y b m 30

210 19 10
                                    

HAIDAN memberhentikan kereta tepat di hadapan rumah Umi Teja. Dia memandang Maryam yang menundukkan wajah seperti sedang termenung jauh. Maryam sedang berfikir gamaknya.

Gaya seriusnya seperti berfikir bagaimana hendak menyelamatkan bumi saja.

“Yam?” Haidan memanggil sekali. Maryam tidak menjawab dan masih mematungkan diri.

“Maryam?” Haidan memanggil lagi sekali dan barulah Maryam seakan tersedar daripada lamunan.

“Eh, ya saya? Dah sampai ke?” Maryam menyoal dan memandang ke arah sekeliling. Tali pinggang keledar dilepaskan.

“Awak tu ha dah sampai mana? Korea ke?” soal Haidan, bibir galak tersengih. Seronok pula melihat wajah loading Maryam.

“Baru nak naik flight awak dah panggil.” Maryam membalas membuatkan Haidan tertawa kecil.

“Saya ganggu la ni?” Haidan menyoal pula, perhatian diberikan kepada Maryam yang membetulkan tudungnya.

“Ganggu la sikit. Eh, terima kasih untuk hari ni, Yunus walaupun awak muncul tiba-tiba. Nanti saya belanja cendol.” Maryam berikan senyuman yang buatkan Haidan terasa rama-rama berkepak di dalam perutnya.

“Okay, nanti saya tuntut. Sama-sama, tak ada hal. Hati-hati lepas ni, buat masa ni better awak berteman.” Dia sempat pula berikan pesanan.

Alright! Eh, tu macam kereta abang Haq la Yunus. Saya masuk dulu nanti dia soal siasat saya, bye!” Maryam terus berlari keluar setelah melambai ke arahnya.

Haidan menggelengkan kepala sambil tersenyum. Gadis itu sudah berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Kereta Q pula masih berada di luar rumah.

Tiba-tiba, pintu kereta di tempat sebelah pemandunya dibuka oleh seseorang. Q selamba saja melangkah masuk dan melabuhkan duduk di situ.

“Assalamualaikum, adik ipar!” Lelaki itu mesra menyapa. Terlalu mesra masalahnya!

“Waalaikumussalam, Q.” Mereka bersalaman seketika. Ewah, gaya Haidan sekarang ini seperti lelaki melayu terakhir.

Sopan santun anak melayu!

“Bukan nak menyibuk tapi kenapa Maryam tiba-tiba balik dengan kau tadi? Ada apa-apa jadi ke?” Q menyoal sambil memeluk tubuh.

Haidan menelan liur. Jujur sajalah, Haidan.

“Tadi, saya nampak ada seorang lelaki ikut dia dari pejabat pos. Sampailah Maryam dah setel urusan dekat situ pun saya masih nampak dia ikut Maryam. Kebetulan, saya ada urusan dekat area sini tadi...”

“... Saya nampak Maryam duduk dekat perhentian bas, tak lama tu lelaki tu datang dekat Maryam. Dia orang bertekak dan lelaki tu cengkam dagu Maryam. Saya terus tumbuk dia, tak fikir apa-apa dah. Baru lelaki tu pergi.” Bersungguh Haidan bercerita.

Haidan melihat Q sudah menggenggam buku limanya. Telinga lelaki itu sudah merah. Marah gamaknya. Gila tak marah, adik kena kacau kut!

“Beraninya lelaki tu kacau adik aku! Dia belum kenal pahlawan Melaka copy ori ni lagi. Mujur kau ada, dude. Terima kasih selamatkan Maryam...”

“... Walaupun dia ada silat, Maryam tetap ada perasaan takut. Lately ni Maryam cakap sepupu dia yang psiko tu asyik mesej dia hantar ugutan.” Q membalas pula.

Haidan sudah mengerutkan kening. Nampaknya, Chairil sudah lama mengekori Maryam. Lelaki itu pun sudah berani menghantar mesej, menganggu Maryam.

Haidan buntu. Apa yang perlu dia buat sekarang ini? Dia risaukan Maryam, sungguh.

“Kalau Maryam ada bukti dan kita ambil mesej tu sebagai bukti, sepupu Maryam tu dah boleh kena tahan.” Haidan memberitahu.

Q angguk kepala sekali. Musykil pula Haidan ni sebenarnya polis ke Ketua Pegawai Teknologi?

“Setuju. Lagipun, kalau makin lama dibiarkan aku takut dia kacau pula keluarga kami. Dan, kau sekali sebab dia dah kenal kau hari ni.” Q mengeluarkan hujahnya.

Biasa dia tengok dalam drama Korea, selalunya macam tulah.

“Betul juga. Sekali lagi dia kacau Maryam, tak boleh biarkan dah. Kena panggil polis on the spot.” Haidan membalas dengan wajah serius.

“Betul, aku dengan abang-abang aku tak selamanya boleh jaga Maryam. Hmm, kau suka dia tak Yunus? Serious talk soalan aku ni.” Q menyoal pula, memandang Haidan dengan raut wajah serius.

Telinga Haidan automatik bertukar merah. Dah kenapa tiba-tiba terasa seperti diserang dengan soalan itu?

“Jujurnya, suka.” Haidan menjawab setelah jeda beberapa saat.

Q menepuk tangan sekali.

“Aku dah agak! Plan aku dengan Lekir, kita orang nak Maryam kahwin supaya ada orang boleh jaga dia. Maryam daripada dulu hidup dalam bahaya. Buat masa ni, kau tackle la dulu hati Maryam tu. Insya Allah, tak susah mana...”

“... Nanti kalau kau dah yakin, kau masuk meminang dia. Kalau Maryam bantah, tak apa kita orang boleh pujuk dia. Kau banyakkan doa la Maryam lembutkan hati. At least, bila dia dah bersuami kita orang tak risau sangat.” Q menepuk bahu Haidan beberapa kali.

Haidan tersentak. Terasa seperti dipinang la pula. Untuk berkahwin tu  memang tersenarai dalam perancangan tetapi bukan dalam masa yang terdekat.

Bila mengenangkan hidup Maryam yang sentiasa diburu, membuatkan dia rasa perlu melindungi gadis itu secara sah pula.

What should I do, Allah?

“Muka tu jangan cuak sangat, aku tak suruh kau kahwin dengan Maryam esok pun. Ke kau tak bersedia lagi? Atau, masalah duit?” soal Q bertalu-talu.

Okay dan sekarang barulah Haidan bersetuju dengan Maryam. Haidan ketawa kecil menutup canggung.

“Dah bersedia cuma risau perasaan Maryam aje. Kalau bab duit, tak ada masalah. Saya pun dah stabil sekarang.” Haidan membalas dengan penuh yakin.

Yalah, biasanya orang dewasa seperti dia seharusnya sudah ada sebuah rumah, kereta atau motor juga pekerjaan.

Haidan pernah baca beberapa tweet di Twitter, anak-anak muda zaman sekarang kahwinnya mahu, tanggungjawab tak mahu. Diri sendiri pun tak berapa stabil sudah berani mahu tanggung anak orang.

Bila sudah rasa susah, mulalah bercerai-berai atau abaikan tanggungjawab. Itu yang isu bankrap meningkat dalam kalangan orang muda. Nauzubillah!

Tiada kesedaran. 

“Kau takut Maryam reject kau la ni? Apa nak risau, taste Maryam tu semuanya macam kau. Rupa ada, agama ada, harta pun ada. Lepas tu, umi aku pun nampak macam berkenan aje dekat kau.” Q menepuk bahu Haidan lagi sambil ketawa.

“Tak adalah, Q.” Haidan menyangkal. Mak, malunya!

“Balik ni kau istikharah la banyak-banyak. Ada apa-apa call aku, ni kad aku. Aku keluar dululah, cau!” Q sudah meminta diri sambil melangkah keluar daripada keretanya.

Haidan balas dengan anggukan dan dia terus menghidupkan enjin. Dia perlu berjumpa seseorang!
























TBC
160323

thank you bacaa!

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now