y b m 50

170 13 0
                                    

SELESAI kerjanya di pejabat, Haidan menghilangkan diri sebaik sahaja selesai waktu makan tengah hari. Ke mana lagi kalau bukan ke pejabat TMS. Hari ini ada mesyuarat mengenai Ops Teratai.

Semua ahli wajib hadir bagi yang menyertai atau pun tidak menyertai. Haidan tergolong dalam kumpulan separuh sertai, separuh tidak. Dia perlu berterus terang dengan isterinya dahulu. Barulah dia boleh membuat keputusan.

Sebaik sahaja Haidan tiba, dia melangkah masuk ke bilik mesyuarat utama membuatkan mata-mata ahli yang sudah tiba memandang ke arahnya.

Eh, eh dah macam dia buat salah la pula. Ada Ilhan, Zachary, Hakim, Luqman dan juga Hud. Yang lain-lain mungkin sedang menyelesaikan hajat.

“Assalamualaikum, semua.” Haidan memberi salam apabila segala perhatian diberikan kepadanya tanpa dipinta.

“Waalaikumussalam.” Ada yang jawab dengan nada kuat, ada juga yang jawab perlahan dan ada juga yang jawab dalam hati.

Hakim pula sedari tadi menjeling ke arahnya. Haidan malas menegur, nanti topik yang satu itu pasti dibukanya. Haidan bukan tak suka apabila dinasihati tapi entahlah.

“Mana ole-ole kita orang?” soal Luqman yang paling Haidan tak menyangka soalan itu akan terbit.

Dia bermimpi ke ni? Kalau Hakim atau Hud yang tanya tu, dia boleh brain lagi tetapi ini Luqman kut!

“Ala, aku lupa nak bawa la.” Haidan tersengih menayang gigi sambil melabuhkan punggung.

Dia ada saja belikan beberapa helai t-shirt, magnet fridge, keychain dan beberapa jenis lagi cenderamata yang dipilih Maryam. Tetapi, tak dibawa pula.

“Lagi lima minit, ahli lain akan sampai. Jadi, kita tunggu dia orang sekejap.” Itu arahan daripada Hud Jibril dan semua ahli mengangguk faham.

Tak sampai lima minit, Ray Jiyyad dan Rouhi Safiq melangkah masuk. Perlu menunggu beberapa orang ahli sahaja lagi. Ray melabuhkan duduk di sebelahnya.

“Macam mana honeymoon? Best tak indo?” soal Ray, sengaja menyibuk.

Dia pula baru sahaja jadi seorang ayah menyebabkan ada lingkaran gelap di bawah matanya.

Best! Jogja boleh tahan sesak jugaklah tapi Bali tenang sangat-sangat. Tapi, kena jaga mata!” Haidan bercerita ringkas dan Ray angguk memahami.

Biasalah, negara orang yang banyak dikunjungi orang bukan Islam. Lagi-lagi tempat yang terlalu cantik seperti Bali.

“Faham! Lepas ni, kau kena cuba Korea pula. Kalau musim salji, lagi seronok!” Ray sakan mencadang. Maklumlah, dia berbulan madu di sana.

“Insya Allah, kalau ada rezeki.” Haidan tersengih. Dia bercadang nak bawa Maryam ke Mekah dahulu. Tunaikan umrah sama-sama, memang itu impiannya.

“Memandangkan semua ahli dah ada, kita mulakan mesyuarat kita dengan bacaan doa yang diketuai oleh Rouhi.” Hud membuka bicara dan bacaan doa disambung Rouhi.

Bacaan doa itu penuh syahdu, memohon keselamatan untuk semua ahli dan juga mangsa yang kini berada di Kemboja.

“Aamiin ya rabbal alamin. Jadi, apa yang kau orang dapat lihat pada skrin ini adalah mangsa-mangsa yang diculik oleh Chairil.” Hud membuka mukadimah.

Ada tiga orang kanak-kanak perempuan dan juga tiga remaja perempuan yang mungkin masih belasan umur mereka.

Haidan menggaru kepala, dah macam mana lelaki ni sempat culik budak dengan perempuan ni pula? Bukan selama ni dia duduk dalam penjara ke? Dan, apa yang terjadi sebenarnya?

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now