“GAMBAR ni milik aunty ke?” Maryam menyoal wanita separuh abad di hadapannya dan dia yakin gambar itu milik wanita ini.
“Eh, mana kamu jumpa? Ya, ini gambar aunty. Terima kasih ya.” Wanita yang bernama Hashimah itu tersenyum mesra.
Wanita ini merupakan pelanggan setia butik Umi Teja ini. Cuma, ini kali pertama dia hadir ke sini. Cerita wanita ini, selalunya anak atau menantunya yang selalu ambilkan tempahannya.
“Gambar ni saya jumpa dekat depan butik ni, terjatuh agaknya. Sama-sama, aunty.” Maryam menjawab dengan bibir yang masih tersenyum.
“Oh, itulah masa tu aunty tengah buka dompet. Tak perasan gambar ni tercicir.” Ringkas wanita itu bercerita.
“Oh, patutlah. Maaf bertanya, tapi saya rasa kita pernah berjumpa la aunty.” Maryam menukar topik, agak lama juga dia memerhatikan wajah wanita di hadapannya ini.
Sekilas wajah ini mengingatkan dia kepada seseorang.
“Iya ke? Aunty pun rasa macam pernah tengok juga muka kamu ni. Atau, kamu kenal tak seseorang bernama Haidan Yunus?” duga wanita itu pula.
“Kenal! Aunty ibu Yunus ke?” soal Maryam dengan mata yang membulat.
Uh, oh! Dah gaya jumpa mak mertua pula dia.
“Haah, aunty la ibu Haidan Yunus. Kamu rupanya gadis yang anak aunty tunjukkan gambar tu. Cantik lagi kalau jumpa berdepan. Patutlah anak aunty berkenan.” Puan Hashimah mula memuji.
Dia menyentuh telapak tangan Maryam. Maka, tersipu sakan la Maryam!
“Tak adalah, aunty.” Pendek balasan Maryam dengan wajah yang sudah merah padma.
“Haidan ada la ajak aunty jumpa dengan kamu tapi itulah selalu aje tak ada masa. Kebetulan, datang sini dapat jugak jumpa dengan kamu.” Wanita itu membalas dengan senyuman lebarnya.
“Saya faham, aunty.” Maryam tersengih.
“Alang-alang kita dah berjumpa ni, boleh aunty tanyakan soalan sikit?” soal wanita itu lagi.
“Boleh, aunty.” Maryam membetulkan duduknya. Bersedia mahu menjawab segala persoalan Aunty Hashimah, ceh!
“Haidan selalu ceritakan kepada aunty tentang kamu sebenarnya. Pasal yang dia sangat cinta, sayang dan hormatkan kamu. Cuma, dia takut kamu tak kongsi perasaan yang sama dengannya...”
“... Dia ada minta aunty hantar rombongan meminang. Aunty tak boleh beritahu bila pada kamu sebab katanya nak buat kejutan. Tapi, aunty harap Maryam bersedia untuk hari itu...”
“... Soalan aunty, Mar ada apa-apa perasaan pada anak aunty? Sejujurnya, aunty juga teringin nak ada menantu yang baik macam kamu.” Aunty Hashimah menyentuh bahunya.
“Bohonglah kalau perasaan tu tak ada pada Yunus sedangkan dia begitu baik dengan saya. Cuma, saya tak ada apa-apa nak dibandingkan dengan Yunus. Saya tak ada mak ayah. Saya hanya ada keluarga ibu susuan saya selepas saya lari daripada keluarga bapa saudara saya...”
“... Saya juga tak ada pelajaran yang bagus, saya tak ada harta mahu dibandingkan dengan anak aunty yang jauh bagai langit dengan bumi. Apa yang orang akan pandang saya bila saya berganding dengan orang yang hebat macam Yunus?” soal Maryam pula.
Matanya terasa sudah berair. Dia menundukkan kepala, seperti dia berasa sungguh rendah diri saat ini.
“Ya Allah, Maryam. Sayang, kamu fikir terlalu jauh kamu tahu? Anak aunty tak pernah pandang apa yang jadi dalam hidup kamu, harta kamu. Dia hanya pandang akhlak kamu saja...”
YOU ARE READING
yunus buat maryam©
Romance"Kita adalah pertemuan yang disengajakan oleh semesta." Maryam Humaira, dia seorang gadis yang penuh dengan luka. Kehidupannya tak ada yang indah, hanya berpaksikan duka. Asal usulnya daripada keluarga yang berantakan, seolah semesta tidak memperso...