y b m 6

293 29 10
                                    

SETELAH keluar makan malam bersama Nafisha, Nafisha meneruskan perjalanannya ke rumah sewanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH keluar makan malam bersama Nafisha, Nafisha meneruskan perjalanannya ke rumah sewanya. Maryam sangka singkat sahaja, rupanya jauh ke Kuala Lumpur sudah dia tiba.

Dek tertidur, Maryam tidak sedar pula dia sudah berada di kota metropolitan. Matanya memandang Nafisha di sebelah yang sibuk memandu. Sedar dirinya diperhatikan, Nafisha tersenyum ke arahnya.

Nafisha sekarang bukan main cantik. Gadis itu mengenakan blaus yang agak seksi, mendedahkan bahunya. Kalau dulu, Nafisha masih bertudung tapi sekarang, entah melayang ke mana. Tanpa banyak bicara, Maryam mendoakan gadis itu berubah.

“Kau kerja apa, Mar?” soal Nafisha apabila memandang wajah Maryam yang agak lesu.

“Kerja kilang. Penat sikit, biasalah kadang kena overtime.” Maryam membalas sambil tersenyum hambar.

“SPM kau gempak apa dulu? Kenapa tak sambung belajar?” Nafisha terlajak kata, salahnya bertanya tentang hal yang sangat sensitif. Tambah pula, mak dan ayah Maryam sudah meninggal dunia.

“Tak naklah menyusahkan Pak su. Dia sara aku pun dah besar rahmat. Duit untuk sambung belajar tu pandailah aku cari.” Maryam menjawab dengan hati yang sudah tabah.

Sedari dulu lagi Maryam mengimpikan untuk belajar di sebuah universiti tempatan yang terbaik di Malaysia namun impian tinggal impian. Impian itu telah basi saat Tuhan mengambil mak dan ayahnya pulang.

Baru sahaja Maryam berazam untuk membalas jasa mereka, tapi Allah lebih sayangkan kedua-dua insan terpenting dalam hidupnya. Akhirnya, di sinilah Maryam. Berjuang untuk meneruskan pahit manis kehidupan.

Semoga Allah menempatkan mereka berdua di kalangan orang yang soleh dan solehah.

“Maaf, Mar. Tak patut aku tanya soalan tu. Sorry tau!” Nafisha berasa bersalah pula.

“Tak apalah, Fisha. Aku tak ambil hati pun.” Maryam menjawab tenang.

Nafisha pula membelok ke arah kiri yang membawa mereka ke sebuah kawasan perumahan yang agak mewah.

Maryam kagum sendiri. Rasanya dulu Nafisha juga berasal daripada golongan yang biasa-biasa saja. Namun sekarang, semuanya sudah berubah nampaknya. Mungkin Nafisha mempunyai kerja yang hebat.

Malas Maryam hendak bertanya jika Nafisha tidak bercerita. Segan hendak mengambil tahu hal orang lain. Akhirnya, Nafisha memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah.

“Mar, boleh kan buat masa ni kau duduk dengan aku? Aku risau dengan kau.” Nafisha cuba memujuk. Setelah apa yang diceritakan oleh Maryam, Nafisha risau pula.

Bimbang jika lelaki tak guna itu mencari Maryam. Dengan nyawa dia sekali dalam bahaya.

“Fisha, nanti menyusahkan kau pula?” Itulah yang Maryam bimbangkan. Maryam sanggup merempat daripada dihina kerana menyusahkan orang.

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now