MANGSA ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati. Bapa mangsa menangis teresak-esak ketika mengebumikan mangsa. Ibunya pula pengsan ketika membuat pengecaman mayat.Seluruh tubuh mangsa dibelah dan suspek mengambil kesemua organ di dalam tubuh mangsa. Haidan pasti, untuk dijual. Yalah, organ manusia bukannya murah.
Suspek disabitkan kesalahan membunuh. Motifnya ialah kerana dendam, mangsa merupakan bekas kekasihnya.
Jadi, suspek tidak berpuas hati ketika ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Suspek pula sudah berusia 20 tahun dan dikenakan hukuman gantung sehingga mati.
Kes pembunuhan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Akta 574 yang membawa hukuman gantung sampai mati.
“Terima kasih, Haidan, Ray,” ucap seorang pegawai polis yang masih muda namun sudah berpangkat besar.
“Sama-sama. Kami hanya membantu mana yang kami mampu.” Ray menjawab, merendah diri.
“Tapi, kau orang memang gempak la. Bijak!” Pegawai polis yang memakai tag nama Aiden itu memuji pula.
Haidan dan Ray tersengih sambil menundukkan sedikit kepala mereka.
“Biasa-biasa saja. Terima kasih!” ucap Ray lagi.
“Sama-sama. Nak balik dah ke? Hati-hati dekat jalan tu karang dapat surat saman pula.” Aiden mengusik membuatkan mereka berdua tersengih sebelum meminta diri untuk pulang.
Pulang ke pejabat yang tidak jauh mana dari balai polis, mereka disambut dengan ucapan tahniah. Siap ada banting lagi, bukan main! Hud Jibril tersengih-sengih sambil memegang sebuah kotak sederhana besar.
Bukan main meriah! Selama ini kalau ada kes yang berjaya diselesaikan pun, sekadar tahniah di mulut. Tak adanya bos rajin hendak membuat majlis kecuali majlis perpisahan atau bulanan.
Ini kena sampuk ke apa? Haidan memandang Ray di sebelah dan Ray mengangkat bahu. Tak lain tak bukan ini idea Hud. Mamat tu bukan berapa betul sangat, unexpected!
“Tahniah adik ipar dan Ray! Ini hadiah untuk kau orang.” Hud tersengih-sengih lalu menyerahkan sebuah kotak sederhana besar tersebut.
Yang memegang banting di belakang pula seperti sedang menyimpan tawa. Siapa lagi kalau bukan kembar Luqman dan Hakim, Ilhan, Zack, Zachary, John, dan ramai lagi. Mesti ada plan keji mereka ni.
“Hmm, terima kasih. Peliknya kau orang hari ni.” Ray membalas sambil menyambut kotak tersebut. Mak ai, boleh tahan berat! Ada emas berapa kilo agaknya.
“Okay, semua dah boleh sambung kerja! Yang nak balik, boleh balik.” Hud berkata sebelum kembali ke pejabatnya.
Ya, pekerjaan mereka memang tak tentu masa. Untuk pekerja yang memegang posisi selain ahli TMS seperti akauntan, kerani, sumber manusia, dan lain-lain memang bekerja mengikut masa.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...