itu kau kena jumpa aku esok dekat pejabat kita. Cau dulu, aku ada hal kejap!” Hampeh, Hakim terus meletakkan panggilan.

Haidan menghela nafas lega. Sedikit sebanyak dia berterima kasih kepada Tuhan kerana telah menggerakkan hati Maryam untuk ke kota Melaka. Tak perlulah dia bersusah-susah naik ke KL sana.

Dan sekarang, misi mencari Maryam Humaira bermula!























TBC
230123

916

lawa tarikh hari ni, bolehlah buat majlis kahwin ke, thanks baca luv luv!

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now