MARYAM menulis nota buat Nafisha. Beberapa keping not bernilai RM 50 turut ditinggalkan bersama sebagai budi baik Nafisha buatnya selama ini. Beg yang berisi pakaian turut dibawa bersama sebelum tubuhnya melangkah keluar daripada rumah sewa milik Nafisha.Salam Fisha,
aku minta diri dulu, minta maaf tak tunggu kau. aku pergi tak jauh pun, jangan risau. terima kasih untuk budi baik kau untuk aku. aku tak marahkan kau cuma lebih baik kau terima offer jadi duta daripada buat kerja tak berfaedah tu ya? duit ni ambil ya buat beli make up :)
bye,
maryam humaira aka bini do kyungsooTeksi yang menunggunya sedari tadi dinaiki untuk ke sebuah stesen bas. Tak menunggu lama, pemandu teksi itu memecut laju setelah diarah Maryam.
Tak lama perjalanannya, Maryam tiba di sebuah stesen bas. Dia memandang ke arah sekeliling, memastikan jejaknya tidak dapat dikesan sesiapa. Bimbang jika Kuhan ke Chairil Hakeem atau Nafisha sendiri muncul di hadapannya.
Memang mati la nak!
Akhirnya, Maryam menaiki sebuah bas apabila diyakini bas itu yang ditempahnya untuk ke kota Melaka. Kota yang penuh dengan sejarah lama. Bukan saja sejarah lama tetapi juga sejarah hidupnya. Gitu!
Dia ke Melaka untuk mencari seseorang. Lagipun, Maryam sudah tak mahu bersubahat dengan Nafisha.
Maryam mengambil tempat duduk yang berada paling belakang dan paling hujung di sebelah tingkap. Beberapa bungkus roti yang berada di dalam begnya sebagai bekalan kecemasan, dijamah.
Beberapa minit berlalu, bas belum bertolak dan tidak ada yang duduk di sebelahnya bermakna tempat duduk di sebelahnya memang tidak berpunya.
Dengan senang hati Maryam menyumbat earbud ke dalam telinganya sebelum mendengarkan lagu di playlist miliknya. Seraya Maryam teringat akan perbualan yang lebih kepada perbincangannya dengan Cef Damien.
“Really, Maryam? Awak baru kerja dekat sini tak sampai seminggu dan sekarang nak berhenti dah?” soal Damien dengan wajah yang sukar dipercaya.
“Ya, cef. Kan saya dah cakap, saya kerja dekat sini tak lama. Lagipun, saya ada masalah sikit. Kena hidup nomad.” Maryam tersengih mengutarakan alasannya.
“Masalah apa yang sampai kena hidup nomad tu? Cuba jelaskan pada saya, mana tahu saya boleh bantu,” pelawa Damien pula.
“Saya most wanted sekarang ni, cef. Ramai tengah cari saya!” Sengaja Maryam menambahkan unsur saspens pula.
“Eh, Maryam. Awak buat jenayah apa ni? Awak ni scammer ke? Saya report polis sekarang eh, abang saya polis!” ugut Damien sambil menekan nombor 999 di telefon pintarnya.
Maryam ketawa bebas. Kelakar juga bosnya. Ingatkan serius saja.
“Gelak pulak! Cepatlah, betul-betul ke ni?” soal Damien tidak berpuas hati.
“Eh ya Allah, saya bukan penjenayah la! Seumur hidup saya, tak pernah buat jenayah tahu? Masalah saya tu besar, memerlukan saya untuk pergi dari sini. Saya tak boleh tinggal dekat KL ni lagi dah.” Maryam bersuara lirih, memancing simpati Damien.
“Hmm, yalah. Saya percaya. Jadi, lepas ni awak nak pergi mana? Daripada siapa yang awak tengah lari sekarang ni?” soal Damien sambil memeluk tubuh. Kembali ke mod serius.
“Saya bertolak ke Melaka esok. Cef jangan bagitahu siapa-siapa tau selain 3Z. Saya tengah lari daripada masalah sambil selesaikan masalah.” Berbelit-belit pula bicara Maryam.
Sekarang ni memang Maryam sedang berlari. Lari daripada Nafisha kerana tak mahu terlibat dengan gadis itu lagi. Juga lari daripada Kuhan. Selain mereka, dia juga sedang lari daripada Chairil Hakeem.
Silap-silap, dia bakal masuk ke jeriji besi akibat mencederakan lelaki itu. Matilah nak! Tapi, Maryam mencederakan Hakeem kerana mahu mempertahankan diri. Maka, dia tidak akan dihukum bersalah. Kan?
“Awak ni makhluk paling pelik saya pernah jumpa, tahu? Tak apalah, saya cuba faham. Sebabkan awak pekerja saya yang berdedikasi, saya percaya awak bukan penjenayah bersiri...
“... Hati-hati esok. Nak pergi jauh tu. Dekat Melaka pun ada bakeri ni tahu. So, bolehlah cuba nasib di cawangan sana pula.” Sempat Damien memberitahu.
Maryam ketawa kecil.
“Baiklah, cef. Terima kasih! Terima kasih juga untuk gaji bulan ni walaupun separuh. Saya kenang jasa cef pada saya.” Maryam mengucapkan dengan ikhlas sambil tersengih.
“Ya, sama-sama. Kalau awak tak berhenti, mesti dapat full.” Damien membalas pula.
“Saya minta diri dulu, chef. Terima kasih!” Maryam terus hilang daripada pandangan mata Damien.
Berat Damien hendak melepaskan pekerja rajin dan cekap seperti Maryam tetapi tak apa. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Ceh!
Akhirnya, Maryam terlena dalam perjalanan ke Melaka. Tak sedar apabila terlalu lama dia mengelamun dengan lagu Patah Seribu yang sedang terpasang.
Dengan menggunakan duit gajinya, Maryam menetap di sebuah hotel tiga bintang buat semalaman. Pemandangan yang menghadap Menara Taming Sari itu mampu menenangkan hatinya.
Esok, Maryam akan bertolak pula ke Masjid Tanah, Melaka. Maryam yakin, orang yang dicarinya masih tinggal di sana. Dahulu sewaktu ibu dan ayahnya masih ada, mereka pernah membawanya ke Masjid Tanah.
Hari sudah terlalu gelap, itu yang Maryam memilih untuk bermalam di situ dahulu. Esok dia akan meneruskan perjalanannya tanpa berputus asa. Tapi, perkara yang pertama dibuat mestilah mencari kerja.
Kantuk menyapa dirinya untuk merehatkan diri di atas sebuah katil yang sangat empuk. Selamat malam, dunia.
TBC
230123805
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...