RUTIN harian kembali menjadi normal sebaik sahaja pulang daripada berbulan madu di Indonesia. Awal-awal lagi Maryam dah ucapkan selamat tinggal kepada kesenangan dan ketenangan di sana.
Kuliahnya akan bermula pada minggu hadapan. Maka, pagi ini awal-awal lagi Maryam sudah bersilat di dapur demi menyiapkan sarapan buat suami tercinta. Acewah!
Mihun goreng dengan telur mata kerbau berbentuk hati dihidangkan di atas meja makan.
Setelah bermalam di rumah Umi Teja sehari, mereka pulang ke rumah sendiri dek kerana suaminya sudah mula bertugas seperti biasa.
“Yunus, jom makan.” Maryam mempelawa sambil membancuh coklat panas buat suaminya.
Lelaki itu masih sibuk membetulkan tali lehernya. Maryam membantu suaminya apabila tali leher suaminya sedikit senget. Yunus tersengih diperlakukan sebegitu, laju saja dia mencuri ciuman Maryam pada dahi.
Perutnya dicubit sekali. Sekali pun sakitnya amat terasa! Boleh lebam ni, memang Haidan mahu telefon teledera. Tapi, tak sampai hati apabila si pelaku adalah isteri pemilik jantung hati.
“Sakitlah, sayang.” Haidan mengadu sakit sambil mengatur langkah menuju ke meja makan.
Daripada tadi lagi dia menahan lapar apabila hidungnya menangkap bau yang sangat enak. Sejak berkahwin, barulah terasa rumahnya ini benar-benar hidup.
Betullah kata kakak dan abang iparnya. Berkahwin dan barulah dia faham erti hidup bertambah lengkap. Alhamdulillah, semuanya dari Allah.
“Padan muka, nakal lagi!” Itu saja balasan Maryam. Dia membawa jag kecil berisi coklat panas ke meja makan.
“Sedapnya bau sayang masak. Terima kasih. Nanti kalau ada lebih, saya nak bawa bekal sikit boleh?” soal Haidan sebelum menadah tangan membaca doa. Maryam turut ada menemani.
“Sama-sama, mestilah boleh. Nanti lunch awak balik tak?” soal Maryam pula. Sebelum-sebelum ini suaminya selalu saja pulang sewaktu tengah hari.
“Mungkin tak, sayang. Saya ada nak jumpa klien. Minta maaf ya, sayang. Masak untuk awak je tapi jangan masak maggi saja pulak.” Dia tak mahu isterinya jatuh sakit pula.
“Oh, iya ke? Tak apalah kalau macam tu. Tak ada apa yang nak dimaafkan pun la.” Maryam membalas, sesuap mihun goreng dikunyah.
“Yalah, nanti sayang kena makan seorang je.” Haidan membalas, turut sama mengunyah.
“Tak apa, Mar tak mengada macam orang tu.” Maryam memerli sambil tersengih. Sengaja bergurau dengan suami, yalah nanti rindu! Eleh.
“Oh, perli kita eh?” Haidan menghirup air buatan isterinya sambil mengerling tajam ke arah buah hati.
Dah pandai menyakat nampak!
“Siapa makan peria, dialah yang rasa pahitnya.” Maryam cipta peribahasa baru. Dia berlalu ke arah dapur sambil tertawa kecil dan kembali ke meja makan dengan bekas kecil.
“Ewah, buat peribahasa sendiri nampak!” Haidan membalas. Terasa tau apabila disindir!
Maryam menyenduk mihun goreng dengan penuh hati-hati dan kasih sayang. Matanya curi-curi memandang ke arah suami yang sibuk memakai cufflink.
Melihat suaminya terkial-kial, Maryam berikan bantuan sekali lagi. Terus saja hilang rajuk di hati berganti taman yang berbunga. Manja!
“Thank you, sayang. Dah lambat ni, saya gerak dulu. Jumpa petang nanti.” Haidan mencapai beg kerja miliknya sesudah membasuh pinggan walaupun sejuta kali dilarang Maryam.
![](https://img.wattpad.com/cover/329243096-288-k86257.jpg)
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...