HARI itu, Maryam baru sahaja pulang dari menghantar tempahan biskutnya kepada pelanggan. Sedikit lambat daripada biasa, itu pun ada Zahid membantu. Zahira pun turut ada sekali. Cef Damien pula apa lagi, sibuk di dapurlah dia.Salam diberi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu yang sedikit terbuka.
"Assalamualaikum." Maryam memberi salam sambil menanggalkan kasutnya.
"Waalaikumussalam." Suara seseorang menjawab dengan lemah menarik perhatian Maryam.
Nafisha sudah terbaring lemah di atas sofa sambil meletakkan tangan di atas kepala. Macam orang berpuasa pun ada!
"Kau kenapa ni, Fisha?" soal Maryam sambil menyentuh dahi Nafisha. Sejuk saja, tak ada tanda-tanda orang demam pun.
"Aku rasa aku kena food poisoning la, Mar." Nafisha mengadu sambil membuat wajah sedih. Gaya sakit sangat tu!
"Lah, kau makan apa?" soal Maryam lagi sambil mencekik pinggang.
"Entah, tak ingat." Nafisha menjawab sambil tersengih.
"Ni dah makan ubat belum? Kejap ya aku buatkan bubur." Maryam bertanya lagi, mula dah gaya mak-mak dia keluar.
"Dah. Okay, terima kasih Mar." Nafisha tersengih-sengih sebelum kembali memejamkan mata.
"Sama-sama." Maryam bangun daripada duduk lalu menanggalkan tudungnya. Kaki mengorak langkah ke dapur dan Maryam menyusun bahan-bahan untuk memasak bubur.
Bubur ayam pun sedap juga.
Setelah siap memasak, Maryam mencedok semangkuk bubur lalu dibawa ke hadapan iaitu ruang tamu. Dia meletakkan mangkuk tersebut di atas meja kopi.
"Fisha, bangun. Ni makan dulu bubur aku buat ni. Sedap ni!" Maryam sempat masuk bakul angkat sendiri. Bahu Nafisha disentuhnya. Sekali panggil, gadis itu sudah bangun sebelum duduk bersila.
"Makan eh, aku nak mandi dulu." Maryam ingin bangun namun ditahan pula oleh Nafisha. Terus dia memandang wajah Nafisha dengan kening yang terangkat.
"Boleh tolong aku tak?" soal Nafisha sambil tersengih. Minah ni, sengih saja kerjanya!
"Apa dia? Kalau aku mampu, aku tolonglah." soal Maryam sambil menatap anak mata Nafisha yang penuh berharap.
"Mandi la dulu. Lepas tu, aku beritahu." Jawapan Nafisha membuatkan Maryam membesarkan matanya, memandang Nafisha dengan garang.
Nafisha hanya tertawa sambil melepaskan pegangannya pada tangan Maryam. Maryam angguk dan berlalu masuk ke dalam biliknya.
Usai sahaja mandi dan menyarungkan baju tidur sebelum memakai telekung bagi bersedia untuk mendirikan solat maghrib, telefon pintarnya berbunyi nyaring.
Isa Gedik is calling...
Memandang saja nama itu, kening Maryam akhirnya bertaut. Dah kenapa pula lelaki ini menelefonnya? Mungkin sebab dah lama tak melihat Maryam gamaknya.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...