y b m 7

272 25 11
                                    


HAIDAN dan Ray memandang ke arah sesama sendiri. Bibir Haidan bergerak menyoal Ray tentang siapa lelaki itu dan Ray membalas dengan mengangkat bahu. Manalah dia tahu, ingat dia biasa lepak situ ke?

“Kau orang cari siapa?” soal lelaki itu lagi sambil menghembus asap rokok elektronik miliknya ke udara.

“Kami bekerjasama dengan polis, cari mangsa yang hilang. Mangsa hilang dalam hutan tapi kami syak mangsa diculik.” Haidan menjawab laju apabila Ray mendiamkan diri.

“Dan kau rasa mangsa dikurung di sini?” soal lelaki itu pula. Haidan membalas dengan anggukan.

“Beberapa hari lepas, Remy kawan aku ada bawa guni masuk sini. Remy tu biasa lepak sini. Jom, ikut aku.” Lelaki itu mengajak Haidan dan Ray menaiki tingkat atas. Kilang ini pula mempunyai tiga tingkat.

“Boleh percaya ke dia ni?” bisik Ray pada Haidan, berharap hanya Haidan saja yang dengar.

“Nampak macam baik, percaya jelah. Apa-apa call rescue.” Haidan menjawab. Hatinya sendiri pun was-was sebenarnya tetapi kakinya masih mengikut langkah lelaki tadi.

Di tingkat dua, kosong. Tiada apa-apa melainkan botol-botol yang berselerak. Terdapat juga kad judi yang berterabur.

“Hmm, tak ada. Mana budak Remy tu menyorok?” soal lelaki tadi, lebih kepada menyoal diri sendiri.

Mereka naik pula ke tingkat tiga. Juga kosong! Tingkat tiga pula sudah tidak beratap maka mungkin penagih dadah tidak melepak di situ.

“Kau siapa sebenarnya?” soal Haidan kepada lelaki itu.

“Aku Hizman. Aku anak kepada pemilik tapak kilang yang terbengkalai ni. Aku yang benarkan budak-budak penagih tu lepak sini cuma aku tak join dia orang.” Lelaki yang bernama Hizman itu mengaku pula.

Haidan mengangkat kening kanannya. Boleh percaya ke tidak ni? Entah-entah semuanya dusta. Lelaki ini mungkin boleh menjadi saksi jika pelaku dan mangsa berjaya ditemui.

Mereka kembali menuruni tingkat satu. Haidan mengucapkan terima kasih kepada Hizman atas pertolongannya. Ray pula separuhnya ikhlas, separuhnya tidak.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang memegang cangkul di tangannya muncul di tingkat satu. Haidan dan Ray memandang ke arahnya pelik. Haidan kenyit matanya ke arah Ray, tanda menyuruh lelaki itu menghubungi pihak berkuasa.

“Man, cakap dengan siapa tu?” soal lelaki yang berpakaian lusuh itu. Wajahnya kelihatan seperti ketakutan. Seolah baru saja usai melakukan kesalahan.

“Oh, ni member aku. Dia orang ni geng paranormal. Acah acah youtubers ni.” Hizman sengih ke arah lelaki itu dan Haidan tersenyum hambar.

Kena cap youtubers pun bolehlah daripada Hizman memberitahu hal sebenar.

“Oh!” Singkat lelaki itu membalas sebelum tergesa-gesa berlalu ke arah belakang kilang.

“Eh, hilang dah! Weh, itulah Remy.” ujar Hizman sambil memandang ke arah belakang kilang. Lelaki itu meminta diri untuk ke belakang kilang sebentar.

Seminit berlalu dan pihak polis tiba dengan begitu pantas cuma siren tidak dibunyikan dek tidak mahu pelaku melarikan diri.

“Kepung belakang kilang! Suspek disyaki membunuh dan menanam mangsa di sana!” Haidan memberi arahan sebelum memasuki sebuah ruangan di tingkat satu.

“Ray, sini!” Haidan memanggil Ray ke arahnya. Dia yakin dan pasti, ada ruangan bawah tanah di situ.

“Dekat sini, ada ruangan bawah tanah. Cuba kau tengok simen ni. Ada bentuk segi empat tepat. Jom, kita cuba korek.” Haidan cuba membuka ruangan tersebut menggunakan pisau yang dia ada.

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now