MARYAM membuka mata. Terasa cahaya matahari menerjah kornea matanya bertalu-talu membuatkan Maryam mengelipkan mata berkali-kali.
Maryam memandang ke arah sekeliling. Eh, sekejap! Dia sedang berada di mana? Biliknya di rumah Umi Teja bukanlah begini. Sudah sah lagi sahih yang Maryam berada di hospital. Bau ubat yang mencucuk-cucuk hidungnya memberi kepastian.
“Awak dah sedar?” soal suara itu membuatkan Maryam memandang ke arahnya. Haidan Yunus!
“Ya, wide awake. Saya pengsan ke?” soal Maryam, memandang ke arah Haidan yang wajahnya sudah berkerut risau.
“Haah, saya terus bawa awak datang sini dengan umi.” Haidan menjawab sambil anggukkan kepala beberapa kali.
Okay, sekarang Maryam sudah ingat! Di rumah anak yatim itu, Haidan ada berikan dia cucur yang Maryam tak pasti ramuan di dalamnya. Pasti ada udang, haiwan yang paling Maryam alergik!
Saat saja cucur tersebut singgah di tekaknya, Maryam sudah sesak nafas sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. Maryam, memalukan la!
“Terima kasih.” Maryam berkata ikhlas. Kalau tidak kerana Umi Teja dan Yunus di depan mata ini memang naya la Maryam!
“Sama-sama. Saya minta maaf, saya tak tahu pula dalam tu ada udang dan awak alergik udang. I'm so sorry, Maryam.” Haidan meminta maaf, memandang raut wajah Maryam yang agak pucat.
“Don't be sorry, bukan salah awak.” Maryam membalas beserta senyuman nipis. Maryam memandang ke arah belakang, manalah tahu ada orang lain ke?
“Oh, umi awak pergi surau tadi. Awak ada nak apa-apa makanan ke? Saya boleh belikan.” Haidan mempelawa. Sebelum Umi Teja ke surau, dia terlebih dahulu ke sana sebelum Maryam sedarkan diri.
“Eh, tak apa. Saya kenyang lagi.” Maryam menjawab sambil tersenyum. Mereka tidak berdua di situ, ada lagi dua orang pesakit lain di wad itu dengan keluarga mereka.
“Okay. Kita tunggu umi awak kejap, lepas tu awak dah boleh discharged. Tapi, kena ambil ubat dulu.” Haidan memberitahunya.
Maryam menganggukkan kepala beberapa kali.
“Awak ada alergik apa-apa lagi ke?” soal Haidan lagi, tidak selesa jika hanya jeda yang menemani mereka. Dia tidak mahu Maryam berasa tidak selesa dengannya.
Mahu saja Maryam jawab, alergik dengan Yunus apabila lelaki itu terlampau prihatin dengannya. Maryam malu tahu tak?
“Tak ada, udang je. Entah kenapa.” Maryam mengangkat bahu. Sedari kecil lagi sebenarnya.
“Nak luruh jantung saya bila awak sesak nafas tadi. Mujur saya tak ikut sama pengsan. Jenuh umi!” Haidan bercerita pula membuatkan Maryam ketawa dengan mimik muka lelaki itu.
Penuh emosi betul!
“Kalau luruh, tak ada siapa nak kutip.” Maryam membalas membuatkan Haidan pula tertawa kecil.
“Maryam dah sedar ke Yunus?” soal satu suara yang sangat Maryam kenali. Wajah Umi Teja menjengah mata.
“Dah, umi. Dah boleh bersembang ni.” Maryam yang menjawab sambil ketawa kecil.
“Nasib baik! Risau betul umi tadi. Mujur Yunus ni cepat-cepat bawa kamu ke sini. Mar nak apa-apa tak? Kita berkemas dulu ya, Mar dah boleh keluar ni.” Panjang lebar Umi Teja membebel.
Maryam memandang Haidan dan lelaki itu hanya tersenyum nipis memerhati.
“Mar nak balik aje. Okay, umi.” Maryam bangun daripada perbaringan dan mengemas katil seketika. Dia melangkah masuk ke dalam tandas bagi menukar baju.
Selesai menguruskan diri, Maryam melangkah keluar dari tandas. Mereka keluar bersama-sama dari wad tersebut berlalu ke arah kaunter.
Umi Teja sibuk melakukan pembayaran dan mengambil ubat. Puas juga Umi Teja berebut dengan Haidan.
Lelaki itu berasa bersalah kerana menjadi punca Maryam berada di sini, mahu bertanggungjawab katanya padahal Maryam sama sekali tidak menyalahkan dia.
Akhirnya, Haidan menghantar mereka pulang sehingga ke hadapan rumah.
“Terima kasih, Yunus. Terima kasih untuk hari ini. Saya hargai semuanya,” ucap Maryam ikhlas.
Umi Teja pula sudah berlalu masuk ke dalam rumah dengan barang yang dibawa Maryam ke rumah anak yatim tadi.
Haidan terasa bahang di wajahnya.
“Sama-sama. Tak ada hal la. Saya minta maaf juga sebab buat awak sakit. Ni ada hadiah daripada saya. Happy birthday, Yam.” Haidan menyerahkan sebuah beg kertas kepadanya.
Maryam memandang Haidan dengan mata yang membulat. Sungguh, dia terasa berat mahu menerima pemberian daripada Haidan. Sudah banyak yang lelaki itu lakukan untuknya.
“Yunus, bukan apalah tapi dah banyak yang awak buat untuk saya hari ni. Awak dah buatkan majlis untuk saya, dah oder macam macam. Susahkan awak, Yunus.” Maryam menutur kata dengan berhati-hati.
Terasa bersalah pula apabila melihat wajah kecewa Haidan. Dia tak mahulah digelar kaki kikis pula nanti!
“Maryam, kan saya dah cakap tadi? Saya macam ni dengan orang yang saya suka, saya selesa saja. Jadi, awak tak perlu rasa bersalah atau apa. Saya memang ikhlas, Maryam. Ini hadiah untuk hari lahir awak, sebagai tanda kita berkawan,” ujar Haidan panjang lebar.
Cause you remind me of her, Maryam.
Habis berbahang wajah Maryam! Akhirnya, terpaksa jugalah dia terima. Barulah kembali senyuman di bibir merah lelaki di hadapannya.
“Terima kasih, Yunus. Tak tahulah macam mana saya nak balas kebaikan awak.” Sebak di dada Maryam makin menggila. Dia terasa sangat dihargai oleh lelaki ini.
“Banyak kasih awak saya terima hari ni. Boleh overdose! Bahaya tahu?” Haidan ketawa lagi.
“Ke situ pulak!” Yunus dengan mulut manisnya, agak merisaukan.
“Saya balik dulu, Yam. Terima kasih juga sebab sudi jadi kawan saya.” Haidan sempat berkata sebelum masuk ke dalam keretanya.
“Sama-sama!” Maryam kuatkan suara, bimbang lelaki itu tidak mendengar.
Maryam melambai tangan apabila perlahan-lahan kereta milik Haidan berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Dia berlalu masuk ke dalam rumah setelah itu.
Haidan meneruskan perjalanan ke sebuah masjid di kawasan Masjid Tanah. Tibanya di situ, Haidan melangkah ke kawasan perkuburan yang berada bersebelah Masjid Ar-Ridhuan.
Haidan menghampar sebuah tikar yang sentiasa berada di dalam keretanya lalu melabuhkan punggung di situ. Surah Yassin dibuka lalu dibacakan buat arwah kawan baiknya.
Tekun Haidan membaca, tidak sedar langit yang sudah berubah mendung. Haidan menyudahkan bacaan hingga ke ayat yang terakhir. Dia menadah tangan membacakan sepotong doa.
“Lit, dah tiga tahun kau tak ada kan? Cepat masa berlalu. Kau nak tahu, Lit? Aku ada jaga seorang perempuan ni, perangai dia serupa dengan kau...”
“... She remind me of you a lot, Jelita. Benda tu membuatkan aku tertarik nak kenal dengan dia. Dia baik, tapi dalam masa yang sama dia boleh belasah lelaki kau tahu? Ya, macam kaulah...” Suara Haidan bertukar sebak.
“... Aku dah lama tak rasa macam ni. Jadi, aku harap aku dapat jaga dia selama-lamanya. Aku sukakan dia, Lit walaupun kita orang baru saja kenal...”
“... Tak apalah, Lit. Nanti aku datang sini lagi. Aku selalu doakan kau, Lit.” Tangan Haidan mengusap batu nisan yang tertulis nama Jelita Adara binti Jasni di situ.
Haidan mengatur langkah, berlalu dari kawasan tanah perkuburan itu dengan hati yang sarat dengan rindu.
TBC
080323okay siapaa jelita adara ni gaes? tak sabar nak konflik muahehehe. thanks baca, bro.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...