“MARYAM, bangun sayang. Balik berehat dekat rumah ya?” Dengar saja suara itu, Maryam terus mencelik mata. Tak sedar pula yang dia sudah terlentok di sisi Yunus.
“Abang?” Bukan suaminya tetapi wajah Umi Teja memenuhi ruang kornea mata. Alahai, dia tengah syok bermimpi berjalan tepi pantai dengan anak mereka.
Dia nampak anaknya lelaki tadi. Oh my gosh, boy anak ibu!
“Oh, umi. Umi baru sampai ya?” Maryam mencium tangan Umi Teja. Wanita separuh abad itu mengukir senyuman.
“Ya, sayang. Mar baliklah dulu ya dengan acik. Dah lama Mar dekat sini, balik berehat ya. Tu bawah mata dah gelap tu. Kasihan dekat anak tu.” Umi Teja sudah mula mahu membebel.
Dia risaukan kesihatan anaknya sahaja. Bimbang kalau tidak cukup tidur nanti, lain pula yang jadi. Sudahlah hendak ke kuliah lagi.
“Tapi, umi...” Belum sempat Maryam berkata-kata, Umi Teja sudah memotong habis!
“Tak ada tapi-tapi, Mar sayang. Umi boleh tengokkan suami kamu. Tak apa, nanti datanglah sini balik. Pergi rehat sekejap. Umi risau tengok kamu ni.” Umi Teja menyentuh bahu Maryam dengan lembut.
“Baiklah, umi. Mar balik sekejap ya?” Maryam mencapai beg tangannya, juga plastik berisi sampah.
Baru sahaja dia melangkah hendak ke pintu keluar, Maryam mendengar satu bisikan suara yang garau. Sangat perlahan.
“Mar... Yam?” Suara itu menyebabkan Maryam bergenang air mata dan laju saja melangkah ke arah suaminya di atas katil. Beg dicampak ke atas sofa sahaja.
“Abang? Abang dah sedar ya? Alhamdulilah, syukur!” Maryam mengucup tangan dan pipi suaminya.
Anak mata berwarna hitam itu memandang ke arahnya dengan tunak.
“Alhamdulilah, menantu umi.” Umi Teja laju sahaja mencapai telefon pintar, menghubungi keluarga suaminya.
“Acik pergi panggil doktor sekejap.” Abang Haq sudah berlalu keluar.
Tangan suaminya naik menyentuh kepala. Ada air jernih yang bergenang pada mata suaminya. Maryam laju saja menyeka sebelum membantu suaminya untuk duduk.
“Abang nak air ya?” Maryam tuangkan air masak ke dalam gelas lalu disuap pada suaminya.
Sekali teguk, habis. Maryam isikan lagi dan sekali teguk, habis. Suaminya benar-benar dahaga setelah hampir tiga hari tidak menyedarkan diri.
Maryam memeluk tubuh suaminya dan suaminya membalas pelukan itu. “Mar rindu sangat dekat abang. Mar takut kehilangan abang.” Tuhan sahaja tahu betapa bersyukurnya Maryam saat ini.
“Abang pun rindu. Abang minta maaf ya? Sayang jangan risau, abang okay.” Haidan mengusap kepala isterinya, merenung tunak ke dalam anak mata isterinya.
Pelukan dilepaskan. Pintu diketuk, masing-masing memandang ke arah pintu sebelum Dr. Hadeed melangkah masuk. Lelaki itu memberi salam seperti biasa.
Masing-masing menjawab salam.
“Saya cek Encik Haidan sekejap ya.” Lelaki itu meminta izin sebelum melakukan tugasnya. Mata dan nadi Haidan dicek. Tekanan darah juga diambil. Beliau menanggalkan kain yang membalut kepala suaminya.
“Alhamdulilah, tiada apa-apa yang serius. Cuma, pastikan Encik Haidan tak buat kerja-kerja yang berat dan jangan bekerja lagi buat masa seminggu ni...”
“... Insya Allah, esok Encik Haidan dah boleh discharge. Saya akan sediakan ubat untuk Encik Haidan. Saya minta diri dulu.” Dr. Hadeed menundukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu.
“Terima kasih, doktor.” ucap Maryam sebelum Dr Hadeed berlalu pergi. Maklumlah, beliau sibuk.
“Maryam, Yunus, umi nak ke tandas sekejap lepas tu umi nak melawat pekerja umi dekat bawah.” Umi Teja turut meminta diri.
“Okay, umi. Hati-hati.” Maryam bersalaman dengannya.
“Abang nak makan? Tadi acik ada belikan bubur.” Maryam mempelawa, mencapai sudu. Dia menarik kerusi, merapati suaminya.
“Nak! Sayang study okay ke?” soal Haidan, mengelus lembut pipi isterinya. Aduhai, rindu benar!
“Okay aje, baru hari pertama.” Maryam tersengih sebelum menyuap bubur kepada suaminya. Lega hatinya apabila Haidan berselera untuk makan.
Dia pernah baca artikel mengenai seorang lelaki yang kemalangan menyebabkan concussion. Sebaik sahaja selesai dirawat di hospital, lelaki itu berubah sikap.
Daripada seorang yang penyabar jadi baran. Hendak buat apa-apa pun, lelaki itu lupa. Sentiasa mengharapkan orang lain. Maryam bimbang benar suaminya jadi begitu.
Mujurlah tiada apa-apa yang serius berlaku. Syukur untuk itu.
“Sayang kenal tak kawan abang? Dia warded juga dekat sini. Zachary nama dia. Is he okay, dia dah stabil ke?” soal Haidan, memandang ke arah isterinya yang cantik berselendang putih.
Oh, Maryam serba salah benar hendak beritahu!
“Tak, bang. Minta maaf ya tapi dia baru sahaja meninggal kelmarin dulu.” Maryam menjawab, dia mengelap tisu menggunakan sudu. Semangkuk bubur sudah licin.
“Allahuakhbar, innalilah wa innailahi raji'un.” Haidan meraup wajahnya beberapa kali dengan air mata jernih yang menemani kelopak matanya.
“Tak pernah dalam sejarah, ada ahli TMS meninggal dunia ketika melakukan operasi. Tak pernah, sayang. Ini kali pertama dan abang terkilan sangat-sangat. We are fail to protect him, at least as his brother.” Air mata Haidan murah saja menuruni pipi.
Maryam mengusap bahu suaminya. Sedaya upaya ingin menenangkan suaminya.
“It's not your fault, abang. Inilah takdir untuk dia, kan? Abang tahu, kan? Dia pertaruhkan nyawanya demi negara, abang.” Maryam cuba memujuk seperti selalunya Haidan memujuk dia..
“Tapi, abang tak sempat buat penghormatan terakhir untuk arwah. Ya Allah, abang terkilan sangat. Dekat situ, semua orang tengah bertarung dengan maut juga...”
“... Waktu Ilhan minta tolong untuk selamatkan Zach, abang lari pergi dekat mereka tapi at the same time, kepala abang kena hentak. Abang terus tak sedar diri.” Haidan bercerita dengan sebak.
“At least you tried to save him, don't you? Jangan rasa bersalah lagi, kalau arwah tahu mesti dia sedih. Tak ada sesiapa yang nak salahkan sesiapa abang.” Maryam mengusap rambut suaminya.
“Betul, tapi macam mana penerimaan keluarga dia? Zachky macam mana? Zack mesti sedih sangat, itu satu-satunya adik yang dia ada.” Haidan bertanya lagi, mengharapkan jawapan daripada bibir Maryam.
Zachky satu-satunya abang kepada Zachary, sikap mereka sama. Mereka saling menjaga setiap kali operasi cumanya ketika Ops Teratai, Zachky tidak dapat sertai. Dia ingin menyambut kelahiran anak sulungnya.
Sesal.
Sesal sekali.
“Keluarga arwah terima, mereka reda tetapi untuk move on, agak payah.” Maryam usap lagi bahu suaminya.
“Nanti abang dah discharge, kita melawat kubur arwah ya? Untuk sedih tu boleh, tapi jangan berlarutan lebih 3 hari ya, abang. Abang kan kuat.” Maryam memberi kata pujuk lagi.
“Abang cuba. Abang dah anggap mereka di TMS yang lagi muda daripada abang tu macam adik sendiri. Ilhan mesti paling terkesan, dia paling rapat dengan Zach.” Haidan menarik isterinya erat ke dalam pelukan.
Saat-saat ini, dia masih memikirkan orang lain. Tapi, memang itu sikap semulajadi dirinya. Tak berdaya rasanya hendak menghadap wajah muram Ilhan. Bimbang juga dirinya kalau lelaki itu menarik diri daripada terus menjadi ahli TMS.
Ya Allah, kau kuatkanlah hati seorang Ilhan Zafiq. Kau tempatkan Ilham Zachary dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin.
Heal.
TBC
020923hm hm 😭🤚🏻
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...