SETELAH melilit tudung bawal, Maryam mengenakan sedikit solekan nipis pada wajahnya. Maryam tidak mengupah sesiapa menjadi juru soleknya, kelmarin pun kakak iparnya, Kak Haira yang mengenakan solekan pada wajahnya.
Dan hasilnya memang cantik!
Maryam melihat wajahnya pada biasan di cermin. Cukuplah ni, cukup sejuk mata memandang. Sudah besar dia rupanya!
Tiba-tiba, Maryam terkenang perbualannya kelmarin dengan orang yang juga pernah membesarkan dia. Pak su Carl.
“Maryam, pak su minta maaf ya? Pak su bersalah sangat dengan Mar. Maafkan pak su sebab seakan tak peduli dengan apa yang berlaku kepada Mar.” ujar Pak su setelah dia dan Yunus selesai dinikahkan.
“Pak su, Mar yang sepatutnya minta maaf sebab lari dari rumah pak su. Tanpa izin pak su. Maafkan Mar, pak su sebab pergi macam tu saja. Seolah tak hargai pak su.” Maryam bersuara lirih.
“Tak apa, Mar buat pilihan yang tepat. Pak su minta maaf bagi pihak Hakeem. Pak su sendiri tak tahu apa yang dia buat pada Mar selama ini. Pak su bersalah sangat pada Mar. Mujur suami kamu dah beritahu pak su. Itu yang pak su ada dekat sini hari ni...”
“... Mujurlah dia dah meringkuk dalam penjara. Jangan risau, pak su takkan jamin dia. Biarlah dia bertaubat dalam penjara sana. Mungkin didikan pak su belum cukup untuk anak-anak pak su.” Kolam mata lelaki separuh abad ini mula berkaca-kaca.
Ada penyesalan di sebalik anak mata itu. Maryam tahu, pak su Carl sedih sangat dengan perangai anaknya. Yang seorang lagi, jauh di negara orang sana.
“Pak su tak salah. Malah, Mar sangat berterima kasih dengan pak su sebab besarkan Mar. Sebab beri Mar kasih sayang yang selayaknya. Mar bersyukur ada pak su.” Maryam berkata dengan ikhlas. Anak matanya turut berkaca-kaca.
Yunus hanya mendengar tanpa menyampuk sepatah pun. Dia setia memeluk bahu Maryam.
“Sama-sama, Maryam. Pak su sayangkan Mar macam anak pak su sendiri ya? Pak su harap Mar dapat cari kebahagiaan sendiri. Yunus, pak su tak minta banyak...”
“... Cukup jangan lukakan hati puteri pak su dan jaga dia baik-baik ya? Pak su yakin dengan kamu. Pak su doakan kamu bahagia sampai ke syurga.” Pak su Carl memeluk dia dan suaminya.
Bahu Yunus ditepuk perlahan.
“Pak su minta diri dulu. Insya Allah, esok pak su datang majlis kau orang. Tahniah ya, Mar dan Yunus.” Lelaki itu meminta diri dengan senyuman nipis.
“Terima kasih pak su.” ucap Maryam dan Yunus sebelum lelaki itu berlalu dengan kereta miliknya.
“Fikirkan apa tu, sayang?” soal Yunus membuatkan bahunya terangkat akibat tersentak.
Yunus kekal dengan sengihan di bibir. Suaminya kelihatan segak dengan persalinan baju melayu berwarna biru langit, songkok di kepala beserta samping yang melilit pinggang.
Maryam pula memilih untuk memakai abaya sedondon dengan Haidan beserta tudung bawal berwarna krim cantik terletak di kepala.
“Tak ada apalah, teringat pak su aje.” Maryam membalas sambil membetulkan butang baju melayu Haidan.
“Nasib pak su, kalau lelaki lain abang merajuk tau!” Haidan membalas sambil ketawa. Sengaja mahu mengada!
“Eleh, manja!” Itu balasan Maryam dengan pakej jelingan manja ke arah Haidan sebelum mereka sama-sama melangkah keluar daripada bilik itu.
×××
MAJLIS yang diadakan di Dewan Hang Tuah, Masjid Tanah, Melaka itu gamat dengan alunan selawat dan zikir juga suara-suara tetamu yang hadir.
Jumlah tetamu hampir mencecah seribu lebih akibat majlis belah perempuan dan lelaki diadakan serentak. Alang-alang sudah satu negeri, sekali harung sajalah.
Sedari tadi tetamu tidak putus-putus hadir dan mengambil gambar bersama pasangan yang masih berada di pelamin. Lagi lima minit sebelum masa bersanding tamat, bolehlah Haidan dan Maryam makan beradab.
Oh, pengapit! Luqman yang menjadi pengapit lelaki manakala Laila menjadi pengapit perempuan. Laila merupakan sepupu Maryam, belah Umi Teja.
Pada asalnya, Hakim yang beria-ia mahu menjadi pengapit tetapi lelaki itu sakit perut la pula! Boleh pula terkena food poisoning kelmarin. Terpaksalah Luqman menjadi pengapit terjun!
Maka, yang namanya Luqman kembar Hakim memang susah hendak senyum. Tetamu pun complain kerana kebanyakan gambar lelaki itu berwajah serius saja.
Gayanya seperti menghadiri perkahwinan ex girlfriend saja! Tapi, kalau dengan Laila boleh pula tersenyum senget. Nampak sangat ada hati tu!
Maryam pula tak ada kawan baik perempuan, rupa Nafisha pun dia tidak nampak. Padahal, dia ada saja hantar kad jemputan. Pergi ke luar negara gamaknya.
“Pengapit boleh pergi rehat dan makan, pengantin pun sama. Boleh turun makan beradab.” Haq memberi arahan daripada bawah.
Laju saja Maryam dan Haidan bangun. Dah kebulur benar gamaknya! Urat senyum pula hampir terputus.
“Duduk, sayang.” Haidan menarik kerusi untuk isterinya. Tangan menadah, membaca doa.
Ahli keluarga yang lain turut makan bersama. Bulan yang bertugas sebagai jurugambar tidak habis-habis menangkap gambar. Dah berapa ribu keping hari ni?
Maryam tersenyum malu. Terpaksalah dia menelan nasi tomato bersama ayam masak merah dengan penuh sopan santun dan ayu.
Banyak lagi menu sebenarnya. Bermacam jenis! Nasi goreng kampung, mi goreng kawah, spageti, pasta, bihun sup, laksa, aiskrim, ABC durian, buah-buahan, creampuff, kek batik dan bermacam lagi.
Ini pun Yunus sudah menolong Maryam ambilkan bermacam jenis manisan. Siapalah yang nak habiskan ni? Memang Maryam sumbat dalam mulut Yunus saja nanti.
Selesai saja makan, Yunus mengenalkan Maryam kepada seluruh ahli keluarganya yang semestinya ramai sangat! Biasalah, Puan Hashimah saja ada tujuh adik beradik.
Semua pula tu hadir!
Maryam turut memperkenalkan keluarganya dibantu oleh Abang Haq kerana ramai juga yang Maryam tidak kenali. Abang Haq pula memang peramah jadi semua makhluk di bumi ini kenal dengannya.
Hiperbola sungguh!
Majlis tamat pada pukul enam setengah petang. Tetamu pula sudah beransur pulang. Yalah, takkan mahu berkenduri sampai maghrib. Huhu. Kaki Maryam pun sudah naik lenguh, akibat menyapa hampir semua tetamu tadi.
“Sayang okay ke? Penat ya?” soal Yunus, penuh prihatin. Dia memandang Maryam yang wajahnya terpancar kepenatan.
“Penat tapi masih okay. Abang okay ke nak bawa kereta ni?” soal Maryam, sambil mengelap peluh Yunus dengan tisu di tangan.
“Okay aje. Lagipun, bukan jauh mana rumah ibu.” Ya, mereka akan bermalam di rumah Puan Hashimah sehari dua sebelum pulang ke rumah Yunus.
Selepas itu, mereka terus bertolak ke Terengganu untuk bercuti sambil berehat sepuas-puasnya.
“Okay la kalau macam tu.” Maryam angguk kepala sambil membiarkan Yunus memasang tali keledar untuknya.
Perjalanan lima belas minit bermula untuk ke rumah ibu mentuanya dengan lagu-lagu cinta yang berputar di radio.
TBC
030623
thank you masih membaca!
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...