y b m 36

185 17 11
                                    

HARI terakhir di Negeri Sembilan juga di Resort Kejora, Port Dickson. Hari terakhir jugalah Haidan mengajak Maryam membawa Hafisya dan Hakim menelusuri di sebuah pantai.

Sebaik sahaja tiba, kawasan pantai tidaklah terlalu penuh dengan pengunjung. Angin pula sedang-sedang, tidak ribut yang mampu menerbangkan tudung. Haha.

Maryam membetulkan topi yang dipakai oleh Hafisya. Hakim pula mahu didukung oleh Haidan. Tak padan dengan berat yang semakin meningkat.

Pantai ini diberi nama Pantai Cahaya Negeri. Maryam merasakan nama itu diberi dek kerana cahaya matahari yang memancar ke arah wajahnya tetapi bahangnya tidak begitu terasa.

"Maryam?"

Dia yang sibuk mengambil gambar bersama dua kanak-kanak itu mengalih perhatian ke arah Yunus. Sesaat, lelaki itu mengambil gambar mereka bertiga tanpa langsung dia bersedia.

Ceh, ingat candid la tu!

"Yunus, padam!" Maryam memberi amaran tetapi tidak diendahkan oleh Yunus.

"Eh, gambar ni cantik apa? Tak payahlah. Boleh buat kenangan ni." Haidan tersengih menampakkan gigi. Suka benar mengusik Maryam!

"Suka hatilah." Maryam malas melayan. Dia sibuk melayan perasaan sambil memegang tangan Hafisya dan Hakim.

Lelaki itu malah sibuk dengan kamera DSLR miliknya.

"Maryam, Sya, Kim, jom makan aiskrim?" Haidan mengajak, jari menunjuk ke arah gerai aiskrim yang berhampiran.

"Jom, pak su!" Hafisya seronok sehinggakan menarik tangan Maryam.

Maryam angguk setuju. Mereka duduk terlebih dahulu sementara Haidan sibuk memesan. Cuaca tidak begitu panas tetapi apabila sampai aiskrim di tekak pun sedap juga.

"Terima kasih," ucap Maryam ikhlas setelah Haidan muncul kembali dengan membawa empat batang aiskrim.

"Thank you, pak su!" ucap Hafisya dan Hakim serentak. Seronok betul budak berdua ini menikmati aiskrim sehingga comot habis wajah!

"Tumpang tanya dik, ini isteri kau ke ke?" Tiba-tiba, suara seorang lelaki menyapa meja mereka membuatkan Maryam berpaling.

Seorang lelaki, berketinggian seperti pemain bola keranjang, dengan kamera di tangan. Gaya-gaya jurugambar juga.

"Err..." Haidan terkelu mahu menjawab. Kalau dia mengaku ya, agak-agak kena pelangkung dengan Maryam ke tak?

Haha!

"Mestilah isteri kan? Boleh tak aku nak minta tolong sikit?" Lelaki itu terus memotong percakapan Haidan.

Maryam memandang dengan raut wajah tidak percaya. Hei, sejak bila dia pegang status isteri dan naik pangkat menjadi puan ni?

"Nak minta tolong apa tu?" soal Haidan seraya berdiri dan mendekati lelaki itu.

"Aku photographer kawasan sini, kedai aku tengah buat promosi sikit tapi tak ada model la pula. Boleh tak aku nak minta tolong kau dengan wife posing tepi pantai tu?" soal lelaki tersebut.

Haidan automatik tersenyum manakala Maryam yang mendengar pula sudah membesarkan biji matanya.

Apa ni?!

"Eh, sure! Boleh kan, Maryam? Mestilah boleh. Jom, jom!" Haidan laju saja bersetuju sambil menggamit tangannya ke arah Maryam.

"Sya dengan Kim tunggu sini eh?" Maryam sempat menitipkan pesanan sebelum mereka berlalu ke tepian pantai.

"Aku nak ambil dalam empat ke lima take macam tu aje. Untuk take yang pertama ni, kita candid dulu. Kau orang acah-acah berbual dulu." Lelaki itu memberi arahan.

Haidan angguk dan menaikkan ibu jarinya kepada jurugambar itu.

"Sorry, Maryam." Yunus meminta maaf kepadanya sambil tersengih.

Cair hati Maryam, automatik sejuk kembali dengan melihat wajah redup Yunus.

"Kali ni aje saya maafkan awak." Terpaksalah Maryam memaafkan.

"Okay, done! Untuk gambar yang kedua, kita ambil gambar formal. Kau orang berdiri sebelah-sebelah dan senyum paling manis!" Lelaki itu memberikan arahannya lagi, gaya profesional.

Maryam dan Haidan akur. Senyuman tetap terukir walau ada rasa kekok yang muncul tetapi berjaya dikawal. Berdebar bagai nak gila dada Maryam tika itu.

"Done! Gambar yang ketiga, kau orang pegang tangan ke cium dahi ke pula tapi masih style yang sama." Arahan diberikan lagi dan wajah Maryam berubah.

"Bang, kita orang sebenarnya tak kahwin pun lagi. Itu anak buah saya. So, free style je boleh?" pinta Haidan, dia sangat hormatkan Maryam.

"Oh, iya ke? Kau orang nampak macam pengantin baru sangat! Sorry tapi tak apa, aku ada bunga ni. Kejap!" Lelaki itu mengambil sesuatu daripada dalam begnya.

Bouquet bunga diberikan kepada Maryam.

"Jadi, awak pegang hujung tangkai bunga ni, kau pula pegang bahagian atas tangkai ni. Nampak aje macam bersentuhan tapi insya Allah tak tersentuh." Lelaki itu tersenyum.

Wajah Maryam yang putih mula bertukar rona. Dia memberikan bunga itu kepada Haidan sebelum mereka sama-sama memegang tangkai bunga itu.

Berjaya! Fuh, sesak nafas Maryam dibuatnya. Haidan pula tampak bahagia sungguh. Ewah, ingat tengah shooting untuk album nikah barangkali ya?

"Gambar keempat ni, kau melutut depan dia untuk bagi bunga tu. Boleh?" pinta lelaki itu.

Haidan angguk. "Boleh." Dia menyahut. Sudah bersedia di dalam posisi.

Suka melihat wajah Maryam yang kelihatan merona merah. Sisi lain yang lebih feminin Maryam tunjukkan hari ini.

"Okay, cun!" Gambar diambil beberapa kali.

"Last take! Kali ni, free style. Ikut suka hati kau orang nak buat gaya apa." Lelaki itu memberi kebebasan pula.

"Kita buat saranghae yang besar tu boleh? Saya belah kanan, awak belah kiri." Haidan meminta sambil membuat wajah simpati.

"Tak nampak macam lover sangat ke nanti?" soal Maryam, ingin saja dia menangis di sini. Umi, Maryam malu umi!

"Apa salahnya?" soal Haidan dengan nada mengusik. Seronoknya mengusik crush!

Akhirnya, Maryam pasrahkan diri saja. Malas mahu bertelagah dan dia takkan menang sekali pun. Jurugambar lelaki itu pula seronok saja tersengih-sengih mengambil gambar.

Bencinya!

"Done! Thank you so much, kau orang. So, aku Bulan. Hadiahnya, kau orang contact je aku anytime aku boleh jadi photographer untuk semua jenis event yang kau orang buat. Lebih bagus, kalau event wedding kau orang." Bulan seronok juga mengusik.

"Sama-sama, Lan!" Mereka berdua berjabat tangan sebelum lelaki itu bisikkan sesuatu di telinga Haidan yang membuatkan dia tertawa.

"Aamiin, terima kasih juga bro. Nanti gambar tu boleh hantar kat aku juga." Haidan meminta pula. Bulan laju saja bersetuju.

"Sama-sama, dude. Aku gerak dulu ya. Terima kasih juga model perempuan kita!" Bulan melambaikan tangan ke arah mereka berdua.

Sama-sama hanya mampu diungkapkan dalam hati Maryam saja. Tebal mukanya sudah lima inci dirasakan. Mahu saja dia benamkan wajah dalam pasir pantai.

"Okay, jom sambung makan aiskrim." Yunus beriak tenang yang menimbulkan ketidakpuasan di dalam hati Maryam. Seperti itu hanya perkara yang normal.

Dia pula yang terlebih malunya!






















TBC
270423

trimas baca!

ya yang tak seronoknya kita yang single kat sini ;)

yunus buat maryam© Where stories live. Discover now