DISEBABKAN panggilan yang tiba-tiba dari pihak bakeri, cuti-cuti pun Maryam terpaksa bergegas ke sana disebabkan urusan yang terlalu mendadak.
Boleh pula ada pelanggan yang membuat tempahan last minute. Berangin jugalah Cef Damien tu dibuatnya. Sekali Maryam pun berangin disebabkan cutinya terganggu.
Maryam sibuk menyediakan bahan-bahan membuat cheese tart dibantu oleh Zahira dan juga Zalikha. Cef Damien turut turun padang sebelum pulang beberapa jam kemudian. Katanya, ada urusan keluarga.
Dengar cerita daripada 3Z, chef mereka tu sudah mahu menamatkan zaman bujang la katanya. Entah benar ataupun tidak, selagi tiada siapa menerima sebarang jemputan selagi itulah Maryam tak berani membuat andaian.
Peluh di dahi dilap dengan kain yang dicapai. Penat jugalah menyediakan tart perisa strawberry dan juga blueberry yang ditempah.
Ini kali pertama Maryam membuat cheese tart. Harapnya, sedaplah mengikut cita rasa pelanggan. Beberapa biji cheese tart yang disediakan sebagai taster diletakkan di dalam balang buat 3Z merasa.
Mujurlah pelanggan hanya meminta lima buah kotak iaitu sebanyak 150 biji saja. Buatnya dia minta tiga belas kotak? Memang Maryam bersilat di dapur ini jawabnya.
“Mar, dah siap ni. Kau baliklah dulu. Susun dalam kotak ni kita orang boleh buatkan.” Zahira menghalang Maryam daripada terus sibuk membuat kerja.
“Eh, tak apalah. Bukannya susah pun.” Maryam menjawab pula sambil meneruskan kerjanya yang tergendala.
Lagipun, Cef Damien awal-awal lagi sudah meminta maaf kepada mereka semua dan akan membayar gaji lebih buat bulan itu bagi tempoh bekerja separuh masa hari ini.
“Mar, ada orang tunggu kau dekat luar. Kau baliklah dulu kalau macam tu.” Zahid pula beri ayat gaya menghalau.
“Siapa?” soal Maryam pula dan Zahid membalas dengan menggelengkan kepala tanda dia tidak tahu sebelum menyambung kerjanya.
“Mar balik dululah, Ika, Ira.” Maryam meminta diri sambil menggalas begnya sebelum mengorak langkah keluar daripada dapur bakeri.
“Okay, Mar. Hati-hati.” Sempat Zahira memberi pesanan manakala Zalikha hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Seronok mungkin kerana hari ni bos mereka memberikan gaji.
Zalikha memang pendiam orangnya. Berbeza dengan Zahira yang agak ramah. Zahid tu pula sedang-sedang. Kadang ramah, kadang selesa mendiamkan diri. Misteri pun ya.
Berbalik kepada si penunggu Maryam, Maryam menolak pintu sebelum matanya tertancap kepada seorang lelaki yang segak memakai kot berwarna kelabu.
Siapa ni? Mr. Grey jadiankah? Tak semena-mena nama drama kegemaran Maryam terlintas di dalam mindanya.
Apabila terasa seseorang berada di belakangnya, lelaki itu memalingkan wajahnya sekaligus menatap Maryam lama.
“So, you are Maryam?” soal lelaki itu membuatkan bibir Maryam terkunci buat beberapa saat. Kelu lidah mahu menjawab.
“Ya, saya Maryam. Encik ni siapa?” soal Maryam. Manalah tahu lelaki ini menjual insurans. Maaflah, Maryam dah ada insurans. Takaful punya!
“Saya Tengku Firhan. Boleh panggil Kuhan. Sepatutnya pertemuan kita pada hari ni tak terjadi disebabkan kawan awak dah batalkan...”
“... Tapi, disebabkan saya dah bayar jadi kita tetap akan berjumpa.” Satu senyuman senget diberi buat Maryam.
Longgar skru lutut Maryam mendengar bait-bait perkataan yang meluncur daripada bibir Kuhan tu. Bukan disebabkan oleh gaya bahasanya seperti guru bahasa Melayu tetapi penjelasannya itu.
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...