LEWAT petang, barulah suaminya muncul di hadapan pintu rumah dengan plastik merah berisi takoyaki di tangan. Mungkin beli di pasar malam memandangkan hari itu merupakan hari Jumaat.
Segaris senyuman manis tetap terukir di bibir suaminya walau badan sudah terasa letih buat hati Maryam terasa sungguh hangat.
Oh, Tuhan terlalu baik dengannya kerana menganugerahkan lelaki ini buatnya. Setelah kehidupannya yang sebelum ini sangat berliku-liku, pertemuan dengan Yunus membawanya ke sebuah jalan yang lurus.
"Assalamualaikum, sayang. Nah, your favourite!"
Maryam tak tahu nak menangis terharu atau menari tango apabila menerima bungkusan plastik tersebut. Suaminya macam tahu-tahu saja yang dia mengidam benar.
"Waalaikumussalam. Awak ni, susah-susah aje. Lewatnya awak balik." Maryam mencium tangan kekar suaminya sebelum lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.
"Tak ada susahnya kalau untuk awak, Yam. Tadi, sesak sikit. Ada kemalangan." Cerita Yunus serba ringkas.
Haidan memandang ke sekeliling rumah. Sangat bersih, tiada langsung habuk. Semuanya dilap sehingga berkilat. Rumah yang terasa suram dan muram dulu tampak ceria semula. Bau pun wangi dan nyaman. Inilah agaknya perasaan mempunyai orang rumah.
Terisi.
"Bersihnya rumah. Terima kasih sebab kemaskan. Kalau sayang nak tambah perabot, cakaplah. Boleh kita pergi IKEA," ucap Haidan, tak lupa untuk menghargai isterinya setiap saat.
"Sama-sama, dah jadi tanggungjawab saya. Boleh aje!" laju Maryam bersetuju. Dia memang pantang kalau diajak ke situ, boleh pekena meatball!
"Okay, cun!"
"Awak dah solat asar ke? Kalau belum, naiklah mandi dan solat dulu. Kalau dah, nak makan saya boleh panaskan lauk." Maryam mempelawa, duduk di samping Haidan dan hulurkan segelas jus oren.
"Dah solat, singgah surau tadi. Saya naik mandi dululah, lepas maghrib kita dinner sama-sama." Haidan membalas setelah meneguk segelas jus tersebut.
Maryam angguk kepala sekali sebelum menerima kucupan pada bahagian ubun-ubun. Cis, menyempat saja! Mata kembali fokus menonton drama kegemarannya di kaca televisyen.
Risik pada hati, lakonan Umi Nazeera. Memang layan la!
Sibuk melayan drama, kepala pula sibuk melayang mengingatkan baju yang belum dibasuh. Baju tersebut semuanya baju kerja suaminya. Maryam pula sejenis tunggu baju hampir penuh bakul, barulah basuh. Kes nak jimat elektrik dan tenaga.
Baru saja memanjat tangga, Maryam terdengar perbualan suaminya dengan seseorang. Lelaki yang biasanya kelihatan tenang itu, nampak sedikit stres di mata Maryam.
"Aku bukannya tak mahu join Ops kita yang baru tu tapi aku sibuk sikit. Lagi satu, benda ni melibatkan nyawa. Kau kena faham, aku baru saja kahwin."
Maryam intai sedikit dan nampak wajah suaminya kelihatan gusar. Lelaki itu berdiri menghadap jendela.
"Insya Allah, kita akan menang. Takkan kalah kalau ada Allah yang sentiasa tolong. Tak ada aku tak bermakna kita akan tumpas. John, benda ni semua jihad. Kalau meninggal pun, syahid."
"Iya, selama ni pun sebab Dia yang tolong. Bukan sebab ada aku atau ahli lain yang hebat. Tetap Dia juga yang lebih hebat. Tak elok kau cakap macam tu, John."
Suaminya menggaru kepala yang tidak gatal, menyebak rambut ke belakang dengan sebelah tangan. Kusut masai jadinya rambut lelaki itu.
"Kalau tak ada apa-apa, insya Allah aku join tapi selagi aku tak beritahu isteri aku, aku tak dapat pastikan. Tapi kalau kes culik dekat Masjid Tanah tu aku boleh join."
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...