PUSARA di hadapannya direnung lama. Surah Yasin diletak di dalam beg tangan. Tangan mencapai jag besar yang berisi air lalu air dituang ke atas pusara tersebut.Maryam menahan diri sendiri daripada mengalirkan air mata. Namun, tumpah jua akhirnya. Dia menyeka dengan hujung lengan baju.
Sebegini singkat Tuhan pinjamkan seorang ibu juga ayah buatnya. Tapi, seperti pesanan ibu Allah itu takkan pernah kejam dengannya.
Untuk itu, Maryam bersyukur.
Walau Tuhan sudah mengambil ibu dan ayahnya pulang, Tuhan pinjamkan dia lagi dengan seorang bapa saudara yang masih ada simpati dengannya.
Pak su Carl setia menunggu di sisinya. Ibu saudaranya yang lain pula sudah lama pulang. Pak su Carl ni pula, seorang duda anak dua.
Setelah ini, Maryam akan tinggal dengan bapa saudaranya. Mujur ada seorang pembantu rumah di rumah lelaki itu jadi bukan Maryam satu-satunya wanita yang tinggal di banglo mewah itu nanti.
Namanya Mak Yah.
Setelah lama berada di kawasan perkuburan itu, Maryam akhirnya mengikut bapa saudaranya pulang walaupun hatinya berat meninggalkan kawasan tersebut.
×
KAKI tak cukup panjangnya berlari laju tanpa tujuan dengan sebuah beg di tangan. Kadang, matanya menoleh ke belakang. Takut-takut jika sepupunya yang gila itu mengejarnya pula.
Nafasnya tercungap-cungap meminta oksigen diisi ke dalam tubuh. Akhirnya, kakinya terhenti di sebuah perhentian bas.
Air mata yang menitis dilap lagi dan lagi. Mahu saja Maryam mempersoalkan mengapa takdirnya ditulis sebegini pilu. Tetapi, Maryam tahankan saja.
Sabar, Maryam.
Cahaya lampu daripada sebuah kereta berhenti di hadapannya membuatkan mata Maryam sedikit silau. Seorang gadis yang seusia dengannya turun daripada kereta tersebut.
Maryam cukup terpaku saat itu.
"Ya Allah, Maryam!" Gadis itu terbuntang melihat Maryam dengan baju yang agak lusuh.
Keadaan Maryam ketika ini sangat membuatkan tangkai hatinya dihentak simpati.
"Nafisha... Kau Nafisha kan?" soal Maryam dengan suara yang tersekat-sekat menahan tangis.
"Ya, aku Nafisha. Kau kenapa ni? Apa dah jadi? Kau okay tak?" soal Nafisha bertalu-talu sebelum menarik tubuh Maryam ke dalam pelukannya.
Tudung bawal Maryam pula sudah senget-benget.
"Aku lari dari rumah pak su aku. Ada jantan gila cuba buat benda tak elok pada aku. Aku apa lagi, silat la dia!" Maryam membalas.
"Tak berubah eh kau ni?" Nafisha menyoal sambil ketawa kecil. Maryam memang ahli silat, sangat handal walaupun bertubuh kecil molek.
Orang kata, kecil-kecil cili padi.
"Kenapa kau duduk rumah pak su kau? Mak ayah kau mana?" soal Nafisha pula sambil menghulurkan air. Melihat keadaan Maryam, tumpah rasa simpati lagi dan lagi.
"Mak ayah aku dah lama tak ada." Maryam menjawab sambil tersenyum hambar.
"Tak apalah kalau macam tu, sorry eh tanya. Aku tak tahu. Ni, kau lapar tak? Jom aku bawa pergi makan." Nafisha menyoal lagi.
Maryam angguk sambil tersenyum malu. Dah gaya gadis sunti!
"Ala, tak payah malu-malu sangatlah. Jom, ikut aku!" Nafisha menghulurkan tangan, memberi bantuan. Maryam sambut jua tangan itu akhirnya.
Dan, di situ Maryam semakin mengenali kehidupan yang sangat mengerikan. Ada sisi gelapnya dan ada juga sisi pelanginya.
note ; prolog bukan sambungan bab 1.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...